You are on page 1of 2

Assalamualaikum dan Selamat Pagi,

Terima kasih saudara pengacara majlis

Yang Berusaha Puan Pengetua, Barisan penolong Kanan, Barisan Guru Kanan,
Rakan-rakan guru, dan pelajar yang dikasihi sekalian,

Saya, Cikgu Norsyazila Bt Mahamad Noh bersama Cikgu Chong Huey Ting, Pn
Rozilah Mohd Rusdi dan Pn Azhariah Bt Ghazali ialah guru bertugas sepanjang
minggu lepas , izinkan saya menyampaikan laporan ringkas guru bertugas
mingguan.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua
pelajar yang telah memberi kerjasama sepanjang minggu yang lalu. Pergerakan
pelajar ke kelas masing-masing selepas perhimpunan pagi berjalan dengan
lancar dan terkawal.

Guru dan pelajar yang dihormati,

Secara khusus, tahap kebersihan bilik darjah dan kawasan sekolah memang
boleh diberi pujian, tetapi ruang untuk penambahbaikan masih terbuka.
Kebersihan lantai telah diurus dengan begitu baik, kecuali masih lagi terdapat
cebisan kertas di sana sini selepas waktu rehat.

Disiplin pelajar sepanjang minggu lalu didapati baik dan terkawal. Hampir 98
peratus pelajar berjaya tiba di perkarangan sekolah sebelum perhimpunan pagi
bermula. Pelajar yang datang lewat ke sekolah telah dikenakan tindakan.

Masalah ketepatan waktu lebih ketara selepas rehat apabila segelintir pelajar
lewat masuk ke kelas. Perkara itu telah diberi teguran banyak kali, terutama oleh
guru disiplin. Mohon semua pelajar mengambil ingatan tentang ketepatan waktu
kembali ke kelas selepas rehat walaupun harus mengejar waktu di kantin sekolah.

Sebagai mengakhiri laporan guru bertugas minggu lepas, izinkan saya


mengulangi semula ungkapan :

Hari ini lebih baik daripada semalam, esok lebih baik daripada hari ini.

Pelajar cemerlang selalu berkata: Bolehkah saya bantu?;

pelajar biasa-biasa berkata: itu bukan kerja aku.

Pelajar cemerlang berkata: Masalah itu sukar, tetapi boleh diatasi;

pelajar biasa-biasa mengatakan: Masalah itu boleh diatasi tetapi sukar.


Semoga Pelajar SMK Bandar Baru Sintok sentiasa tergolong sebagai pelajar
cemerlang.

Sekian, salah dan silap mohon dimaafkan.

You might also like