You are on page 1of 2

TEKS UCAPAN LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGUAN

SMK MUNSHI SULAIMAN


02.02. 2020 HINGGA 06.02.2020

Terima kasih diucapkan kepada Saudari Pengerusi Majlis.

Assalamualaikum warahbatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera para pelajar.

Yang Berusaha Puan Pengetua SMK Munshi Sulaiman, Cikgu Tan Soo Soo
Yang Dihormati Penolong Kanan Pentadbiran, Cikgu Mohd Isa Bin Adimon
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Cikgu Mazitah Binti Ahmad
Penolong Kanan Kokurikulum, Cikgu Hj Shamsuddin Bin Ihsan
Penolong Kanan Tingkatan Enam, Cikgu Hjh Johana Binti Jais
Penolong Kanan Pend. Khas, Cikgu Rosiah Binti Ya’kob
Barisan guru kanan mata pelajaran SMK Munshi Sulaiman, barisan kaunselor sekolah,
Guru-guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

Untuk makluman semua, pada minggu lalu cikgu bersama-sama 7 orang rakan guru yang lain telah
bertugas sepanjang minggu lepas. Berikut merupakan catatan laporan cikgu sepanjang minggu
lepas.

1. Pada minggu lalu didapati tahap kebersihan kawasan sekolah adalah pada tahap
memuaskan sahaja. Ini disebabkan masih terdapat segelintir murid yang suka meletakkan
sampah ditempat-tempat yang tidak sepatutnya. Contohnya di dalam longkang, di peti fius
di dataran Budiman, di celah tingkap dan sebagainya. Berkaitan dengan isu sampah ini,
cikgu boleh membuat kesimpulan bahawa semuanya berpunca daripada sikap pelajar itu
sendiri, bukan berpunca daripada penjual, ataupun sesiapa sahaja. Diharapkan tahap
kebersihan pada minggu-minggu seterusnya akan bertambah baik.
2. Berkaitan dengan keceriaan kelas pula, tahniah diucapkan kepada kelas yang telah
mengambil inisiatif untuk menceriakan suasana kelas masing-masing walaupun belum
mencapai tahap 100% namun usaha dan kesungguhan itu ada. Diharapkan kepada semua
pelajar untuk menceriakan kelas masing-masing dengan menampalkan informasi-informasi
terkini seperti Carta Organisasi Kelas, Jadual Bertugas, Jadual waktu, pelan kedudukan
murid dan lain-lain.
3. Seterusnya berkaitan dengan sahsiah dan tingkah laku pelajar, terima kasih dan tahniah
diucapkan kepada pelajar yang mengamalkan budaya memberi salam dan tunduk hormat
kepada guru-guru dan diharapkan budaya ini dapat dikekalkan dan ditambahbaik dari hari
ke hari. Walaubagaimanapun, cikgu berasa agak kecewa dan terkilan dengan sikap
segelintir murid yang mana pada hari Rabu yang lalu (pada waktu rehat selepas aktiviti
sukantara) pelajar hampir menimbulkan kekecohan dan provokasi antara 2 kumpulan,
berlaku di Anjung Ilmu. Sikap pelajar yang tidak mengendahkan keberadaan dan teguran
guru boleh dianggap sebagai kelakuan kurang sopan atau bahasa mudahnya kurang ajar.
Cikgu harap perkara seperti ini tidak berulang lagi dan setiap masalah perlu diselesaikan
dengan cara yang betul. Dengan itu, berkuatkuasa serta merta, Anjung Ilmu merupakan
tempat larangan murid-murid pada waktu rehat.
4. Masalah yang paling ketara juga terjadi pada waktu antara pertukaran guru, ramai pelajar
suka keluar dari kelas dan membuat bising di sekitar kelas malah ada yang suka
mengganggu rakan-rakan yang sedang belajar di kelas bersebelahan. Walaupun teguran
dilakukan oleh guru namun mereka tidak mempedulikannya. Diharapkan kejadian
seumpama ini tidak berlaku lagi. Murid perlu berada di dalam kelas dan membuat kerja
sekolah masing-masing sementara menunggu guru seterusnya masuk.
5. Kehadiran pelajar ke sekolah (ikut hari) dan peratus kehadiran keseluruhan minggu……….
6. Pada minggu lalu juga telah berlangsungnya program Sukantara sekolah iaitu pada hari
Rabu dan Khamis (5&6.02.2020). Program dapat dilaksanakan dengan baik dan jayanya.
7. Setakat ini sahaja laporan saya pada kali ini. Semoga apa yang disampaikan tadi akan
menjadi pengajaran kepada semua dan pelajar dapat melakukan perubahan ke arah yang
lebih positif.
Dengan ini , saya sudahi ucapan saya dengan wabillahi taufik walhidayah assalamualaikum wbr dan
salam sejahtera. Sekian, terima kasih. saya serahkan kepada adik pengerusi majlis.

You might also like