You are on page 1of 6

Tajaan daripada NYDP PIBG..Magic Show sempena Hari Kanak2..Aktiviti sebelum rehat.

Untuk makluman.

1. SEBIJI KEK - SUMBANGAN BANK RAKYAT JAWI

2. AIS KRIM MALAYSIA - SUMBANGAN SHIKIN KANTIN

3. AIS KRIM CALIT - SUMBANGAN PIBG/PIBKS

Tagging hari kanak2:

Pakaian Terbaik Tema Kerjaya Pilihan Saya Sempena Hari Kanak-Kanak 2023

- 3 Ppki

- 3 Prasekolah

-1-10 Arus Perdana

Ikon Cilik PPKI Sempena Hari Kanak-kanak 2023

Ikon Cilik Prasekolah Sempena Hari Kanak-Kanak 2023

Ikon Cilik Pilihan (Lelaki) Sempena Hari Kanak-Kanak 2023

Ikon Cilik Pilihan (Perempuan) Sempena Hari Kanak-Kanak 2023

Ayra Salsabila Ashalina binti Azaha

1 inspirasi

1)Pantun Nasihat (Solo)

2) Nyanyian: Tajuk Jiwa yang bersedih...Duet dgn Awatif anak Ustazah Kamsuhana
SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BAKAU 2023

Tema: ‘Kerjaya Pilihan Saya’

Bismillahirahmanirahim…

Assalamualaikum wth, selamat pagi dan salam Malaysia Madani…

Yang berusaha En. Shuhaimi bin Hj Abd Hamid (Guru Besar SK Sungai Bakau), Yang dihormati Us.
Muhammad Razia bin Abd Hamid (Penolong Kanan Pentadbiran), Pn. Hasimah binti Hamid
(Penolong Kanan Hal Ehwal Murid), Pn. Hjh. Jasimah Bee binti Muhammad Buhari (Penolong Kanan
Ko-kurikulum), En. Zulkurnain bin Razali (Penolong Kanan Pendidikan Khas), barisan guru,
pembantu pengurusan murid, kakitangan SK Sungai Bakau, para waris dan yang diraikan murid-
murid yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah
Al-‘Aliey, Tuhan Yang Maha Tinggi kerana dengan limpah dan izin-Nya, kita dipertemukan lagi
pada pagi ini bagi meraikan majlis Sambutan Hari Kanak2 peringkat SK Sungai Bakau 2023
dengan bertemakan ‘Kerjaya Pilihan Saya’.
Untuk pengetahuan hadirin, Di Malaysia, Perayaan Hari Kanak-Kanak SeDunia telah mula disambut
pada 8 Oktober 1959 bertempat di Stadium Negara Kuala Lumpur iaitu sebaik sahaja PBB
mengistiharkannya sebagai hari untuk persaudaraan sejagat dan kefahaman di kalangan kanak-
kanak seluruh dunia. Pada awalnya, Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia (MKKM) telah
diamanahkan untuk menganjurkan majlis sambutan ini mulai tahun 1960 sehinggalah tahun 1994.
Tugas ini kemudiannya diambil alih oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM) sejak
tahun 1995.

Bacaan doa
Zikir Munajat Pembersih jiwa, Doa dipohon menjana taqwa

Bagi memulakan majlis kita pada pagi ini, marilah kita bersama-sama menadah tangan penuh
kehambaan kepada-Nya,.. untuk itu, majlis menjemput Us Ramzi b. Samsudin dan Ustaz Abd Raziq
bin Muhammad Kher untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.......

Amin, amin Ya Rabbal ‘Alamin. Terima kasih diucapkan kepada Us Ramzi dan Us Raziq atas bacaan
doa sebentar tadi.

Ucapan perasmian
Majlis diteruskan lagi dengan ucapan perasmian Majlis Sambutan Hari Kanak2dan Sambutan Hari

Lahir Perdana peringkat SK Sungai Bakau Tahun 2023, yang akan disampaikan oleh En. Shuhaimi

b. Hj. Abd. Hamid (Guru Besar SK Sungai Bakau). Dengan segala hormat dan sukacitanya, majlis

mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang berusaha Tuan Guru Besar atas ucapan perasmian yang
disampaikan.
Acara Memotong Kek
Kini, majlis diteruskan dengan Sambutan Hari Lahir Perdana SKSBa Tahun 2023. Untuk makluman
semua, bagi menjayakan majlis ini, pihak Bank Rakyat Cawangan Jawi telah berbesar hati
menyumbang sebiji kek untuk meraikan anak2 semua. Terima kasih diucapkan.

Bagi meneruskan acara, dijemput semua ketua kelas untuk tampil ke hadapan bersama-sama
dengan Guru Besar dan barisan pentadbir bagi acara memotong kek.

Agihan cupcake dan jeli, aiskrim


Anak2 semua selepas ini akan menerima agihan cupcake dan jeli serta aiskrim sebagai
cenderamata kenang-kenangan dan sebagai tanda betapa warga sekolah ini amat menyayangi dan
menghargai kamu semua. Pihak sekolah berasa amat bertuah dan berterima kasih kepada pihak
PIBG/PIBKS serta pihak kantin sekolah atas sumbangan aiskrim zalit dan aiskrim Malaysia.
Terima kasih atas ihsan dan kasih sayang untuk anak2 SKSBa.

Persembahan Khas Hari Kanak-kanak


Majlis kita diteruskan lagi dgn beberapa persembahan yg kita dtgkn khas dr bakat2 terpendam
dari kalangan pelajar SK Sg Bakau sendiri.

Qasidah
Dijemput persembahan pertama….. dipersilakan kumpulan Qasidah ‘Soutul Muttaqeen’, gabungan
persembahan oleh murid2 tahun 3, 4, 5 dan 6, pimpinan Ustaz Abd Raziq…. Dipersilakan.

Begitulah seronok dan hebatnya persembahan yang dipertontonkan sebentar tadi.

Tarian Anak Cilik


Seterusnya, majlis mempersilakan murid2 Prasekolah dengan gabungan murid2 arus perdana
untuk membuat persembahan Tarian Anak Cilik. Dipersilakan........

Betapa cilik dan bergayanya adik-adik prasekolah dan arus perdana membuat persembahan.
Semoga sidang hadirin terhibur........

PPKI
Seterusnya, majlis mempersilakan murid-murid dari Kelas Pendidikan Khas untuk menunjukkan
bakat mereka. Tajuk persembahan mereka ialah “Cintaku Sampai ke Ethopia… Aankhein Kuli….”
Dengan sukacitanya, majlis mempersilakan....
Terima kasih diucapkan kepada murid2 PPKI atas persembahan sebentar tadi.

Pantun
Seterusnya, majlis mempersilakan adik Ayra Salsabila Ashalina binti Azaha (1 Inspirasi) untuk
untuk menyampaikan Pantun Nasihat secara solo. Mari sama2 kita saksikan.

Betapa cilik dan hebatnya persembahan oleh adik Ayra sebentar tadi. Semoga kamu semua dapat
mencontohi dan menjadi berani seperti adik Ayra untuk tampil membuat persembahan dan
menonjolkan bakat yang terpendam.

Nyanyian duet
Adik Ayra akan meneruskan persembahan nyanyian duet bersama adik Awatif Syarha dengan
tajuk lagu mereka ‘Jiwa yang Bersedih’. Dipersilakan….
Begitulah merdunya suara anak2 cilik memperdengarkan lagu sebentar tadi. Semoga hadirin
sekalian terhibur…. Terima kasih diucapkan.

Penyampaian hadiah
Majlis dengan ini diteruskan dengan penyampaian hadiah untuk aktiviti2 yang telah dijalankan.
Untuk itu, majlis dengan ini menjemput dan mempersilakan En. Shuhaumi b. Hj. Abd. Hamid (Tuan
Guru Besar) untuk menyempurnakan acara. Dengan segala hormat dan sukacitanya majlis
mempersilakan.

1) Pertandingan Pakaian Terbaik Tema Kerjaya Pilihan Saya Sempena Hari Kanak-
Kanak 2023

Sedikit makluman, diminta para pemenang bagi setiap kategori yang diumumkan untuk
berjalan dan memperagakan pakaian masing2 sebelum naik ke pentas bagi menerima
hadiah…

- 3 Ppki

- 3 Prasekolah

-1-10 Arus Perdana

2) Seterusnya, pengumuman bagi Ikon Cilik Sempena Hari Kanak2 2023

- Ikon Cilik PPKI Sempena Hari Kanak-kanak 2023

Sebelum itu, untuk makluman semua, murid ini sangat rajin, aktif di dalam kelas dan
mempunyai sahsiah yang terpuji. Murid ini telah berjaya menyertai dan mendapat Johan
dalam Pertandingan Gubahan Sireh Junjung peringkat negeri Pulau Pinang, dan telah
mendapat Naib Johan dalam pertandingan yang sama di peringkat kebangsaan pada
tahun ini. Selain diamanahkan sebagai Pengawas Sekolah bagi kelas PPKI, murid ini juga
telah menyertai dan mendapat hadiah saguhati dalam Pertandingan Masakan Tanpa Api
anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia Nibong Tebal baru2 ini bagi kategori
berkumpulan.

TAHNIAH diucapkan kepada adik Muhamad Arif bin Mohd Arifin (kelas 4 Inspirasi PPKI)
kerana dianugerahkan sebagai Ikon Cilik PPKI Sempena Hari Kanak2 2023.

- Ikon Cilik Prasekolah Sempena Hari Kanak-Kanak 2023

Berumur 5 tahun, anak ini merupakan murid Prasekolah Inspirasi. Anak ini telah
menunjukkan sikap yang sangat disenangi guru dan rakan-rakannya. Anak ini juga
terserlah dalam akademik. Di usia yang muda, anak ini telah menguasai kemahiran
membaca dengan baik.
TAHNIAH diucapkan kepada adik Muhammad Umar Aidan b Muhammad Ariff (kelas Prasekolah
Inspirasi) kerana dinobatkan sebagai Ikon Cilik Prasekolah Sempena Hari Kanak2 2023.

- Seterusnya, pengumuman Ikon Cilik Pilihan (Lelaki) Sempena Hari Kanak-Kanak 2023

Untuk makluman semua, pemilihan ikon kanak2 ini adalah hasil undian daripada murid2 sendiri
yang memilih rakan2 yang dianggap terbaik dalam kalangan mereka.

TAHNIAH diucapkan kepada adik Abdul Raziq b. Abd Raof (kelas 6 Inspirasi)

- Seterusnya, Ikon Cilik Pilihan (Perempuan) Sempena Hari Kanak-Kanak 2023

TAHNIAH diucapkan kepada adik Nur Damia Batrisyia bt Zul Azman (kelas 6 Inspirasi)

Syabas dan tahniah diucapkan kepada para pemenang bagi pertandingan2 yang telah dijalankan.
Menang dan kalah itu adat pertandingan. Bagi yang kurang bernasib baik, kamu boleh cuba lagi
pada tahun hadapan, kerana yang paling penting adalah semangat dan keyakinan yang kamu
tunjukkan untuk melibatkan diri dalam aktiviti2 yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Tuan Guru Besar atas kesudian

menyampaikan hadiah sebentar tadi.

Penyampaian goodies
Anak2 semua akan menerima goodies sebentar lagi sebelum pulang….

Warga dewan yang dihormati sekalian, kita telah pun tiba di penghujung majlis.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa penganjur yang telah bertungkus
lumus untuk menjayakan Sambutan Hari Kanak2 peringkat SK Sungai Bakau pada tahun ini.

Sebelum tirai majlis dilabuhkan, majlis ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua atas
kerjasama yang telah diberikan.

Saya mewakili jawatankuasa kerja Majlis Sambutan Hari Kanak2 memohon ampun dan maaf atas
segala kekurangan, keterlanjuran kata mahupun tersilap bicara sepanjang majlis berlangsung.

Sekian.
Saya akhiri majlis ini dengan lafaz yang mulia,
Wabillahi Taufik Walhidayah.
Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Nyanyian lagu
Majlis akan diteruskan dengan nyanyian 3 buah lagu iaitu lagu Negaraku, Negeri Pulau Pinang dan
lagu sekolah. Untuk itu, semua dijemput berdiri.

Terima kasih diucapkan atas nyanyian itu tadi. Hadirin dijemput duduk.

You might also like