You are on page 1of 3

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SEKOLAH KEBANGSAAN KEMENDOR


FELDA TUN GHAFAR KEMENDORE,
77000 JASIN, MELAKA
No. Tel: 06-529 5110 | No. Fax: 06-529 2421
E-mel: MBA1017@moe.edu.my

______________________________________________________________________________

Rujukan kami : SKK.100-12/1 (18)


Tarikh : 14 Ogos 2023

Encik Shahrizal bin Md Sidek


Pengurus Felda Kemendore,
Pejabat Felda Tun Ghafar Kemendore,
77000 Jasin,
MELAKA

Tuan,

PERMOHONAN KEBENARAN MENGGUNAKAN DEWAN ORANG RAMAI FELDA KEMENDOR


BAGI PROGRAM JELAJAH KEMBARA KONVOI BERMOTOR SEMPENA BULAN
KEMERDEKAAN KE 66 TAHUN 2023 ANJURAN BERSAMA FELDA KEMENDOR, JPKK
KEMENDOR DAN PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN KEMENDOR

Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.

2. Sukacitanya dimaklumkan bahawa pihak Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Kemendor


bersama Felda Kemendor, JPKK Kemendor dan PIBG Sekolah Kebangsaan Kemendor akan
mengadakan Program Jelajah Kembara Konvoi Bermotor Sempena Bulan Kemerdekaan Ke 66
Tahun 2023 mengikut ketetapan seperti berikut:

Tarikh : 09 September 2023 (Sabtu)


Masa : 10.00 pagi sehingga 1.30 petang
Tempat : Dewan Orang Ramai Felda Kemendor.

3. Untuk makluman dan pengetahuan tuan, tujuan utama perlaksanaan program ini ialah
menyemarakkan semangat patriotik kemerdekaan Malaysia kepada semua warga sekolah, ahli
komuniti kampung dan peserta konvoi motosikal berkuasa tinggi dari kumpulan Versys Owners’
Group (V.O.G) Malaysia.

4. Justeru, pihak Pentadbiran Sekolah ini ingin memohon kebenaran untuk menggunakan
Dewan Orang Ramai Felda Kemendor bagi tujuan program tersebut. Bersama-sama ini, dilampirkan
tentatif program untuk makluman dan perhatian pihak tuan selanjutnya.

../2

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
‘’Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera”
#skkemendorBITARA
5. Untuk maklumat lanjut, pihak tuan boleh menghubungi Encik Mohd Nazri bin Ahmad (Guru
Besar) di talian 019-626 6030. Segala kerjasama dan perhatian tuan amatlah kami hargai dan
diucapkan jutaan terima kasih.

Sekian.

“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“MELAKAKU MAJU JAYA, RAKYAT BAHAGIA, MENGGAMIT DUNIA”
“BIJAK LAKSANA TUAH, BERANI LAKSANA JEBAT”

Saya yang menjalankan amanah,

(MOHD NAZRI BIN AHMAD)


Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Kemendor.

s.k. - Fail Sekolah

- Pengerusi JPKK Kemendor

- YDP PIBG Sekolah Kebangsaan Kemendor

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
‘’Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera”
#skkemendorBITARA
JELAJAH KEMBARA KONVOI BERMOTOR SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN KE 66 TAHUN 2023

TENTATIF PROGRAM JELAJAH KEMBARA KONVOI BERMOTOR SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN KE 66


TAHUN 2023

7.00 pagi - Ahli Konvoi Mula Berkumpul


7.45 pagi - Berkumpul dan Taklimat Perjalanan Merdeka Ride 2023
di R&R Seremban Arah Selatan
- Bacaan Doa
8.00 pagi - Pergerakan ke Stesen Rehat Tol Jasin
- Taklimat Keselamatan
- Susun atur Motosikal
9.30 pagi - Berkonvoi ke Kampung Kemendor
10.00 pagi - Tiba di Dewan Orang Ramai Felda Kemendor
- Sesi Ramah Mesra bersama-sama anak murid SK Kemendor dan penduduk
Kampung Kemendor
- Aktiviti “Fun Ride with Bigbike”
10.50 pagi Majlis “JELAJAH KEMBARA KONVOI BERMOTOR SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN
KE 66 TAHUN 2023” bermula
- Semua peserta masuk ke Dewan Orang Ramai Felda Kemendor
- Bacaan Tahlil Ringkas, Doa Tahlil Arwah dan Doa Selamat
Dipimpin oleh al-Fadhil Ustaz Yusle bin Yusof (SK Kemendor)
11.15 pagi - Ucapan Aluan Pengerusi Majlis (En. Yusni bin Salami)
- Nyanyian Lagu Rasmi Negaraku & Melaka Maju Jaya
- Ucapan Aluan oleh En. Mohd Nazri bin Ahmad
(Guru Besar SK Kemendor)
- Ucapan & Taklimat Ringkas oleh En. Misran bin Rajab
(Pengerusi JKPP Kg. Kemendor)
- Ucapan Ringkas oleh Tn. Hj. Mustaffar bin Ahmad
(YDP PIBG SK Kemendor)
- Ucapan dari wakil Versys Owners’ Group (V.O.G) Malaysia
- Sesi Persembahan Kemerdekaan:
* Persembahan Kontribusi Murid-Murid SK Kemendor
* Persembahan Kemerdekaan Bikers
- Sesi Penyampaian Sumbangan Charity daripada Versys Owners’ Group
(V.O.G) Malaysia:
* Wakil Madrasah Tahfiz Darul Falah, Jasin, Melaka
* 5 orang asnaf Kampung Kemendor
* Sekolah Kebangsaan Kemendor
- Sesi Penyampaian Cenderamata:
* SK Kemendor
* JPKK Kg. Kemendor
* Versys Owners’ Group (V.O.G) Malaysia
- Sesi Fotografi Beramai-Ramai

1.00 petang Jamuan Makan Tengah Hari


1.30 petang Majlis Tamat & Bersurai

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
‘’Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera”
#skkemendorBITARA

You might also like