You are on page 1of 6

KERTAS KERJA SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK DAN HARI 1 MURID 1 SUKAN

SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU INDAH,


TAHUN 2022

2. PENGENALAN / LATAR BELAKANG PROGRAM

Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia telah disambut di Malaysia sejak tahun


1959, setelah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengistiharkan Hari
Kanak-kanak Sedunia dan meminta semua negara meraikannya setiap tahun
sebagai “ Satu Hari Bagi Persaudaraan Dunia dan Persefahaman Dalam
Kalangan Kanak-kanak”. Malaysia adalah di antara 150 buah negara  yang
menyambut Hari Kanak-kanak Sedunia setiap tahun. Sebagai membuktikan
keprihatinan masyarakat terhadap kebajikan dan kesejahteraan kanak-kanak, pihak
sekolah turut serta meraikan Hari  Kanak-kanak Sedunia setiap tahun.

.     Manakala pelaksanaan Dasar 1MURID 1SUKAN ini telah diumumkan oleh
  

YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia pada 17


Mac 2010 dalam Mesyuarat Jawatankuasa Ad Hoc Pembangunan Sukan Sekolah
yang dipengerusikan oleh YAB sendiri.    Pelaksanaan Dasar 1MURID 1SUKAN
mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan yang
akan dilaksanakan mulai tahun 2011..

     Dasar 1MURID 1SUKAN merupakan usaha Kementerian Pelajaran Malaysia


  

(KPM) dalam menggalakkan penglibatan menyeluruh (mass participation) murid


dalam sekurang-kurangnya satu sukan di sekolah khususnya bagi murid-murid yang
kurang atau tidak aktif dalam sukan agar dapat melahirkan murid yang sihat dari
segi fizikal dan mental. Dasar 1MURID 1SUKAN ini juga akan
mengenengahkan  murid yang aktif dalam sukan agar dapat memperkembangkan
potensi dan bakat murid ke arah kecemerlangan sukan.

3. OBJEKTIF

1. Meraikan kanak-kanak sempena sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia


2. Menghargai sumbangan dan peranan kanak-kanak di sekolah.
3. Mewujudkan kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk memelihara
hak dan masa hadapan kanak-kanak. 
4. Memastikan perkembangan kanak-kanak secara holistik dari segi fizikal,
kognitif, bahasa, sosio-emosi, sahsiah dan rohani.
5. Melahirkan generasi yang dinamik, progresif, aktif, berdisiplin dan
berinovasi.
6. Melahirkan bangsa yang memiliki keperibadian terpuji, cemerlang,
berbakat serta berwibawa.
7. Meningkatkan keberkesanan pengurusan kelab sukan dan pelaksanaan
aktiviti sukan yang mempunyai unsur keseronokkan
8. Menerapkan nilai-nilai murni dan kepimpinan melalui aktiviti kelab sukan
9. Meningkatkan kesedaran murid terhadap kepentingan aktiviti sukan dalam
mengamalkan gaya hidup yang sihat dan inovatif

4. KUMPULAN SASAR

1. Semua murid Tahap 1 dan Tahap 2 SKPI


2. Semua Guru dan Kakitangan SKPI

5. BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM

Tempat : Dataran Amanah

Tarikh : 23 November 2022

23 November 2022 ( Rabu) – Sesi pagi

7.30 pagi - Bacaan Doa


- Senamrobik
- Larian Riang Ria SKPI
- Ucapan Pengerusi Majlis
- Ucapan wakil Murid
  - Perasmian Majlis
  - Pertandingan pakaian beragam Murid Prasekolah
- Anugerah Tokoh Kanak-kanak SKPI 2022
-  Persembahan Murid
-  Penyampaian hadiah
12.30 tengah hari - Majlis Penutup

23 November 2022 ( Rabu) – Sesi petang

1.30 petang - Bacaan doa


- Pertandingan pakaian beragam murid tahap 1
- Persembahan murid
3.00 petang - Rehat
4.30 petang - Persembahan
- Penyampaian hadiah
- Majlis penutup

6. JAWATANKUASA KERJA

PENASIHAT 1 : Encik Hazi bin Kadir


PENASIHAT 2 : Tuan Haji Ahmad Ubaidillah bin Hairun
PENGERUSI : Tuan Haji Mohd Amirul Hakim bin Abdullah
NAIB PENGERUSI : Encik Mohammad Haris bin Halim
: Encik Ruslan bin Lah

PENYELARAS 1 : Encik Rushdan bin Md Saad


PENYELARAS 2 : Puan Nor Azizah binti Mohamed
AJK : Semua Ketua Jawatankuasa Kecil.

JAWATANKUASA PELAKSANA 

PENGERUSI : Tuan Haji Mohd Amirul Hakim bin Abdullah


: Encik Mohammad Haris bin Halim.
PENYELARAS 1 : Encik Rushdan bin Md Saad
PENYELARAS 2 : Puan Nor Azizah binti Mohamed
AJK : Semua Guru

7. IMPLIKASI KEWANGAN

7.1 Sumber Kewangan : Pelbagai – Sewaan Kedai Buku

7.2 Anggaran Perbelanjaan : RM 2,000.00

BI PERKARA ANGGARAN JUMLAH


L
1. Tokoh Kanak-kanak (L&P)
i) Selempang RM150 X 2 RM 300.00
ii)Hadiah (Trofi & sijil ) RM50 X 2 RM 100.00
2. Hadiah – Prasekolah – pertandingan
Pakaian beragam.
3 hadiah utama RM50 x 3 RM 150.00
5 hadiah saguhati RM30 x 5 RM 150.00
3. Hadiah - Persembahan tahap 1
3 hadiah utama - hamper RM60 x 3 RM 180.00
5 hadiah saguhati- hamper RM40 X 5 RM 200.00
4. Hadiah - Persembahan tahap 2
3 hadiah utama - hamper RM60 x 3 RM 180.00
5 hadiah saguhati – hamper RM40 X 5 RM 200.00
5. Hadiah- Pakaian Beragam Tahap 1
3 hadiah utama RM50 x 3 RM 150.00
5 hadiah saguhati RM30 x 5 RM 150.00
6. Belon ( 1 peket 100 biji RM10 x 10 peket RM 100.00
7. Hadiah Larian
Utama RM8 x 30 x 6 RM 144.00
Saguhati RM8 x 2 x 6 RM96.00

JUMLAH BESAR RM2,000 .00

8. ULASAN JPN / PPD ( SEKIRANYA PERLU ) – Tiada

9. PENUTUP
Semoga dengan terlaksananya program ini, dapat memberi penghormatan dan
pengiktirafan kepada kanak-kanak dan mencetuskan kesedaran kepada kita semua
bahawa masyarakat mempunyai tanggungjawab untuk menentukan perlindungan ,
kebajikan, kesejahteraan serta hak-hak mereka sentiasa dipelihara.

Disediakan oleh : Disemak Oleh :

…………………………………. ……………………………………
Nor Azizah Binti Mohamed Tn.Hj. Mohd Amirul Hakim Bin Abdullah
Penyelaras Hari Kanak-Kanak 2022 PK Hal Ehwal Murid
SK Pulau Indah SK Pulau Indah
Tarikh : Tarikh :

KERTAS CADANGAN SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK PERINGKAT


SEKOLAH 2022

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan Sambutan Hari Kanak-Kanak Sekolah 2022

Atau

Tidak meluluskan Kertas Cadangan Sambutan Hari Kanak-Kanak Sekolah 2022


Ulasan :

…………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………

………………………………………………….
Encik Hazi Bin Kadir
Guru Besar
SK Pulau Indah
Tarikh :
KERTAS KERJA
SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK
&
1 MURID 1 SUKAN
 
PERINGKAT SEKOLAH
2022

UNIT HAL EHWAL MURID


SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU INDAH
42920 KLANG
SELANGOR DARUL EHSAN

You might also like