You are on page 1of 1

ULASAN

Denggi ialah penyakit yang membawa maut. Penyebab denggi ialah


nyamuk aedes. Lantaran itu, untuk mencegah penyakit ini, nyamuk aedes
mesti dihapuskan. Kitaran hidup nyamuk aedes mesti dihentikan, iaitu
bermula daripada penghapusan jejentik. Untuk menghapuskan jejentik, kita
perlu memeriksa persekitaran rumah kita untuk memastikan tiada air yang
bertakung kerana nyamuk suka membiak di dalam air bertakung.
Sehubungan dengan itu, kerajaan hendaklah mengadakan kempen kesedaran
agar orang ramai menyedari bahaya demam denggi dan cara-cara
pencegahannya. Kita mestilah memastikan tiada takungan air di dalam
tayar buruk, tin-tin kosong, dan pasu bunga. Kesimpulannya, semua pihak
perlulah bekerjasama untuk mencegah pembiakan nyamuk aedes.

(99 patah perkataan)

You might also like