You are on page 1of 6

Lawatan sambil belajar ke tempat yang menarik

8 Ogos 2015
8.00 pagi
Sekolah Kebangsaan Batu Unjur telah mengadakan lawatan sambil belajar di Kuala
Lumpur.Lawatan ini disertai 30 orang murid dan 3 orang guru iaitu cikgu Munira, cikgu Aminah
dan Cikgu Ikhmal Hafizi. Kami bertolak ke Kuala Lumpur dengan menaiki bas.
9.00 pagi
Kami telah sampai ke destinasi pertama iaitu Kula Lumpur City Center (KLCC).Kami telah
pergi ke Petrosains.Ketika kami di petrosains,kami telah melihat benda benda yang menarik dan
unik seperti keindahan angkasa lepas dan mengenali jenis jenis dinosour. Kami juga berpeluang
untuk melihat fosil fosil dinosour yang pupus.Selepas kami pergi ke Petrosains,kami pergi ke
Aquaria.Kmi boleh melihat pelbagai jenis ikan seperti ikan jerung, ikan badut,ikan tenggiling
dan pelbagai jenis ikan.
12.00 tengah hari.
Pada pukul 12.00 tengah hari, kami pergi ke destinasi yang kedua iaitu muzium. kami berpeluang
untuk melihat pelbagai jenis barang barang yang lama seperti kenderaan lama, senjata senjata
lama dan yang paling menarik ialah replika batu bersurat.
1.00 petang.
Pada pukul 1.00 petang, kami makan tengah hari di Zoo Negara. Kami makan tengah hari ditepi
tasik yang cukup indah dan cantik. Selepas kami makan tengah hari,kami meronda Zoo Negara
dengan menaiki tren.
3.00 petang
Pada pukul 3.00 petang,kami berpeluang untuk melihat haiwan haiwan membuat pertunjukkan
seperti anjing laut yang lucu,burung kakak tua yang pintar berkata kata dan pertunjukkan ular
sawa yang menggerunkan.
6.00 petang
Pada pukul 6.00 petang,kami pulang ke sekolah dengan menaiki bas. Kami berasa sungguh
gembira dan seronok. Banyak pengalaman yang kami perolehi dari lawatan tersebut.

Catatan Lawatan ke Zoo Negara


11 September 2015
8:30 pagi
Rombongan kami tiba di Zoo Negara. Kami mendengar arahan daripada ketua Persatuan Bahasa
Cina, Cikgu Lim. Kami memulakan mengelilingi Zoo Negara.
8:45 pagi
Kami dapat melihat pelbagai binatang liar yang ditempatkan di dalam sangkar khas. Kami juga
melihat harimau, gajah, zirafah, badak, orang utan dan ular serta singa.
10:30 pagi
Menyaksikan pertunjukan monyet. Aksi monyet yang lincah dan pantas itu amat menghiburkan.
Kami juga melihat pertunjukan gajah iaitu melukis dan mewarna. Gambar yang dilukis olehnya
cantik. Kami berasa kagum apabila melihat gajah melukis gambar yang cantik.
11.30 pagi
Kami melihat seekor harimau memakan daging. Kami berasa sungguh hairan apabila melihat
giginya yang tajam. Kami juga dijelaskan tentang ciri-ciri khas harimau.
12 tengah hari
Kami menikmati hidangan di sebuah restoran yang berhampiran dengan zoo negara. Hidangan di
sebuah restoran yang berhampiran dengan Zoo Negara. Hidangan yang disediakan oleh tukang
masak enak dan harganya berpatutan.

1 petang
Kami pulang ke sekolah kami dengan seronok. Kami berharap agar akan dating lagi pada cuti
sekolah yang akan datang. Lawatan ini banyak menambahkan ilmu pengetahuan kepada kami.

Catatan Sambutan Hari Guru


16 Mei 2015
7.30 pagi
Semua guru dan murid berkumpul di dewan sekolah untuk meraikan majlis sambutan Hari Guru
2012. Lagu Negaraku, lagu negeri dan lagu rasmi sekolah dinyanyikan sebelum bacaan Ikrar
oleh Lim Wei Ping, selaku Ketua Pengawas.
7.40 pagi
Acara dimulakan dengan ucapan Guru Penolong Kanan 1 iaitu Puan Wong, sebelum beliau
membacakan perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Kemudian Tuan Guru Besar, Encik
Tiaw menyampaikan ucapan dan seterusnya membacakan perutusan Yang Berhormat Menteri
Pelajaran.
8.40 pagi
Semua guru dan murid berkumpul di padang sekolah untuk acara sukaneka. Guru dan murid
dibahagikan kepada beberapa kumpulan tetapi tidak semua murid terlibat, sebaliknya mereka
hanya menjadi penonton. Seterusnya, sukaneka dijalankan dengan beberapa acara yang menarik.
Aktiviti berjalan lancar dan semua kelihatan gembira dan mengambil bahagian.
10.00 pagi
Majlis berhenti rehat. Murid-murid dan para guru menikmati ais krim dan pelbagai jenis kuihmuih yang disediakan di kantin sekolah.
10.40 pagi
Acara persembahan diadakan di dewan sekolah. Beberapa orang murid dan guru mengambil
bahagian dalam acara nyanyian dan lakonan. Setiap persembahan mendapat tepukan gemuruh
daripada semua murid.
12.00 tengah hari
Upacara penyampaian hadiah bagi acara sukaneka . Kumpulan 5 telah menjadi johan bagi
keseluruhan acara. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Yang Dipertua PIBG, Encik Abu.
12.40 tengah hari
Murid yang berminat beratur untuk menyampaikan hadiah masing-masing kepada guru-guru
mereka. Kemudian, semua murid beratur untuk bersalaman dengan para guru secara bergilirgilir.
01.10 tengah hari
Semua murid dibenarkan balik . Para guru diraikan pula dalam satu jamuan makan tengah hari
sempena Hari Guru.

Catatan Lawatan ke Muzium Negara


12 September 2015
9 pagi
Ayan bercadang untuk membawa sekeluarga pergi ke Muzium Negara. Selepas bersiap sedia,
kami bertolak ke Muzium Negara dengan menaiki kereta ayah.

10 pagi
Kami sampai ke destinasi kami. Kami melihat ramai pelancong telah berkumpul di pintu depan
muzium. Ayah beratur di kaunter tiket untuk membeli tiket. Sebelum masuk ke dalam muzium,
ayah mengingatkan kami supaya mematuhi peraturan dan undang-undang di dalam muzium.

10:30 pagi
Di dalam muzium, kami dapat melihat pelbagai artifak dan khazanah negara. Kami juga
diberitahu tentanhg sejarah negara kita. Kami juga melihat beberapa buah basikal yang beroda
besar, kereta lembu dan kereta api yang dahulu.

11:30 pagi
Kami menikmati beberapa spesies yang pupus dipamerkan di dalam rak di muzium. Yang paling
saya sukai ialah tulang dinasour yang disusun dengan rapi di dalam kotak kaca yang besar.
Dinasour merupakan haiwan yang paling besar di dunia pada zaman prasejarah.

12 tengah hari
Kami mengambil gambar di pintu hadapan muzium sebagai kenangan. Walaupun letih, tetapi
kami balik dengan perasaan yang gembira. Kami berharap berpeluang untuk melawat ke
Muzium Negara lagi pada masa yang akan datang.

Catatan bercuti di kampong

You might also like