You are on page 1of 6

PENUBUHAN PERSATUAN/KELAB

1. OBJEKTIF AM
Guru-Guru dan murid-murid akan:
Mengetahui dan memahami ciri-ciri dan nilai-nilai kepimpinan yang diperlukan
untuk memimpin, mengurus dan mengoperasikan kelab atau persatuan di sekolah.
Mengetahui dan memahami kaedah, stategi dan prinsip pengurusan kelab atau
persatuan secara berkesan.
Mengetahui dan memahami kaedah dan stategi memimpin dan memotivasikan ahli-
ahli kelab atau persatuan yang dipimpin
Mempunyai pengetahuan dan kemahiran merancang, mengelola, menyelia dan
menilai aktiviti dan kegiatan kelab atau persatuan yang dipimpin.
Mempunyai keyakinan diri sebagai pemimpin yang berwibawa, berketrampilan dan
berwawasan.

2. OBJEKTIF KHUSUS
Menjelaskan matlamat dan tujuan penubuhan kelab atau persatuan di sekolah dalam
konteks kependidikan dan kepimpinan
Menjelaskan kaedah dan tatacara penubuhan kelab atau persatuan.
Menjelaskan kaedah dan tatacara pentadbiran dan pengurusan kelab atau persatuan
Menjelaskan kaedah dan tatacara pengurusan dan pengelolaan aktiviti dan kegiatan
kelab atau persatuan di sekolah berdasarkan perancangan dan undang-undang.

Membentang dan menjelaskan ciri-ciri dan nilai-nilai asas kepimpinan.


Menjelaskan tanggungjawab dan peranan murid-murid sebagai warganegara
berdasarkan Rujunegara, perlembagaan negara dan Wawasan 2020.

3. KELAB ATAU PERSATUAN


Definisi:
Sesuatu entiti kumpulan yang berstruktur, berpelembagaan, berperaturan dan
berkepimpinan yang dianggotai oleh murid-murid sekolah yang mempunyai
minat, kegemaran, hasrat dan kecenderungan yang sama serta bertujuan
untuk saling bekerjasama, bantu membantu dan berkongsi sumber dalam
melaksanakan aktiviti dan mencapai cita-cita serta matlamat yang telah
ditetapkan dan dipersetujui bersama bagi memperkembangkan minat,
kegemaran, hasrat dan kecenderungan masing-masing.
3.1 Tujuan penubuhan/pembentukan kelab atau persatuan:
Menggabungkan murid-murid yang mempunyai minat, kegemaran, hasrat dan
kecenderungan yang sama supaya murid-murid berpeluang dan
berkesempatan:
a. Merancang dan melaksanakan aktiviti dan kegiatan secara
berkumpulan.
b. Berkongsi pengetahuan dan pengalaman dalam bidang yang
diminati dan digemari.
c. Menetapkan matlamat yang dipersetujui dan dilaksanakan
bersama.
d. Berkongsi sumber dan peralatan.
e. Mewujudkan peluang kepada murid-murid mengembangkan
bakat dan potensi kepimpinan
f. Mewujudkan wahana kepada murid-murid mengembangkan
bakat dan potensi masing-masing ke peringkat yang lebih tinggi

3. BAGAIMANA MENUBUHKAN KELAB ATAU PERSATUAN


Murid-murid membentuk jawatankuasa penaja untuk menetapkan:-
a. Tujuan dan matlamat
b. Aktiviti dan kegiatan
c. Peraturan
d. Perlembagaan
Jawatankuasa penaja menulis permohonan rasmi kepada Pengetua atau Guru Besar
dengan menyertakan dokuman yang telah ditetapkan di atas.
Mendapatkan kelulusan daripada Pengetua atau Guru Besar
Mendaftarkan ahli-ahli kelab atau persatuan yang telah diluluskan oleh Pengetua
atau Guru Besar
Mengadakan Mesyuarat Agung penubuhan dengan :
a. Memilih Ahli Jawatankuasa
b. Merancang aktiviti tahunan kelab atau persatuan
c. Pengesahan dokumen kelab atau persatuan
PENUBUHAN KELAB DAN PERSATUAN

Prosedur Penubuhan:

1. Penubuhan Jawatankuasa Penaja

2. Draf Perlembagaan Persatuan

3. Draf Aktiviti Tahunan.

4. Surat Permohonan Penubuhan Kelab dan Persatuan.

5. Surat Kelulusan Penubuhan oleh Pendaftar Kelab dan Persatuan (Pengetua)

6. Pengendalian Mesyuarat Agung:

i. Surat Panggilan/Notis Mesyuarat Agung.


ii. Mesyuarat Agung.
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RAWANG
KM25.6, JALAN IPOH
48000 RAWANG, SELANGOR DARUL EHSAN

TEL: 03-60917240
FAX: 03-60924881
E-MAIL:SMKR.tm.net.my

Ruj Tuan:
Ruj Kami:02/03/034
Tarikh :

Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Rawang
KM 25.6, Jalan Ipoh
48000 Rawang
Selangor Darul Ehsan

Tuan ,

PERMOHONAN PENUBUHAN.................................................... .........................................

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa saya ………………( nama)….………… berdasarkan


Peraturan (4) dalam Warta Kerajaan bertarikh 21 Mei 1998,P.U. (A) 196, yang berkait dengan Seksyen
130, Akta Pendidikan 1996 dengan ini memohon untuk menubuhkan
Persatuan .......................................Sekolah Menengah Kebangsaan Rawang mulai 1
Januari ...................

2. Sehubungan itu , bersama-sama ini dikemukakan maklumat-maklumat berikut:

2.1 Draf Perlembagaan.


2.2 Draf Aktiviti Asas.
2.3 Senarai Nama Jawatankuasa Penaja.

Kerjasama dan jasa baik tuan bagi meluluskan perkara diatas terlebih dahulu diucapkan terima kasih

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

.......................................................
( )
Guru Penasihat,
Persatuan ...........................................
Sekolah Menengah Kebangsaan Rawang
48000 Rawang
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RAWANG
KM25.6, JALAN IPOH
48000 RAWANG, SELANGOR DARUL EHSAN

TEL: 03-60917240
FAX: 03-60924881
E-MAIL:SMKR.tm.net.my

Ruj Tuan:02/03/034
Ruj Kami:02/03/035
Tarikh :

Guru Penasihat,
Persatuan Persatuan ...............................................
Sekolah Menengah Kebangsaan Rawang,
48000 Rawang, Selangor Darul Ehsan

Tuan,

KELULUSAN PERMOHONAN PENUBUHAN.............................................................................

Merujuk surat tuan ............................................ bertarikh 01 Januari 20......... dinyatakan bahawa dengan
kuasa yang diberikan kepada saya, Seksyen 130, Akta Pendidikan 1996 seperti yang termaktub dalam
Peraturan (4) Warta Kerajaan bertarikh 21 Mei 1998, P.U. (A) 196, sukacita dimaklum permohonan
tuan untuk menubuhkan ................................................................, Sekolah Menengah Kebangsaan
Rawang adalah diluluskan berkuatkuasa mulai 1 Januari 20..........

2. Sehubungan itu, bersama-sama ini dikemukakan maklumat-maklumat yang diluluskan:

2.1 Draf Perlembagaan


2.2 Draf Aktiviti Asas
2.3 Senarai Nama Jawatankuasa Penaja.

Diharap dapat tuan mengambil tindakan selanjutnya mengikut peraturan (4) Warta Kerajaan bertarikh
21 Mei, 1998, P.U.(A) 196.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

(HAMIDAH BINTI HUSIN)


Pendaftar Kelab Dan Persatuan,
Sekolah Menengah Kebangsaan Rawang
48000 Rawang
Selangor Darul Ehsan
s.k. - Fail Timbul

You might also like