You are on page 1of 2

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU,

SJK(TAMIL) JALAN TAJUL,


SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN,
81900 KOTA TINGGI,
JOHOR
TEL/ FAX :
07-8821384
email :
tajul3015@yahoo.com

Ruj.Kami :
JPJ/PIBG/0813(1)
Tarikh : 18 JANUARI
2017
YB Datuk Halimah Binti Mohd Sadique
Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan,
Merangkap Ahli Parlimen Teggara,
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan,
Aras 18, No 51, Persiaran Perdana,
621000 Putrajaya.

YB Datuk,

MEMOHON SUMBANGAN PEMBELIAN SMART BOARD

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Dimaklumkan bahawa di negeri Johor terdapat 5 buah sekolah SJK Tamil terpilih
daripada 70 buah sekolah sebagai sekolah rintis Pembelajaran Abad Ke21. Salah
satu daripada lima buah sekolah itu adalah SJK Tamil Jalan Tajul. Demi mencapai
hasrat dan kualiti pembelajaran yang disyorkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia, sekolah ingin membeli Smart Board untuk pembelajaran abad ke21.

2. Oleh yang demikian, pihak kami telah pun mendapat dana daripada
Jabatan Menteri Besar dan kami telah pun membeli 3 smart board menggunakan
dana tersebut. Kami memohon jasa baik Datuk mempertimbangkan peruntukan
sebanyak RM 45000 untuk membeli dan memasang Smart Board di sekolah
kami.

3. Sehubungan itu, besarlah harapan kami sekiranya Yang Berhormat Datuk


dapat menyumbangkan smart board bagi meningkatkan lagi mutu pendidikan
dan kualiti pendidikan sekolah ini.

Kerjasama dan komitmen daripada Yang Berhormat Datuk saya dahului dengan
ucapan terima kasih.

Sekian,

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

(SIVALINGGAM A/L RAMAYA)


YDP PIBG,
SJK (T) Jalan Tajul,
81900 Kota Tinggi,
Johor Darul Takzim.
Sk
En.F.Thurayraju PPN Pengerusi MyPPP Bahagian Tenggara
Merangkap Naib Pengerusi MyPPP Negeri Johor

You might also like