You are on page 1of 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

TUGASAN KERJA KURSUS

TAHUN AKADEMIK 2018


Program : PDPLI KDC DINI DAN TAHFIZ Nama Siswa Pendidik:

Kod : EDUP 2063 Semester / Tahun : Semester 2 Tahun 1

Ambilan: Dis 2017

Kumpulan: DINI 01 & DINI 02


Nama Kursus :Pentaksiran dalam Pendidikan
Tugasan Tarikh Mula Tarikh Han
1. Penulisan Akademik 23.7.2018 18.8.201
2. Kuiz 18.8.2018 18.8.201

Hasil Pembelajaran Kursus:


1. Menerangkan konsep asas pentaksiran, tujuan dan prinsip pentaksiran dalam pendidikan (C2,
LO1)
2. Merancang pentaksiran berdasarkan proses merungkai standard dan penjajaran konstruktif
dalam pendidikan (C6, LO1, LO3, CTPS3)
3. Membina pelbagai jenis pentaksiran dalam bilik darjah berdasarkan maklumat terkini daripada
pelbagai sumber (C6, A2, LO3, LO6, CTPS4, LL1).
4. Melaporkan prestasi murid dalam pendidikan dengan menggunakan kriteria pentaksiran yang
sesuai berdasarkan interprestasi data pentaksiran. (C5, LO3, LO6, CTPS5, LL2).
5. Mencadangkan penyelesaian untuk menangani isu tentang pentaksiran dalam konteks sekolah
menengah di Malaysia berdasarkan prinsip-prinsip asas pentaksiran. (C6, LO3, CTPS3)

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1,2, 3 dan 4

Objektif Kerja Kursus:

Pelajar dapat:

1. Menjawab semua soalan kuiz berdasarkan hasil pembelajaran yang ditetapkan.


2. Mencari maklumat berkaitan sukatan pelajaran (Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran /
DSKP) daripada pelbagai sumber.
3. Membina Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) berdasarkan sukatan pelajaran dan kemahiran yang
hendak diuji.
4. Membina item objektif dan esei pelbagai aras kesukaran (merujuk Taksonomi Bloom yang
disemak semula, 2001) berdasarkan JSU yang digubal.
5. Membuat penilaian terhadap skor pelajar dengan merujuk analisis item.

Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut:

Tugasan 1

1
Penulisan Akademik (30%)

Pentaksiran adalah satu proses berterusan yang merangkumi pengumpulan, penginterpretasian,


perekodan dan pelaporan maklumat mengenai prestasi pelajar supaya dapat membantu guru membuat
keputusan.

Oleh itu, lakukan satu proses pentaksiran dalam kelas anda. Anda dikehendaki membina satu
Jadual Spesifikasi Ujian (JSU). Setelah JSU dibina maka anda perlu membina item ujian yang berbentuk
format Aneka Pilihan dan format soalan subjektif.

Anda perlu mengikut langkah-langkah seperti berikut:


1. Anda perlu mencari maklumat berkaitan sukatan pelajaran (Tingkatan 1-4 ) daripada pelbagai
sumber yang releven. Sertakan atau lampirkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
(DSKP) yang anda pilih untuk membina Jadual Spesifikasi Ujian (JSU).
2. Anda perlu membina JSU mengikut kriteria-kriteria yang ditetapkan berdasarkan 1 mata
pelajaran yang di ajar di sekolah masing-masing. Huraikan langkah-langkah yang patut diambil
dalam membina JSU berkenaan.
3. Berdasarkan JSU yang telah dibina, anda dikehendaki membina item ujian formatif iaitu 10
soalan Aneka Pilihan dan 2 soalan esei (subjektif) yang mengandungi kemahiran aras tinggi
dengan memenuhi aspek-aspek berikut:
 pelbagai aras Taksonomi Bloom yg disemak (2001)
 memberi justifikasi pemilihan aras bagi setiap item yang dibina
4. Anda juga perlu menyediakan rubrik pemarkahan untuk soalan esei (subjektif). Rubrik yang
dibina mestilah memenuhi 5 tahap pencapaian berikut:
 Amat cemerlang
 Cemerlang
 Kepujian
 Lulus
 Gagal
5. Seterusnya anda dihendaki membuat laporan analisis item terhadap set data markah pelajar
berikut:.

Seorang guru telah mentadbirkan 30 item ujian Matematik kepada 35 orang murid Tingkatan 1
Keputusan untuk item 5 dan 10 dalam ujian ini adalah seperti di dalam Jadual 1 dan Jadual 2. Jawapan
yang betul untuk item 5 ialah *B manakala item 10 ialah *C.

Pilihan Jawapan Item 5 Kumpulan Atas Kumpulan Bawah Kumpulan Sederhana


A 0 2 2
*B 13 2 8
C 0 2 1
D 0 2 2
Tidak dijawab - 1 -
Jadual 1

Pilihan Jawapan Item 10 Kumpulan Atas Kumpulan Bawah Kumpulan Sederhana


A 1 2 1
B 3 1 4
*C 7 4 6
D 2 1 2
2
Tidak dijawab - 1 -
Jadual 2

Berdasarkan Jadual 1 dan Jadual 2:

1. Hitungkan Indeks Kesukaran dan Indeks Diskriminasi bagi item 5 dan 10.
2. Adakah kedua-dua item dalam ujian ini mudah atau sukar? Berikan justifikasi anda.
3. Adakah kedua-dua item mempunyai indeks diskriminasi yang tinggi atau rendah? Berikan
justifikasi anda.
4. Tentukan sama ada terdapat distraktor yang bermasalah bagi kedua-dua item ini.
5. Adakah kedua-dua item tersebut item baik atau item lemah? Nyatakan hujah anda.
6. Buat satu ulasan berkaitan kedua-dua item tersebut.

Tugasan 2

Kuiz ( 20%)

Proses pemantapan pemahaman pelajar dinilai melalui soalan kuiz berdasarkan hasil pembelajaran
yang ditetapkan:

1. Konsep Asas Pentaksiran Bilik Darjah


2. Peranan dan tujuan Pentaksiran dalam Pendidikan
3. Ciri dan Prinsip Pentaksiran
4. Jenis Alat Pentaksiran
5. Merungkai Standard dan Penjajaran Konstruktif
6. Rekabentuk, Pembinaan dan Pentadbiran Ujian
7. Penskoran, Pengreddan dan Kriteria Pentaksiran
8. Analisis Item dan Interpretasi Data
9. Pelaporan Data Pentaksiran

Arahan Pelaksanaan Tugasan

TUGASAN 1: : PENULISAN AKADEMIK

1. Penulisan akademik dilaksanakan secara individu.


2. Amalan plagiat tidak dibenarkan.
3. Keseluruhan penulisan hujah dan pengolahan yang dinyatakan perlu menunjukkan ketulenannya
kematangan dan bermutu ilmiah
4. Rujukan sumber perlulah daripada pelbagai sumber yang tepat seperti buku, jurnal, internet dan
bahan bercetak yang lain.
5. Penulisan akademik ini perlu disiapkan mengikut tempoh masa yang ditetapkan.
6. Bagi menyeragamkan proses penghasilan kerja kursus agar persembahan hasil kerja kursus
menepati standard yang ditetapkan:
 Hasil kerja kursus berbentuk teks perlu ditaip mengikut kaedah penulisan ilmiah.
 Fon: Arial.
 Saiz huruf: 11.
 Langkau: 1.5
 Rujukan: APA (American Psychological Association) terkini.
 Rajah perlu dilabelkan.
 Jawab dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
 Teks yang dihantar perlu dikepilkan dengan:
- Borang Maklumbalas
3
- Soalan Kerja Kursus
- Panduan Pemarkahan
7. Penulisan Akademik ini dinilai berdasarkan:
 Prosedur Ujian
 Format Ujian Keseluruhan
 Kualiti Item
 Analisis Item
 Laporan
 Kualiti Sumber
8. Muka hadapan kerja kursus hendaklah dilengkapkan dengan maklumat yang berikut:
a. Nama Pelajar
b. Angka Giliran
c. Nombor Kad Pengenalan
d. Kumpulan / Unit
e. Kod dan Nama Kursus
f. Nama Pensyarah
g. Tarikh Hantar
9. Penulisan Akademik ini akan dinilai berdasarkan panduan pemarkahan yang disediakan.

TUGASAN 2: : KUIZ

1. Kuiz dilaksanakan secara individu.


2. Amalan plagiat tidak dibenarkan.
3. Kuiz akan ini akan dinilai berdasarkan panduan pemarkahan yang disediakan.
4. Tarikh kuiz akan dimaklumkan.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

______________________ ___________________
(ANIS SALWA BT. AHMED @ ADNAN) Pakar Bidang (SME)
Penyelaras Kursus

Disahkan oleh:

__________________________

You might also like