You are on page 1of 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK TUGASAN PROJEK TAJUK PROGRAM : PPG NAMA PELAJAR : 1.

TAJUK KURSUS: Mengajar Nombor, Pecahan, Perpuluhan dan Peratusan 2. 3. 4. 5. KOD KURSUS : MTE3109 SEMESTER : TARIKH MULA: 12 Ogos 2013 TARIKH HANTAR 5 21 September 2013

(A) Hasil Pembelajaran Kursus 1. Menghubungkaitkan teori pembelajaran Matematik dalam rangka pembelajaran kanakkanak dengan nombor, pecahan, perpuluhan dan peratusan melalui pengajaran mikro/makro. 2. Menerangkan perkembangan kefahaman kanak-kanak tentang nombor, perpuluhan dan peratusan. pecahan,

3. Mengukuhkan konsep Matematik kanak-kanak dalam nombor, pecahan, perpuluhan dan peratusan melalui pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran. 4. Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam tajuk nombor, pecahan, perpuluhan dan peratusan Kerja kursus ini bagi menilai Hasil Pembelajaran 2, 3, dan 4.

(B) Objektif Kerja Kursus Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut: 1. Menerangkan konsep yang berkaitan dengan pengajaran nombor, pecahan, perpuluhan dan peratusan. 2. Mengkaji masalah pembelajaran Matematik bagi tajuk nombor, pecahan, perpuluhan dan peratusan. 3. Menghasilkan bahan bantu mengajar yang kreatif dan inovatif untuk pengajaran nombor bulat, pecahan, perpuluhan dan peratusan menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). 4. Menjawab dengan betul soalan ujian berkaitan pengajaran nombor, pecahan, perpuluhan dan peratusan.

(C) Tugasan Projek (100%) Tugasan 1 (20%): Kajian Masalah Pembelajaran Matematik (Secara Kumpulan) 1. Berdasarkan contoh-contoh hasil kerja murid, kaji masalah pembelajatan Matematik yang dialami oleh murid-murid di sekolah setiap ahli kumpulan anda mengajar. 2. Masalah pembelajaran yang dikaji adalah merangkumi tajuk berikut: (a) Nombor Bulat (b) Pecahan (c) Perpuluhan (d) Peratusan 3. Lampirkan salinan setiap contoh-contoh hasil kerja murid-murid berkenaan yang telah disahkan oleh Guru Besar. 4. Lakukan analisis masalah pembelajatan Matematik tersebut menggunakan cara yang sesuai. 5. Sediakan laporan ringkas hasil kajian anda. 6. Hantarkan hasil tugasan ini dalam bentuk salinan lembut (soft copy) menggunakan cakera padat (CD) dan bentuk salinan keras (hard copy). Tugasan 2 (10%): Penyediaan BBM (Secara Kumpulan) 1. Tugasan 2 adalah berdasarkan hasil kajian anda dalam Tugasan 1. 2. Dengan menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), bina bahan-bahan bantu mengajar yang kreatif dan inovatif serta sesuai untuk mengatasi masalah pembelajaran Matematik murid-murid dalam topik berikut: (a) Nombor Bulat (b) Pecahan (c) Perpuluhan (d) Peratusan 3. Hantarkan hasil tugasan ini dalam bentuk salinan lembut (soft copy) menggunakan cakera padat (CD) sahaja. Tugasan 3 (70%): Ujian Bertulis (Secara Individu)

(a) Ujian 1 (10%) (b) Ujian 2 (20%) (c) Ujian 3 (20%) (d) Ujian 4 (20%)
(D) Panduan Pelaksanaan Tugasan

1. 2. 3. 4.

Tugasan 1 dan Tugasan 2 dilakukan secara berkumpulan. Tugasan 3 dilakukan secara individu Anda boleh mengumpul data secara kolaboratif. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut: i. Font Arial ii. Saiz huruf ialah 11 iii. Langkau satu setengah baris iv. Rujukan mengikut format APA

v. Lampiran 5. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali. 6. Markah penuh keseluruhan tugasan adalah 100% dengan wajaran 60%. (E) Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteris berikut:

1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terpeinci. 2. Bukti-bukti, bahan-bahan dan citation yang dapat menyokong hujah-hujah anda
hendaklah dikemukakan. 3. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan ketulenan idea dan sokongan ilmiah. 4. Penulisan akademik harus menunjukkan kefasihan bahasa, kematangan hujah dalam menterjemahkan maklumat secara kritikal dan analitikal. (F) Kriteria Pentaksiran Tugasan akan disemak berdasarkan rubrik yang disediakan.

Tugasan disediakan oleh:

Disemak oleh:

.................................. (HAMDEN BIN GANI) Penyelaras Kursus MTE3109 (Program PISMP) Jabatan Matematik IPG Kampus Sarawak, Miri

.................................. (HAMDEN BIN GANI) Pakar Bidang (SME) Jabatan Matematik IPG Kampus Sarawak, Miri

Disahkan oleh:

.................................. (HAMDEN BIN GANI) Ketua Jabatan Matematik IPG Kampus Sarawak, Miri

You might also like