You are on page 1of 3

KOLEJ PENDIDIKAN KOPEDA

TUGASAN KERJA KURSUS

Program: Diploma Pendidikan Nama Pelajar:


Kod : TMD2253
Tahun: 2021

Nama Kursus: Pengujian,


Pengukuran & Penilaian
Pendidikan

Jenis Pentaksiran Tarikh Mula Tarikh Hantar

PELAPORAN 01-05-2021 30/05/2021

Hasil Pembelajaran Kursus

Pada akhir kursus ini pelajar dapat:


1. Mengaplikasi konsep asas pentaksiran; peranan dan tujuan pentaksiran dalam
pendidikan serta ciri-ciri pentaksiran.
2. Membina pelbagai instrumen pentaksiran bilik darjah yang sejajar dengan standard.
3. Melapor prestasi pelajar hasil daripada pentaksiran bilik darjah yang dilaksanakan
dengan beretika.
4. Mentafsir aspek berkaitan jenis pentaksiran, reka bentuk dan pembinaan ujian serta isu-
isu dalam konteks pentaksiran di Malaysia.

Objektif Kerja Kursus (Penulisan Akademik) :

Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut :

1. Menggubal instrumen pentaksiran bilik darjah yang sejajar dengan standard.


2. Melapor prestasi pelajar hasil daripada pentaksiran bilik darjah yang dilaksanakan
dengan beretika dalam bentuk laporan.

Penulisan Laporan ( 30% )


Kesahan maklumat yang diperoleh daripada data pentaksiran bergantung kepada perancangan
dan prosedur yang betul dalam reka bentuk ujian untuk mentaksir pembelajaran murid. Salah
satu prosedur ialah membina Jadual Spesifikasi Ujian.

Gubal satu pentaksiran bilik darjah untuk kelas anda. Analisis dan buat satu pelaporan
mengenai prestasi pelajar hasil daripada pentaksiran yang telah dilaksanakan.

Panduan Pelaksanaan Pelaporan:


1. Sebagai seorang guru di sekolah, anda dikehendaki menyediakan pelaporan
berdasarkan tugasan berikut:
a. Menyediakan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) berdasarkan pengkhususan anda
dengan merujuk kepada Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP).
JSU yang disediakan perlu mengikut hasil pembelajaran DSKP.

2. Pelaporan ini adalah tugasan kumpulan.


3. Panjang pelaporan adalah 1200 patah perkataan. Laporan perlu bertaip dengan saiz fon
Arial 11 dan langkau 1.5 baris.
4. Menunjukkan langkah-langkah pengiraan yang lengkap bagi setiap analisis skor ujian
dan analisis item.
5. Rujukan harus merangkumi jurnal, buku rujukan dan sumber internet. Rujukan prosedur
mengikut format dan gaya APA ( American Psychological Association).
6. Tugasan perlu dihantar pada tarikh yang telah ditetapkan. Maksima 5 markah akan
ditolak jika LEWAT menghantar tugasan.
7. Penulisan akademik harus menunjukkan keaslian, kematangan dan bermutu ilmiah.
8. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali.
9. Muka Depan Esei mestilah merangkumi:
• Nama Pelajar
• Angka Giliran
• No. Kad Pengenalan
• Kumpulan/Unit
• Kod dan Nama Kursus
• Tajuk Tugasan Projek
• Nama Pensyarah Akademik
• Tarikh hantar
10. Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) dan item ujian hendaklah dilampirkan.
11. Tugasan Yang Baik Perlu Menunjukkan Kriteria-Kriteria Berikut:
 Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.
 Bukti-bukti, instrumen ujian, bahan-bahan dan citation yang dapat menyokong hujah-hujah
anda hendaklah dikemukakan.
 Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan ketulenan hasil kajian dan
sokongan ilmiah.
 Format dan organisasi penulisan perlu jelas dan koheren mengikut panduan yang diberi.
 Penulisan akademik harus menunjukkan kefasihan bahasa, kematangan hujah dalam
menterjemah maklumat secara
kritikal dan analitikal.
 Elemen Pembelajaran Bermakna:
Pemikiran kritis (critical thinking) - kemahiran dalam membuat perkaitan, mengenal pasti
pola
o Sahsiah (character) - boleh membawa diri dalam pelbagai situasi, proaktif dan
bertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri serta melihat pembelajaran sebagai
komponen utama kehidupan
o Komunikasi (communication) - mahir menggunakan pelbagai mod dan alatan komunikasi
untuk menyampaikan mesej serta menunjukkan pemikiran yang koheren.

Disediakan oleh:
EN. MURALI A/LMURUGASEN
(Pensyarah Kursus)

You might also like