You are on page 1of 3

BORANG ULASAN E-PEMBELAJARAN

Nama Sekolah: SEK KEB TAMAN TASIK Kod Sekolah: BBA4026

AFNAN BAIHAQI BIN MAZLAN


1. Nama Guru
PROGRAM PENINGKATAN KOMPETENSI PENTAKSIRAN GURU
2. Tajuk MENGGUNAKAN MODUL KOMPETENSI PENTAKSIRAN GURU
(e-KomPeG)
3. Tarikh 15/6/2022
4. Ulasan:
Modul e-KomPeG

PENGENALAN
Program Peningkatan Kompetensi Pentaksiran Guru ini mula dilaksanakan sejak Tahun 2016 menggunakan
Modul Kompetensi Pentaksiran Guru secara dalam Talian (e-KomPeG).
Program ini memfokuskan para pendidik khususnya guru di sekolah seluruh negara.
Program ini terdiri daripada 3 peringkat pelaksanaan iaitu peringkat asas, pertengahan dan lanjutan.

OBJEKTIF
 Meningkatkan tahap profesionalisme guru dalam pentaksiran Pendidikan, pengetahuan, kemahiran
dan kecekapan dalam melaksanakan aktiviti pentaksiran yang berkualiti dalam pengajaran dan
pembelajaran.
 Menyediakan maklum balas yang tepat bagi murid untuk meningkatkan pembelajaran mereka
berdasarkan instrumen pentaksiran yang berkualiti.
 Memperoleh maklumat mengenai pentaksiran pendidikan yang sah dan boleh dipercayai untuk
dijadikan sebagai rujukan dan asas dalam membuat keputusan yang lebih tepat tentang perubahan
dalam bidang pendidikan.

Peringkat Asas (2015-2016)

Standard 1: Kemahiran memilih kaedah pentaksiran yang bersesuaian dalam membuat keputusan yang
berkaitan dengan pengajaran.
Unit 1: Konsep Asas Pentaksiran

1. Pentaksiran
2. Pengujian
3. Pengukuran
4. Penilaian

Unit 2: Merungkai Standard dan Penjajaran Konstruktif.

Langkah-langkah merungkai standard.

1. Kenal pasti Bidang dan Kandungan mengikut tahap/tahun/tingkatan


2. Kenal pasti Standard Kandungan
3. Kenal pasti Pengetahuan – Apa yang pelajar perlu tahu
4. Kenal pasti Kemahiran – Apa yang pelajar boleh buat
5. Kenal pasti Nilai- Apa yang pelajar perlu amalkan
6. Kenal pasti Indikator
7. Topik atau Konteks – Apa yang akan digunakan untuk mengajar konsep dan kemahiran – unit
khusus, pengajaran dan aktiviti-aktiviti
8. Kenal pasti Idea-idea utama
9. Kenal pasti Soalan-soalan Penting
10. Bina Soalan-soalan Penting daripada Idea-idea Utama Untuk memandu Pengajaran dan
Pentaksiran
11. Bina Perancangan Pengajaran dan Pentaksiran
12. Membuat rumusan 

Standard 2: Kemahiran dalam membina kaedah-kaedah pentaksiran yang sesuai untuk membuat
keputusan berkaitan dengan pengajaran.

Unit 3: Pembinaan Item

Pembinaan item: Kesahan, Kebolehpercayaan, Konstruk (perkara yg ditafsir/ diukur), Konteks, Aras
kesukaran 50% rendah (item mudah), 30% sederhana (item sederhana), 20% tinggi (item sukar), JSU
Jadual Spesifikasi Ujian

Unit 4: Penilaian Item

Ciri-ciri penilaian item yang berkualiti – Keakuran (Akur kurikulum, akur peluang, akur spesifikasi),
Ketepatan dan kejelasan (Konstruk, konteks, jelas komponen), kesesuaian (Kesukaran, penting, adil)
(SISTEM 9 POIN)

Unit 5: Pembinaan Item Objektif - (pilihan)


Unit 6: Pembinaan Item Subjektif - item respons terbuka/ terhad/ berstruktur: Kaedah penskoran –
penskoran analitikal/holistic

Unit 7: Pembinaan Item KBAT - mencipta, menilai, menganalisis, mengaplikasi, memahami, mengingat

Ciri item KBAT: konteks bukan lazim, pelbagai tahap pemikiran, stimulus, situasi sebenar dalam kehidupan
harian, item tidak berulang.

Unit 8: Pentaksiran Autentik – ciri- fleksibel, situasi kehidupan sebenar, tugasan, mengaplikasi, eviden
secara langsung.

Unit 9: Instruksional Pentaksiran - Teknologi instruksional dalam pentaksiran cth: Google Workspace, GC

Peringkat Pertengahan (2020-2021)

Standard 3: Kemahiran dalam mentadbir, menskor dan mentafsir hasil-hasil pentaksiran yang dihasilkan
oleh kedua-duanya, sama ada kaedah-kaedah pentaksiran oleh pihak luar dan/atau daripada ujian buatan
guru.
Unit 10: Kaedah Pentaksiran – Bertulis, lisan, prestasi, amali, komunikasi

Unit 11: Pentadbiran Pentaksiran – Peperiksaan Pusat (PeP)/ Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran Bilik
Darjah (PBD)
Unit 12: Penskoran Pentaksiran – kaedah penskoran – Senarai semak, Penskoran Objektif Bergred,
Penskoran Analitik, Penskoran Holistilk.
Unit 13: Analisis Data Pentaksiran – Excel, Graf, Contoh pelaporan: SAPS

Standard 4: Kemahiran dalam menggunakan hasil-hasil pentaksiran apabila membuat keputusan mengenai
murid secara individu, perancangan mengajar, pembinaan kurikulum dan pemajuan sekolah.
Unit 14: Pentaksiran Pendidikan – PBS (PBD, PP, PAJSK, PPsi)

Unit 15: Penggunaan Hasil Pentaksiran – untuk menghasilan program intervensi (perancangan strategik &
pelan tindakan)

Standard 5:Kemahiran dalam membina prosedur-prosedur penggredan murid yang sah menggunakan hasil
pentaksiran murid.

Unit 16: Penetapan Standard


1. Memilih panel penilai yang layak
2. Memilih kaedah penetapan standard
3. Menyedia dan Menyusun item untuk dinilai
4. Menyediakan deskripsi keupayaan murid
5. Melatih panel untuk menilai
6. Panel menilai item
7. Sesi perbincangan panel
8. Mengumpul penilaian oleh panel
9. Mengira markah sempadan berdasarkan formula
10. Membuat cadangan markah sempadan
11. Membuat dokumentasi

Unit 17: Penetapan Standard Menggunakan Kaedah Angoff


- Suatu kaedah yang digunakan oleh Pembina ujian untuk menentukan markah sempadan sesuatu
ujian.
- Markah sempadan ditentukan oleh pakar kandungan (SME) berdasarkan penilaian kandungan ujian
(item) dan bukan prestasi kumpulan murid.

Unit 18: Penetapan Standard Menggunakan Kaedah Bookmark


- Keperluan kaedah bookmark – Panel penilai item, item beserta indeks kesukaran, buku kecil
(Ordered Item Booklet OIB), perisian/ teknologi untuk pengiraan
- Biasa digunakan untuk menetapan markah sempadan bagi ujian piawai besar

Unit 19: Kaedah Menentukan Kesukaran Item – konsep kehendak kognitif, Kerangka skala kehendak
kognitif (CRAS), menentukan tahap kesukaran item berdasarkan dimenssi CRAS

PERINGKAT LANJUTAN TAHUN 2022 – 2023 (Masih dalam proses pembinaan)


Standard 6: Kemahiran dalam menyampaikan hasil-hasil pentaksiran kepada murid, ibu bapa,
pendidik yang lain dan pihak yang berkepentingan
Standard 7: Kemahiran mengenal pasti kaedah pentaksiran dan penggunaan maklumat
pentaksiran yang tidak beretika, menyalahi undang-undang dan tidak sesuai.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( AFNAN BAIHAQI BIN MAZLAN ) ( ABDUL LATIF BIN AB RASHID )

You might also like