You are on page 1of 1

ULASAN E-PEMBELAJARAN (e-KomPeG)

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUCHONG PERDANA, SELANGOR

1. TAJUK: MODUL KOMPETENSI GURU SECARA DALAM TALIAN (e-KomPeG)

2. ANJURAN: Lembaga Peperiksaan, KPM

3. TARIKH: 8/6/2022 4. MASA:10.00 pg.

5. ULASAN:
a) Merupakan medium utama dalam menyampaikan pengisian pentaksiran kepada semua guru.
b) untuk mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pentaksiran.
c) Modul e-KomPeG dibina berdasarkan tujuh (7) standard dan telah dipecahkan pembinaannya
kepada 3 peringkat iaitu peringkat asas (1&2), pertengahan (3,4,& 5) dan lanjutan (6&7).
d) Standard 1: Kemahiran memilih kaedah pentaksiran yang bersesuaian dalam membuat keputusan
yang berkaitan dengan pengajaran.
e) Standard 2: Kemahiran dalam membina kaedah-kaedah pentaksiran yang sesuai untuk membuat
keputusan berkaitan dengan pengajaran.
f) Standard 3: Kemahiran dalam mentadbir, menskor dan mentafsir hasil-hasil pentaksiran yang
dihasilkan oleh kedua-duanya, sama ada kaedah-kaedah pentaksiran oleh pihak luar dan/atau
daripada ujian buatan guru.
g) Standard 4: Kemahiran dalam menggunakan hasil-hasil pentaksiran apabila membuat keputusan
mengenai murid secara individu, perancangan mengajar, pembinaan kurikulum dan pemajuan
sekolah.
h) Standard 5:Kemahiran dalam membina prosedur-prosedur penggredan murid yang sah
menggunakan hasil pentaksiran murid.
i) Standard 6: Kemahiran dalam menyampaikan hasil-hasil pentaksiran kepada murid, ibu bapa,
pendidik yang lain dan pihak yang berkepentingan
j) Standard 7: Kemahiran mengenalpasti kaedah pentaksiran dan penggunaan maklumat pentaksiran
yang tidak beretika, menyalahi undang-undang dan tidak sesuai.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

............................................................... ..............................................................................
(CELIA A/P HENRY) (DATIN NOR ASHIKIN BINTI MOHAMED NOOR )

Tarikh: 8/6/2022 Tarikh:

You might also like