You are on page 1of 8

TEKS MAJLIS PERASMIAN DISCOVERY SQUARE TAHUN 2022

Que    catatan
ketibaan Mengumumkan ketibaan   Hijjaz
  
Yang berusaha,  
Tuan Mohd Jefferin bin Saat,  
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Gudang  
bahagian Pengurusan Sekolah  
  
Diiringi,  
Yang berusaha  
Cikgu Leni Salfarina binti A Ramlee  
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Permas Jaya 5.  
  
Yang berusaha,  
Encik Abdul Razak bin Salim 
Pengurus Creative Design Centre (CDEC) 
Politeknik Ibrahim Sultan 
  
Yang dihormati, 
Encik Mohd Azam bin Mohd Nor, 
Yang Di-Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru 
Sekolah Kebangsaan Permas Jaya 5. 
 
Para guru penolong Kanan  
Para Pensyarah Politeknik Ibrahim Sultan  
Para Pelajar Politeknik Ibrahim Sultan  
  
Masuk ke Dewan Sri Delima.  
Nyanyian Nyanyian Lagu Bangsa Johor, Lagu Negaraku serta Lagu Permata Delima   Hijjaz
  
Hadirin dipersilakan duduk.  
Persembahan Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada anak-anak tarian atas persembahan Hijjaz
tarian sebentar tadi.  
  
Untuk makluman semua, persembahan tarian selamat datang sebentar tadi /  telah
dipersembahkan oleh / anak-anak tahun 1 & 2 di bawah bimbingan Pembantu Tadbir
SekolahKebangsaan Permas Jaya 5, Puan Hartini binti Arani.  
Alu-aluan Bismillah hirrahman nirrahim   Namira
Alhamdulillah hirobbil alamin  
Wassala tu wassalam wa ala asrafil ambia’ iwal mursalin wa ala alihi wasohbihi
ajmain  
  
Yang berusaha,  
Tuan Mohd Jefferin bin Saat  
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Gudang  
Bahagian Pengurusan Sekolah  
  
Yang berusaha  
Cikgu Leni Salfarina binti A Ramlee  
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Permas Jaya 5  
   
Yang berusaha,  
Encik Abdul Razak bin Salim 
Pengurus Creative Design Centre (CDEC) 
Politeknik Ibrahim Sultan 
  
Yang dihormati,  
Encik Mohd Azam bin Mohd Nor, 
Yang Di-Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru 
Sekolah Kebangsaan Permas Jaya 5. 
 
Cikgu Nor Aiani binti Ghazali  
Penolong Kanan Pentadbiran  
  
Cikgu Anida binti Baharom   
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid  
  
Cikgu Azlina binti Samiti   
Penolong Kanan Kokurikulum  
  
Para Pensyarah Politeknik Ibrahim Sultan  
  
Guru-guru / warga pendidik cemerlang  
  
  
Para Pelajar Politeknik Ibrahim Sultan  
  
Serta / rakan-rakan / anak didik / sekolah kebangsaan permas jaya 5   
yang dikasihi sekalian  
A’la cemerlang, Gemilang lagi Terbilang, In Syaa Allah.  
  
Alu-aluan A : DARI DEWAN SERI D’LIMA  
B : DIBAWAKAN KEPADA ANDA  
PERASMIAN / PROJEK MURAL / DISCOVERY SQUARE  
  
Indah berbalam si awan petang,  
Berarak di celah pepohon ara;  
Pemanis kalam selamat datang,   Namira
Awal bismillah pembuka bicara.  
  
Ke Pekan Kuala membeli bingka,  
Sayang pesanan terlupa sudah;  
Majlis bermula tirai dibuka,   Hijjaz
Dengan alunan madah yang indah.  
  
Bersyukur kita kehadrat Ilahi,    Namira
kerana dengan limpah kurniaNYA,   
dapat sama2 kita berkumpul / di dalam / Dewan yang indah nan Permai ini /   
bagi / Majlis Perasmian Projek Mural Discovery Square / kerjasama antara  /   
Sekolah Kebangsaan Permas Jaya 5 /  bersama / Politeknik Ibrahim Sultan.  
  
  
doa Tetak buluh kajang sepuluh,   Hijjaz
Laksana dititing kias ibarat;  
Angkat tangan jemari sepuluh,  
Doa di pohon biar selamat.  
  
Bagi meneruskan majlis, sama-samalah / kita mengaminkan doa / yang akan dipimpin
oleh / alfadhil Ustaz Mohd Muez bin Hashim  
Majlis mempersilakan, tuan.  
……….  
  
Amin2 yang rabbal alamin…  
Majlis mengucapkan / ribuan terima kasih / kepada alfadhil Ustaz Mohd Muez bin Namira
Hashim / atas bacaan doa sebentar tadi. Begitu mendalam sekali / doa yang dibaca
sebentar tadi. Semoga /  kita semua sentiasa / berada dibawah perlindungan dan
naungan Rahmat / Allah S.W.T. Amin.  
Discovery Namira : hijjaz, awak tahu tak kenapa ruang projek mural ini dinamakan sebagai
square Discovery Square? 
 
Hijjaz : yela kan..kenapa ye dinamakan discovery square. 
 
Namira : let me explain it. 
 
Untuk makluman semua,  Discovery Square merupakan cetusan idea daripada
Pengarah Projek Mural Discovery Square, iaitu Cikgu Jeevashwinee a/p Bala
Subramaniam. Menurut cikgu Jeeva, perkataan Discovery diambil dengan
berkonsepkan Theory Discovery Learning . Teori ini menekankan konsep “Play and
Learn” serta “Fun Learning”. Manakala, Square pula digunakan kerana beberapa
kawasan yang digunakan dan telah digabungkan menjadi sudut pembelajaran. Maka,
nama Discovery Square amat bertepatan dengan konsep yang digunakan dalam
menerapkan “Discovery Learning”, “Play and Learn” serta “Fun Learning” dalam
kalangan murid. 
 
Hijjaz : ooo. Now I know why it is called Discovery Learning. 
 
Namira : Bukan itu sahaja Hijjaz, menurut Cikgu Jeeva, ruang ini juga secara tidak
langsung mampu memupuk minat anak didik sekolah kebangsaan permas jaya 5
dalam pembelajaran. 
 
Hijjaz : Betul tu Namira, saya pun dah tak sabar nak ke ruang tersebut untuk bermain
sambil belajar. 
 
Namira : sabar hijjaz. Kita ada majlis yang perlu diteruskan. 
 
Hijjaz : Oh. Betul tu Namira. 
Ucapan GB Emas Tempawan Buatmu Puteri,   Namira
Busana Indah Buat Rupawan;  
Sudilah Puan Tampilkan Diri,  
Bersama Madah Kata Aluan.  
  
Hadirin warga dewan sekalian,  
Majlis diteruskan dengan menjemput dan mempersilakan Yang berusaha, Cikgu Leni
Salfarina binti A Ramlee, Guru Besar Sekolah kebangsaan Permas Jaya 5, untuk
menyampaikan ucapan alu-aluan.  
  
Majlis mempersilakan, tuan.  
  
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Cikgu Leni Salfarina binti A Ramlee Hijjaz
atas ucapan aluan sebentar tadi.  
Ucapan Seterusnya, majlis menjemput dan mempersilakan, Wakil Pelajar Politeknik Ibrahim Hijjaz
Pengarah Sultan, merangkap Pengarah Program, Event Management Muhammad Faris Firdaus
Projek bin Abd Rahim untuk menyampaikan ucapan.  
  
Majlis mempersilakan.  
  
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Saudara Muhammad Faris Firdaus Namira
bin Abd Rahim atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.  
Ucapan Tak elok kalau ada lesung,    Namira
Pengarah jika tiada alunya,  
Tak elok kalau ada sampan,   
jika tiada dayungnya.  
  
Seterusnya, majlis menjemput dan mempersilakan,/ Yang Berusaha, Encik Abdul Namira
Razak bin Salim, Pengurus Creative Design Centre (CDEC), Politeknik Ibrahim Sultan,
untuk menyampaikan ucapan.  
  
Majlis mempersilakan, tuan. 
   Hijjaz
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan yang disampaikan sebentar
tadi. 
Perasmi Terbang di awan burung jentayu,   Hijjaz
Di atas papan batang jerami;  
Tampillah tuan kami merayu,  
Bersama ucapan kata perasmi.  
  
Hadirin yang dikasihi sekalian,   
Pihak majlis dengan segala hormatnya mempersilakan,    Hijjaz
Yang berusaha, Tuan Mohd Jefferin bin Saat, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah
Pasir Gudang, Bahagian Pengurusan Sekolah, untuk menyampaikan Ucapan dan
seterusnya merasmikan Projek Mural Discovery Square.  
  
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan, tuan.  
  
Bunga Selasih Di Dalam Puan,     Namira
Harum Melati Penyeri Intan    
Terima Kasih Ucapan Tuan    
Kekal Bersemi Dalam Ingatan  
  
Majlis dengan penuh takzim merakamkan / setinggi –tinggi ucapan terima kasih/ atas Namira
kesudian yang berusaha, Tuan Mohd Jefferin bin Saat atas kesudian menyampaikan
ucapan perasmian sebentar tadi.  
  
Seterusnya, sebagai simbolik dan gimik perasmian, dijemput Yang Berusaha, Tuan Hijjaz
Mohd Jefferin bin Saat, bersama Yang berusaha Cikgu Leni Salfarina binti A Ramlee
serta Yang Berusaha, Encik Abdul Razak bin Salim untuk sama-sama ke pentas bagi
menandatangani Plak Perasmian Projek Mural Discovery Square.  
  
Majlis mempersilakan, Tuan.  
Moa Seterusnya, Majlis dengan ini menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha, Cikgu Hijjaz
Leni Salfarina binti A Ramlee bersama Yang Berusaha,  Encik Abdul Razak bin Salim
untuk menandatangani Memorandum Of Attending antara Sekolah Kebangsaan
Permas Jaya 5 bersama Politeknik Ibrahim Sultan.  
  
Majlis mempersilakan, tuan.  
  
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas perasmian dan tandatangan MOA Namira
sebentar tadi.  
video Seterusnya, sama-samalah kita saksikan, tayangan montaj, yang telah disunting Namira
oleh /  Pelajar Politeknik Ibrahim Sultan.  
  
Sama-sama kita saksikan.  
  
Namira: Hijjaz, satu aje ke montaj yang ada?  
 
Hijjaz : Of course not. Kita ada satu lagi la. That one was made by my idol.  
 
Namira: Really..?  
  
Hijjaz : Yes!  
  
Hadirin yang dihormati sekalian, sama-samalah kita berikan tumpuan sekali lagi ke
layar utama bagi menyaksikan montaj yang disediakan oleh pihak Sekolah
Kebangsaan Permas Jaya 5.  
Sama-samalah kita saksikan.  
  
  
Namira
Begitulah tadi dapat kita saksikan bingkisan gambar serta video sepanjang Proses
Projek Mural Discovery Square dijalankan.  
  
Hijjaz : O…M….G…namira, both of the montages are superb.  
 
Namira : Of course la superb.   
 
Hijjaz. : kannnn…en….tahu tak siapa yang buat video ni..??  
 
Namira : montaj yang pertama ke yang kedua?  
 
Hijjaz : Yang pertama kita dah tahu. montajnya adalah hasil nukilan pelajar politeknik
Ibrahim Sultan. Now im talking about the second montage.  
 
Namira : Siapa…siapa…??I really need to know/ who /made /this awesome Hijjaz
montage.  
 
Hijjaz : Do you know Cekgu Inggerih? Guys, Tahu tak siapa cekgu inggerih?  
 
Namira : like seriously? Cekgu Inggerih made this video? It just superb.  
  
Untuk makluman semua, montaj sebentar tadi merupakan hasil nukilan sepenuhnya
oleh Cikgu Muhammad Fathurrahman b Mohd a.k.a Cekgu Inggerih.   
Boleh like and follow FB, IG dan Tik Tok Cekgu Inggerih ye semua.  
  
Cenderahati Cantik Sungguh Mawar Berduri,   Hijjaz
Harum Melati Penyeri Taman,  
Cenderahati Pengganti Diri:  
Sebagai tanda ingat-ingatan.  
  
Majlis sekali lagi menjemput dan mempersilakan, Cikgu Leni Salfarina binti A Ramlee, Namira
mengiringi Tuan Mohd Jefferin bin Saat, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Pasir
Gudang bagi acara penyampaian sijil penghargaan serta cenderahati.  
 
Sebagai tanda penghargaan atas sumbangan yang diberikan dalam menjayakan
projek ini, dijemput, wakil murid Sekolah Kebangsaan Permas Jaya 5, saudara Hijjaz
Muhammad Nashrullah bin Hasrunizan, untuk menerima sijil penghargaan. 
  
Seterusnya, Dijemput, wakil pelajar /Politeknik Ibrahim Sultan, Merangkap/ Pengarah
Projek, Saudara Muhammad Faris Firdaus bin Abd Rahim. 
  Namira
Seterusnya, dijemput Wakil Pensyarah merangkap Pensyarah Pembimbing Kursus
Event Management , Puan Ismalyza binti Mt. Arif . 
  
Seterusnya, majlis dengan berbesar hati menjemput dan mempersilakan Yang Hijjaz
Berusaha, Cikgu Leni Salfarina binti A Ramlee menyampaikan cenderahati tanda
kenang-kenangan kepada yang berusaha, Tuan Mohd Jefferin bin Saat, Timbalan
Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Gudang.  
Namira
  
Majlis merakamkan ucapan terima kepada Yang berusaha, Tuan Mohd Jefferin bin
Saat, atas kesudian menyampaikan cenderahati sebentar tadi.  
  
Seterusnya, sebagai tanda simbolik kerjasama / antara / Sekolah Kebangsaan Permas
Jaya 5 / bersama / Politeknik Ibrahim Sultan, majlis menjemput dan mempersilakan
Hijjaz
Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan, Ts. Noor Aidi binti Nadzri untuk menerima
cenderahati tanda kenang-kenangan daripada pihak sekolah.  
  
Dipersilakan, tuan.  
   Namira
Seterusnya, majlis menjemput dan mempersilakan Pengarah Ibrahim Sultan, Ts. Noor
Aidi binti Nadzri untuk menyampaikan cenderahati tanda kenang-kenangan dari
Politeknik Ibrahim Sultan kepada Yang berusaha, Cikgu Leni Salfarina binti A Ramlee.  
  
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Cikgu Leni Salfarina
binti A Ramlee serta Ts. Noor Aidi binti Nadzri atas kesudian menyempurnakan
upacara sebentar tadi.  
Hijjaz

Namira
Lagu sekolahku Hadirin diminta untuk berdiri bagi nyanyian Lagu Sekolahku Sejahtera.   Namira

Seterusnya, majlis menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha, Cikgu Leni Hijjaz
Salfarina binti A Ramlee serta para pentadbir untuk mengiring para jemputan ke
ruang santapan.  
  
Majlis mempersilakan, tuan.  
Dengan berakhirnya nyanyian itu tadi, maka berakhirlah majlis kita pada hari ini.   Hijjaz
Closure Banyak keluk ke penarik,   Namira
Keluk tumbuh pohon kuini;  
Nan elok bawalah balik,  
Nan tak elok tinggallah di sini.    
  
Namira: Sesungguhnya masa amat mencemburui kita.  
Hijjaz : itulah kan. Dalam tak sedar, berakhir sudah majlis kita.  
  
Saya, Hijjaz Adham bin Nordin,   
Saya, Nur Namira Sofea binti Razlan  
  
Namira :selaku wakil Jawatankuasa Pelaksana Majlis Perasmian Projek Mural
Discovery Square / memohon ampun maaf dari hujung rambut sehingga ke hujung
kaki andai ada salah dan silap sepanjang majlis berlangsung.   
  
Hijjaz : Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada ALLAH dan yang buruk itu
datangnya daripada kelemahan kami sendiri.   
 
Dari Kedah ke pekan sari,  
Hijjaz
Beli suasa di Kota Tinggi;  
Selesai sudah tugas diberi,  
Di lain masa bersua lagi.  
 
B: SEKIAN WABILLAHI TAUFIK WALHIDAYAH  
A/B : WASSALAMUALAIKUM, WARAHMATULLAHHI, WABARAKUTUH.  
 
Adios, sayonara, goodbye, maas salamah, Annyeonghi kyeseyo.  
  
Hadirin dipersilakan ke kantin bagi menjamu selera.  
  
Dipersilakan.  
  
 

You might also like