You are on page 1of 6

‫جمليس ختم القرأن‬

Majlis Khatam Al-Quran

Pada: 5-6 Disember


2020
Masa: 10.00 Pagi

Dirasmikan Oleh :
Hj Norazmi Bin Hj Md Isa

Moto:
“Al-Quran Sahabat Sepanja
Hayat”
Sekolah Kebangsaan Taming Jaya
Jln Taming Kiri 1, Taman Taming Kiri,
43300 Seri Kembangan, Selangor

KERTAS KERJA

MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2020/1442H

Moto: “Al-Quran Sahabat Sepanjang Hayat”

(Sebaik-Baik Kamu Ialah Orang Yang Mempelajari Al-Quran Dan Mengajarkannya)

Rasional

Walaupun dunia kini sedang dilanda wabak Penyakit Korona Virus yang kritikal, perintah kawalan
pergerakan juga dilaksanakan, namun pihak sekolah ingin memuliakan anak-anak yang telah
khatam al-Quran, khususnya tahun 6. Ini kerana mereka akan meninggalkan alam persekolahan
rendah dan melangkah ke sekolah menengah. Terdapat seramai 80 orang murid Tahun 6 di SK
Taming Jaya yang telah khatam al-Quran. Jadi, alangkah baiknya jika insan yang dianugerahi
Allah dengan keistimewaan untuk khatam al-Quran pada usia muda ini diasuh dan dididik bagi
mendalami lagi ilmu al-Quran khususnya dalam aspek tajwid, taranum dan hafazan. Perkara ini
adalah amat penting untuk melahirkan seramai mungkin pelajar yang berpotensi sebagai bakal
pemimpin masyarakat dan negara untuk diasuh bagi pembentukan sahsiah yang terpuji. Murid-
murid tersebut juga boleh dilatih untuk menjadi imam solat jemaah sesama mereka. Mereka juga
boleh dibimbing untuk menjadi ’Rakan Murabbi’ bagi membimbing rakan-rakan sebaya
mempelajari al-Quran. Sehubungan dengan itu, Majlis Khatam Al-Quran perlu diadakan sebagai
langkah awal untuk mengiktiraf & menghargi kebolahan mereka yang khatam al-Quran pada usia
muda..

Objektif

 Menggalakkan murid-murid berusaha untuk khatam al-Quran seawal mungkin.


 Mendidik pelajar untuk mendalami ilmu al-Quran.
 Memberikan pengiktirafan kepada murid-murid yang telah khatam al-Quran
 Menjadikan al-Quran sebagai sumber motivasi bagi peningkatan diri yang berterusan untuk
mencapai kejayaan di dunia & di akhirat.
 Menubuhkan kelab/persatuan murid-murid yang telah khatam al-Quran untuk
menggalakkan mereka mendalami ilmu tajwid dan taranum serta melatih mereka menjadi
qari & qariah sekolah.

Lokasi Program:

Kediaman masing-masing.

Medium Pengantara Program:

Google Meet
Google Classroom
Youtube

Tarikh Program:

5-6 Disember 2020

Sesi 1 : 5 Disember 2020 (Sabtu)

Sesi 2 : 6 Disember 2020 (Ahad)

Kumpulan Sasaran:

Murid - murid Islam tahun 6

Pengisian Program:

9.30 pg - Peserta Khatam telah masuk talian yang telah dibekalkan

10.00 pg - Ucapan Pengerusi Majlis

- Nyanyian lagu Negaraku, Asma Ul Husna

10.30pg - Majlis Khatam Al-Quran berlangsung

- Bacaan Takhtim dan Doa Khatam al-Quran

- Persembahan

- Ucapan Pengerusi Majlis

- Ucapan Aluan Guru Besar

- Simbolik Penyampaian Watiqah Pengijazahan Khatam al-Quran


11.30 tgh hari - Majlis Selesai

Anggaran Perbelanjaan

Bil Perkara Jumlah (Rm)


1 Cenderahati peserta Khatam Al-Quran RM 5x 80 RM 400
2 Sijil RM200
3 Lain-Lain RM200
4 JUMLAH RM 800

Jawatankuasa Induk Majlis Khatam Al-Quran


Peringkat Sekolah Tahun 2019

Pengerusi
Tn Hj Norazmi Bin Md Isa (Guru Besar)

Timbalan Pengerusi
En Shuhaimi Bin Abdul Rani (PK1)

Naib Pengerusi 1
Pn Haniza Binti Mat Soho (PK HEM)

Naib Pengerusi 2
En. Nik Mohd Ramadhan Bin Nik Abdullah (PK Ko)

Naib Pengerusi 3
Pn Suriza Binti Abdullah (PKP)

Naib Pengerusi 4
Pn Noor Azliza Binti Abdul Rahim (PKPK)

Penyelia Program
Pn Mazlizan Binti Abdullah

Penyelaras Program
Tengku Hasmawati Bt Raja Hassan

Setiausaha Program
Hanisah Binti Shaari

AJK
Semua guru Pendidikan Agama Islam

JAWATANKUASA PELAKSANA MAJLIS KHATAM AL-QURAN


PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2020

Rujuk Lampiran 1

SENARAI MURID KHATAM AL-QURAN

Rujuk Lampiran 2

Penutup:

Diharapkan perlaksanaan Majlis Khatam AL-Quran ini dapat memberi suntikan semangat dan
inspirasi kepada murid yang lain untuk berusaha mencapai target iaitu Khatam al-Quran. Selain
itu dapat membantu pihak sekolah dalam membangunkan potensi dan akhlak murid. Kerjasa
didahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

______________________ _________________________
(HANISAH BINTI SHAARI) (Tengku Hasmawati bt Raja Hassan)
Setiausaha Program Penyelaras Program
SK Taming Jaya SK Taming Jaya

Disahkan oleh :

______________________
(Hj Norazmi Bin Hj Md Isa)
Guru Besar
SK Taming Jaya

You might also like