You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI TERAP

KERTAS KERJA
MAJLIS PELANCARAN BULAN DAKWAH
KEMPEN TAK NAK COUPLE
SEBUTIR BENIH DI AKHIRAT
PROGRAM 5S

2020M/ 1441H

ANJURAN BERSAMA:
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM, PANITIA BAHASA ARAB, DAN UNIT
SURAU AT-TAQWA.
1
Pendahuluan
Kertas kerja ini dirancang bersempena Majlis Pelancaran Bulan Dakwah anjuran Panitia
Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Sungai Terap. Program ini merupakan salah satu
usaha dakwah kepada murid bagi menyemai akhlak islamiah di dalam jiwa mereka. Antara
program bulan dakwah yang akan dilaksanakan ialah Program Sebutir Benih Di Akhirat,
Program 5s, dan Kempen Tak Nak Couple.

Rasional
Kecemerlangan murid di dalam akademik bermula dengan pembentukan akhlak serta
sahsiah diri murid. Justeru, program seumpama ini perlu dilaksanakan supaya dapat
menggalakkan murid-murid untuk bersedekah, melaksanakan amalan 5s, dan tidak
bercouple.

Matlamat
Tegasnya program ini bermatlamatkan dakwah sekaligus melahirkan murid SUTERA yang
berakhlak mulia dan terpuji. Murid akan mengetahui betapa pentingnya bersedekah. Selain
itu, program ini juga boleh membudayakan murid untuk mengamalkan budaya salam,
senyum, sapa, sopan dan syukur. Seterusnya, program ini juga bermatlamat untuk
memberikan pendedahan kepada murid tentang kesalahan bercouple. Pendedahan ini amat
penting kepada mereka dalam menjalani kehidupan yang akan meningkat dewasa.

Objektif:
1- Menjalankan program dakwah dalam kalangan warga SUTERA.
2- Membudayakan amalan bersedekah disamping mengetahui ganjarannya di dunia
dan akhirat.
3- Membudayakan amalan 5s iaitu Salam, Senyum, Sapa, Sopan, dan Syukur.
4- Memberikan pendedahan kepada murid tentang kesalahan dan keburukan
bercouple.
5- Membentuk sahsiah diri terpuji warga SUTERA melalui pembudayaan amalan mulia.

Sasaran :
- Semua murid SUTERA.
- Semua guru dan kakitangan serta warga SUTERA.

Tarikh /Hari :
- Isnin-17 Februari 2020

2
Masa :
- 7.30am - 8.30am
Tempat :
- Dewan Terbuka SKST

Aturcara :
- Lampiran 1

Jawatankuasa Induk:
Pengerusi : Pn. Hajah Suhana binti Misro@Misroh (Guru Besar SKST)
Naib Pengerusi : Tn Hj Mohd Shadan bin Setah (GPK Pentadbiran)
En Mohd Fairus bin Hamzah (GPK HEM)
En Mahalim bin Turman (GPK Kokurikulum)
Pn Masni binti Othman (GPK Pend.Khas)
Setiausaha : Pn Lailatul Badriah bt Ismail (KP Pendidikan Islam)
Pen.Setiausaha : Pn Norzaleha binti Mesir
Bendahari : Pn Hajah Siti Rohayu binti Mario
AJK : En Mohamad Azlan bin Mokhtar
En Mohd. Amirunnanim bin Mohd Amri
En Ahmad Jafni bin Hasnan
En Mohd Noor Ajibah bin Abdul Ghani
Pn Norazurah binti Selamat
Pn Nor Azura binti Karno
Pn Rushidah binti Mohd Hasbi
Pn Azizah binti Ismail
Jawatankusa Pelaksana :
Penyelaras Program : En Ahmad Jafni Bin Hasnan
Penolong Penyelaras program : En Muhammad Azlan bin Mokhtar
Bacaan doa : En Mohd Noor Ajibah bin Abdul Ghani
En Mokhtar bin Hasan
Juruacara : En Ahmad Jafni Bin Hasnan
Taklimat / Tazkirah : Pn Lailaltul Badriah binti Ismail
Pn Norzaleha binti Mesir
Buku Program : Pn Azizah binti Ismail
Pn Nor Azura binti Karno
Gimik : Pn Norazurah binti Selamat
Tn Hj Mustafa bin Md Sharif

3
Hadiah / Cenderamata : Pn Hajah Siti Rohayu binti Mario
Pn Nor Syizwani binti Jamawi
Dokumentasi : Pn Rushidah binti Mohd Hasbi
Disiplin /Kawalan Murid : En Muhamad Azlan bin Mokhtar
En Mohamad Hazrin bin Hussin
PA Sistem : En Mohd. Amirunnaim bin Mohd Amri
Persiapan Tempat : En Ahmad Jafni Bin Hasnan
En Muhammad Rosdi bin Jalinu

Anggaran Perbelanjaan :
Bil Perkara Jumlah
1 Bunting (RM 22.00 x 4) RM 88.00
2 Cenderamata (RM 2.00 x 4) RM 8.00
Jumlah Keseluruhan RM 96.00

Penutup:
Perlaksanaan program ini merupakan aktiviti tahunan Panitia Pendidikan Islam. Ia
merupakan satu usaha dakwah bagi membentuk akhlak serta sahsiah terpuji murid-murid.
Diharapkan program seumpama ini dapat mencapai objektif yang disasarkan dan
seterusnya dapat melonjakkan pencapaian sekolah ke arah sekolah berprestasi tinggi.
Sehubungan itu, usaha ini adalah demi kejayaan murid-murid dalam pelajaran dan juga
kehidupan mereka didunia dan akhirat. Semoga program yang dirancang berjalan lancar
dengan kerjasama semua pihak yang terlibat.

4
Disediakan oleh : Disahkan oleh:

……………………………………………… ………………………………………….
AHMAD JAFNI BIN HASNAN EN RIZAL BIN RAKIMIN
Penyelaras Program Bacaan Yasin Perdana Penolong Kanan Pentadbiran
SK Sungai Terap SK Sungai Terap

Diluluskan oleh:

…………………………………………………
PN. HJH.SUHANA BINTI MISRO@MISROH
Guru Besar
SK Sungai Terap

5
LAMPIRAN 1

Aturcara :

MAJLIS PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN

7.30 pagi - Aluan Pengacara

- Nyanyian 3 buah lagu

- Bacaan Ikrar Rukun Negara

- Bacaan Ikrar Murid

- Bacaan Doa

- Ucapan Guru Bertugas

MAJLIS PELANCARAN BULAN DAKWAH

7.50 pagi - Aluan Pengacara

- Ucapan/Taklimat program oleh KP. Agama Islam

(Pn. Lailatul Badriah bt Ismail)

- Ucapan Perasmian oleh Guru Besar

( Pn Hjh Suhana binti Misro@Misroh)

- Gimik Pelancaran

- Tazkirah Tafaqquh Fiddin / Lakonan

- (Sebutir Benih & Tak Nak Couple & 5S)

- Sesi Fotografi

- Bersurai & PDPC

You might also like