You are on page 1of 7

TeoriAsasMuzik

Jika ingin mempelajari dan mendalami ilmu


dalam bidang muzik, perkara paling asas
yang perlu difahami adalah dengan baluk,
meter, garisan bar, jenis-jenis klef, garisan
leger dan tanda kromat.
(1) Baluk
Baluk terdiri daripada lima garis selari
dengan empat ruang yang digunakan untuk
menulis not-not muzik.

Garisan dan ruang dikira dari bawah ke atas.


Garis paling bawah dipanggil garisan pertama,
begitu juga dengan ruang paling bawah disebut
sebagai ruang yang pertama. Not-not muzik
ditulis pada garis dan ruang.

(2) Meter/Tanda masa dan Garis Bar


(a) Meter atau tanda masa ialah kiraan
masa dalam sesuatu muzik. Ia dikumpulkan
dalam kumpulan 2,3,4 dan seterusnya.
Terdapat pelbagai bacaan masa dalam
muzik. Biasanya jumlah detik adalah sama
banyak setiap bar. Nilai angka di atas
mewakili bilangan detik dalam satu bar atau
unit manakala nilai angka di bawah
mewakili jenis detik atau not yang
digunakan samada not krocet (4), minim
(2), kuaver (8) dan sebagainya.

(b) Bar ialah pengelompokan ketukanketukan dalam hitungan genap dan ganjil.
(c) Garis bar ialah garis vertical pemisah
yang membatasi antara bar.
(d) Garis bar kembar ialah dua garis vertical
yang terletak di belakang bar menanda
tamat.

(3) Jenis Klef


Klef ialah satu tanda muzik yang ditulis
pada awal setiap baluk. Klef menentukan
not-not pada baluk mempunyai nama
(A,B,C,D,E,F,G)
(a) Klef Trebel
Klef Trebel juga dipanggil Klef G.
Notasi Pada Baluk Dalam Klef Trebel (not-not
pada ruang)

Notasi Pada Baluk Dalam Klef Trebel (not-not


pada garisan)

Notasi Pada Baluk Dalam Klef Trebel (not-not


pada ruang dan garisan)

(b) Klef Bes


Klef Bes juga dipanggil Klef G. Ia
menetapkan garis ke 2 dari atas sebagai
garis F.

Notasi Pada Baluk Dalam Klef Bes (not-not


pada ruang)

Notasi Pada Baluk Dalam Klef Bes (not-not


pada garisan)

Notasi Pada Baluk Dalam Klef Bes (notnot pada ruang dan garisan)

(4) Garisan Leger (Garisan Bayangan @


Tambahan)
Garisan Leger ialah garis mendatar yang
terletak di atar atau di bawah baluk muzik
untuk melanjutkan jarak baluk.
(a) Garisan Leger bagi Klef Trebel

(b) Garisan Leger bagi Klef Bes

(5) Tanda Kromat

You might also like