You are on page 1of 9

Penulisan Esei

Muzik ialah bunyi yang diterima oleh individu dan berbeza bergantung kepada
sejarah, lokasi, budaya dan citarasa seseorang. Definisi sebenar muzik juga
berbeza. Antaranya ialah bunyi yang dikira sedap oleh pendengarnya dan apa-
apa bunyi yang dihasilkan secara sengaja oleh seseorang atau kumpulan.
Walaupun muzik adalah sejenis fenomena intuisi, untuk mencipta, memperbaiki
dan mempersembahkannya adalah suatu seni, mendengar muzik pula adalah
sejenis hiburan manakala mempelajari dan memahaminya adalah sejenis
bidang/disiplin.

1 ASAL-USUL DAN JENIS-JENIS KIBOD

Kibod merupakan sejenis alat muzik berpic yang mirip organ dan piano tetapi
yang lainnya ialah kibod menggunakan kuasa elektrik untuk
memainkannya.Nama pinjaman kibod diberi daripada Bahasa Inggeris iaitu
keyboard dengan sebutan yang agak sama bunyinya.Kibod dicipta dan
diubahsuai semula dengan perkakasan elektronik.

Untuk mencipta kibod,konsep alat muzik organ telah diubahsuaikan.Kibod


merupakan satu alat muzik yang memerlukan sumber tenaga secara terus atau
menggunakan bateri kering tertentu bagi memainkannya.Kibod tidak akan dapat
berfungsi dan dimainkan sekiranya tidak terdapat bantuan tenaga elektrik yang
betul.Seperti piano dan organ,kibod juga mempunyai susunan papan tanda yang
tertentu mengikut jenis dan model ciptaannya.

Terdapat pelbagai jenis dan jenama kibod dari model yang lama hingga kepada
yang baru mengikut perubahan dan keperluan semasa.Ciptaan ini ada yang
bermula daripada sederhana dan meningkat kepada yang semakin canggih
dengan fungsi-fungsi yang pelbagai.Model sesebuah kibod pula biasanya
bergantung kepada jenama buatannya.

Antara jenama kibod yang biasa digunakan ialah YAMAHA,CASIO,RHODES,KORG


dan TECHNICS dan lain-lain.Setiap model jenama tertentu mempunyai kelebihan
dan kekurangan yang tersendiri.Cara kibod beroperasi adalah berbeza mengikut
jenis-jenis model ciptaannya.Bagi seseorang yang meminati bidang muzik,ada
beberapa lagi jenama kibod yang harganya tidak mahal dan mampu untuk
dimiliki.

Mengikut klasifikasi,alat muzik kibod terbahagi kepada tiga jenis iaitu kordofon,
aerofon dan elektrofon. Antara alat-alat muzik kibod ialah piano,organ,piano
akordian dan synthesizer. Ada kibod yang memerlukan alat pembesar suara
(speaker) untuk dimainkan dan ada juga model yang sudah mempunyai
pembesar suara di dalam kibod itu sendiri.

Piano merupakan alat muzik kibod yang paling lama.Piano pertama telah dibuat
oleh Bartolommeo Cristofori dan menggunakan idea daripada contoh alat
harpsikord yang popular pada masa itu.Piano mengambil masa seratus tahun
untuk mengatasi populariti harpsikord.
Organ berpaip yang biasanya digunakan di gereja adalah merupakan organ
aerofon yang menggunkan kuasa angin yang dipam melalui paip-paip khas.Yang
kedua ialah organ elektrofon yang menggunakan kuasa elektrik untuk
menghasilkan bunyi.Saiz organ adalah lebih kecil serta mudah alih dan harganya
yang lebih murah.

Kibod synthesizer pada diperkenalkan pada abad 20.Disebabkan oleh


perkembangan teknologi yang mendadak, terdapat banyak pengeluar
menghasilkan kibod elektronik dengan pelbagai jenis model dan harga.Beberapa
keyboard elektronik yang lengkap dengan amplifier dan speaker telah
dikeluarkan.Salah satu pengeluar instrumen yang paling popular adalah
Casio.Casio menawarkan instrument ini dengan harga yang murah.

1.1 TEKNIK BERMAIN DALAM REPERTOIRE KIBOD

1.1.1 Teknik penjarian asas

Terdapat beberapa teknik penjarian yang perlu diamalkan untuk memainkan


kibod dengan baik.Sesebuah kibod mempunyai tiga hingga enam oktaf papan
nada.Jenis model sesebuah kibod menentukan saiz papan tanda kibod
tersebut.Tetapi,saiz papan nada sepatutnya bersesuaian dengan lebar jari orang
dewasa.

Rajah menunjukkan gambar papan nada

Untuk bermain kibod pada peringkat awal,latihan pergerakan tangan


perlulah dilakukan pada bahagian lengan,pergelangan tangan serta semua jari
tangan. Latihan ini bertujuan untuk memperkuat jari dalam menekan papan
kekunci.Namun latihan ini juga membuat anda mengetahui posisi posisi jari yang
baik dalam bermain kibod.Kelembutan dan ketepatan meletakkan jarijari pada
papan nada adalah penting dalam tatacara permainan alat muzik kibod ini.

Salah satu teknik untuk bermain kibod,ibu jari haruslah dielakkan dalam
keadaan terlipat ke dalam.Ibu jari hendaklah sentiasa berada bersebelahan jari
telunjuk.Kombinasi pergerakan lengan,pergerakan tangan dan jari mampu
mengelakkan daripada kekejangan,lenguh dan tidak selesa menggunakan
kedudukan ibu jari. Apabila tangan berada dalam kedudukan bermain,gerakkan
sedikit bahagian lengan untuk mengurangkan rasa lenguh dan kejang otot.
Rajah menunjukkan kedudukan jari yang betul untuk bermain kibod

Penting bagi kita untuk memainkan kibod dengan penjarian yang benar.
Mempelajari penjarian kelak sangat berguna untuk chord, arpeggio, dan
bahagian muzik lain. Dengan menggunakan jari yang betul dan tepat, bermain
kibod akan jadi lebih mudah. Bermain dengan teknik-teknik baru, bermain
dengan posisi nada yang "kurang strategis", bahkan bermain lebih cepat dan
fleksibel.. Nombor jari sama sama ada pada tangan kiri mahupun kanan. Berikut
adalah nama jari di kibod seiring dengan nombornya.

(1) Ibu Jari

(2) Telunjuk

(3) Jari Tengah

(4) Jari Manis

(5) Kelingking

Jadi pada konsepnya nombor jari semetri kiri dan kanan. Nombor jari ini hanya
berlaku di kibod dan piano. Berbeza dengan yang nombor jari yang diterapkan
pada biola atau gitar kerana pada dasarnya kibod menggunakan semua jari
menekan tuts yang nantinya mengeksekusi nada secara langsung.

Kedudukan jari yang sebenar adalah seperti berikut:


1.1.2 Mengetahui fungsi-fungsi butang pada kibod

Terdapat beberapa butang yang perlu kita ketahui fungsinya sebelum


mula bermain kibod.Butang yang berlabel master volume adalah untuk
mengawal kekuatan kibod apabila kita memainkannya.Butang tempo adalh
untuk melaraskan tempo mengikut kehendak kita.

Selain itu,terdapat banyak rentak yang boleh dimainkan oleh sesebuah kibod
mengikut jenis modelnya.Contohnya rentak latin,disco,swing dan jazz.Buntang
voice pula membolehkan kita untuk menukar suara kibod kepada suara yang
pelbagai seperti saxafon,gitar,bes dan alat bertali.

1.2 PENGGUNAAN KOD MAJOR DAN MINOR

KORD MAJOR

Kord major merupakan kord asas Ia bermula dengan C major yang terdiri
daripada not C, E dan G. Penjariannya adalah jari pertama, ketiga dan kelima
(tangan kanan) dan jari kelima, ketiga dan pertama (tangan kiri). Berikut adalah
not-not yang akan main dalam kord major.

Kord Asas

C major - C E G

D major - D F# A

E major - E G# B

F major - F A C

G major - G B D

A major - A C# E

B major - B D# F#

Cara pengiraan :
Contoh : C major

Not pertama (C) ke not kedua (E) - 4 semiton. (Bermula dengan C# - D - D# - E)

Not kedua (E) ke not kelima (G) - e semiton. (Bermula dengan F - F# - G)

*pengiraan yang sama bagi kord major

KORD MINOR

Kord minor berbunyi aneh daripada kord major. Cara penulisan adalah "m" kecil,
iaitu Cm, Dm dan sebagainya. Penjariannya adalah sama dengan kord major
tetapi cara bermain adalah berbeza. Berikut adalah contoh-contoh not-not yang
akan dimain dalam kord minor.

C minor (Cm) - C Eb G

D minor (Dm) - D F A

E minor (Em) - E G B

F minor (Fm) - F Ab C

G minor (Gm) - G Bb D

A minor (Am) - A C E

B minor (Bm) - B D F#

Cara pengiraan :

Contoh: C minor (Cm)

Not pertama (C) ke not kedua (Eb) - 3 semiton (Bermula dengan C# - D - Eb)

Not kedua (Eb) ke not kelima (G) - 4 semiton (Bermula dengan E - F - F# - G)

*pengiraan yang sama bagi kord minor

1.3 TEKNIK BERMAIN SKEL

Skel merupakan notnot muzik yang disusun mengikut abjad.Setiap sebuah skel
mengandungi lapan not contohnya untuk skel C Major iaitu C,D,E,F,G,A,B dan
C.Terdapat tiga jenis skel yang biasa digunakan iaitu skel major,skel minor
harmonik dan skel minor melodik.

Dalam skel major, samada menaik, menurun atau menurun, menaik jarak di
antara satu not dengan satu not yang lain adalah satu ton kecuali di antara not
ke 3 dan ke 4, serta not ke 7 dan ke 8 adalah separuh ton.Skel biasanya
dimainkan secara menaik dan menurun.Dalam satu tangga nada yang menaik
dan menurun,terdapat 15 bunyi.

Contohnya skel C Major yang bermula dengan not C diikuti dengan not
D,E,F,G,A,B dan C kemudian menurun semula kepada not B,A,G,F,E,D dan
C.Begitu juga dengan skel E Major yang bermula dengan not
E,F#,G#,A,B,C#,D#,E dan menurun semula kepada not D#,C#,B,A,G#,F# dan
E.Manakala skel G Major pula bermula dengan not G,A,B,C,D,E,F#,G dan
menurun kepda not F#,E,D,C,B,A dan G.

Not-not yang disusun dengan struktur tertentu dinamakan skel. Ia juga disebut
sebagai tangga nada.Skel adalah suatu siri pic yang disusun secara menaik atau
menurun mengikut jeda tertentu dan mewujudkan kesan nada atau tonaliti.
Dalam muzik KBSR, hanya dua jenis skel sahaja yang ditegaskan iaitu skel major
dan skel minor (harmonik).

Ciri-ciri skel major adalah mempunyai turutan menaik atau menurun. Skel
major mempunyai 8 not yang disusun secara berturutan.Ia juga bermula dan
berakhir dengan not yang sama dengan nama skel itu (misalnya skel C major
mesti bermula dan berakhir dengan not C ).

Skel minor dalam teori muzik boleh dilihat sebagai mod muzik keenam
dalam skel major. Skel minor kadangkala dianggap sebagai mempunyai bunyi
yang lebih menarik, berkemungkinan sedih berbanding skel major. Seperti skel
utama, minor dinamakan menurut bunyi not ton pertama. Bagaimanapun,
berbeza dengan utama, skel minor tidak mempunyai set key signature tersendiri.
Sebaliknya ia perlu menggunakan key signature minor relative major scale.
Perbandingan major didapati dengan menaikan not ton minor setinggi 3 semiton
(jangkauan minor ketiga); sebagai contoh perbandingan major E minor adalah G
major. Sebagaimana diketahui key signature G major mempunyai satu sharp.
Oleh itu, E minor juga mempunyai satu sharp dalam key signature.

1.3.1 Skel minor melodi menurun

Skel dihasilkan dari hanya key signature perbandingan major kadang kala
dikenali sebagai natural minor. Skel natural minor teringkas adalah A natural
minor.
A B C D E F G A'

Perbezaan ini kadang kala dikenali sebagai skel minor melodi menurun kerana ia
sering digunakan secara menurun dari ton.

1.3.2 Skel minor melodi meningkat

Skel minor melodi meningkat dibentuk dengan meningkatkan skel ke tahap ke 6


dan ke 7 (atau, sama juga, meratakan tahap ketiga dari skel utama). Perbezaan
ini digunakan terutamanya untuk garis meningkat, kerana ia mempunyai
kecenderungan kepada muzik tonik. Sebagai contoh, dalam key A minor, melodi
skel minor meningkat:

A B C D E F# G#
A'

1.3.3 Skel minor harmonik

Minor harmonik dibentuk dengan meningkatkan skel minor kepada tahap ke 7.


Sebagai contoh, dalam key A minor, harmonik skel minor adalah:

A B C D E F G# A'

Skel ini digunakan untuk menghasilkan harmoni kerana ia mengandungi kod


dominan utama dan sub-dominan minor.

1.4 MELODI

Melodi adalah turutan pic yang disusun sama ada secara menaik, menurun atau
mendatar. Susunan pic ini terdiri daripada bunyi panjang atau pendek yang
membentuk irama melodi yang berkontur. Melodi berubah apabila pic dan not
diubah. Dalam muzik, melodi juga alunan, suara, atau baris merupakan siri
turutan yang menghidupkan keharmonian kod. Walau bagaimanapun, turutan
tersebut haruslah berubah dan kelihatan sebagai satu entiti yang dipanggil
melodi.

Secara khususnya, ia merangkumi corak perubahan nada dan tempoh, manakala


secara umumnya ia merangkumi sebarang corak perubahan peristiwa dan
mutu.Melodi boleh dikatakan hasil yang terdapatnya perhubungan corak yang
berubah mengikut masa. Perubahan adalah perlu bagi difahami sebagai
terhubung atau tak terhubung. Melodi sering mengandungi satu atau lebih frasa
muzik, motif dan sering diulangi dalam lagu atau pelbagai bentuk lain. Melodi
juga boleh diterangkan dengan pergerakan melodi atau nada atau selang antara
nada, jurang nada, ketegangan dan pelepasan, sambungan dan koheren, kadens,
dan bentuk.

1.5 TEKNIK PENGUASAAN KIBOD DALAM PELBAGAI RENTAK

Terdapat beberapa rentak yang dapat dihasilkan oleh kibod.Antaranya ialah


rentak jazz,waltz,latin,swing dan disco.Pengaplikasian untuk mencipta sesebuah
lagu boleh menggunakan rentak yang terdapat pada kibod.Melodi dan harmoni
boleh dimainkan secara serentak dengan iringan rentak irama yang dipilih.

Kibod juga boleh memainkan melodi dan kord serta iringan rentakrentak yang
disukai.Ia mempunyai banyak ragam bunyi alatalat muzik moden dan
tradisional serta terdapat pelbagai set kesan bunyi yang boleh diguna pakai
bersama muzik.Terdapat juga DEMO bank simpanan lagu atau melodi
disediakan sebagai contoh.Dengan adanya kibod,kerja kerja muzik studio yang
hendak dihasilkan boleh diprogramkan melaluinya dan ia juga berkemampuan
untuk mengubah nada (key) atau rentak dari segi tonnya.

2 KESIMPULAN

Daripada kerja kursus yang telah saya buat ini,saya telah mempelajari tentang
asal-usul dan jenis-jenis kibod.Saya amat teruja apabila mengetahui tentang
asal-usul kibod yang sangat hebat yang diubahsuai daripada alat muzik
organ.Teknik bermain kibod dan penguasaannya dalam pelbagai rentak juga
telah saya kaji dan membolehkan saya untuk mengaplikasikannya dalam proses
pembelajaran saya.

Selain itu, saya turut didedahkan tentang penggunaan kod major dan minor
dalam permainan alat muzik kibod delain dari memahami secara lebih
mendalami tentang skel dan melodi.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan sekelas yang


sudi berkongsi maklumat untuk saya menyiapkan tugasan ini.Tidak lupa juga
kepada pensyarah saya,Puan Noor Razana kerana telah memberi dorongan dan
tunjuk ajar kepada saya sepanjang menyiapkan tugasan ini.

Terima kasih.
Rujukan

Hafirzan, M. (2016). Cara Bermain Piano/Keyboard ( Pengetahuan Asas ).


Retrieved September 1, 2016, from
http://missezhafirzan.blogspot.my/2011/10/cara-bermain-pianokeyboard-
pengetahuan.html.

Hammer, J. (2002). Keyboard. London: Amsco Pub.

Pinksterboer, H. (2009). Tipbook keyboard and digital piano: The complete guide.
Milwaukee, WI: Hal Leonard Books.

Storey, R. (2010). The piano and other keyboard instruments. Mankato, MN:
Smart Apple Media.

You might also like