You are on page 1of 9

PENULISAN ESEI

Apa itu skel? Skel merupakan not-not muzik yang disusun mengikut abjad. Sebuah skel mengandungi 8 not. Terdapat 3 jenis skel yang biasa digunakan iaitu skel major, skel minor harmonik dan skel minor melodik. Dalam piano 3 kita hanya mempelajari skel major dan skel minor harmonik .Dalam skel major, samada menaik, menurun atau menurun, menaik jarak di antara satu not dengan satu not yang lain adalah satu ton kecuali di antara not ke 3 dan ke 4, serta not ke 7 dan ke 8 adalah separuh ton. Kedudukan separuh ton biasanya ditandakan dengan tanda slur. Skel major yang mempelajari pada semester ini ialah skel dalam nada A, E, Bb dan Eb manakala skel minor ialah skel dalam nada B, G. Semasa berlatih pemainan skel major dan minor, pelajar piano telah menghadapi pelbagai masalah. Masalah yang pertama ialah masalah penjarian. Menurut Frederick Hodges dalam artikel Fundamentals of Piano Techniques menyatakan penjarian dalam permainan skel dan arpeggio sangat penting. Bagi mengatasi masalah ini, latihan asas pergerakan lengan, pergelangan tangan serta jari-jari perlu dibuat bagi kedua belah tangan. Aras dan arah serta liuk lentuk pergelangan tangan perlulah disesuaikan dan diseimbangkan dengan kedudukan serta postur semasa permainan skel. Selain itu, sebelum main skel A major,pelajar harus tahu not yang terdapat dalam skel A major iaitu not A B C# D E F# G# A B C# D E F# G# A. Selepas itu harus tahu tanda accidental dalam skel tersebut dan akhirnya penjarian yang betul bagi main skel A major dengan betul. Permainan skel ini bermula dengan ibu jari. Penjarian untuk main skel A major adalah seperti dibawah:

Bagi bermain skel E major, pelajar harus tahu not-not dalam skel tersebut. Not yang terdapat dalam skel E major ialah E F# G# A B C# D# E F# G# A B C# D# E. Pelajar perlu menganalisis tanda accidental yang terdapat dalam skel ini iaitu mempunyai 4 syap ( F#, C# G# D#). Permainan skel ini juga bermula dengan ibu jari. Penjarian bagi skel E major ialah seperti di bawah:

Bagi bermain skel Bb major juga pelajar harus tahu not-not dalam lagu tersebut. Not yang terdapat dalam skel ini ialah Bb C D Eb F G A Bb C D Eb F G A Bb. Dalam skel ini juga terdapat 2 flat iaitu Bb dan Eb. Pelajar harus menganalisis perkara ini sebelum mula permainan skel Bb major. Permainan skel ni bermula dengan jari telunjuk iaitu jari kedua. Penjarian skel ini agak berbeza sedikit daripada skel lain. Penjarian bagi skel ini adalah seperti dibawah:

Sebelum bermain skel Eb major juga harus tahu not-not dalam skel tersebut. Not-not yang terdapat dalam skel tersebut ialah Eb F G Ab Bb C D Eb F G Ab Bb C D Eb. Dalam skel ini terdapat 3 flat iaitu Bb, Eb dan Ab. Permainan skel ini juga bermula dengan jari telunjuk iaitu jari kedua. Penjarian bagi skel Eb major adalah seperti berikut:

Bagi permainan skel B minor pula, pelajar harus bermain not ke7 yang dinaikkan dalam skel tersebut iaitu A#. Not yang terdapat dalam skel B minor ialah B C D# E F# G A# B C# D F# G A# B. Dalam skel ini terdapat 3 syap iaitu F#, C# dan A#. Bunyi skel minor agak sedih manakala bunyi skel major agak gembira. Dengan bunyinya, pelajar dapat mengenal pasti nada sesuatu skel. Permainan skel ini bermula dengan ibu jari. Penjarian bagi skel B minor adalah seperti berikut:

Sebelum main skel G minor, pelajar harus mengetahui not tang terdapat dalam skel tersebut. Not-not yang terdapat dalam skel G minor ialah G A Bb C D Eb F# G A Bb C D Eb F# G. Dalam skel ini terdapat 2 flat dan 1 syap iaitu Bb, Eb dan F#. Permainan skel ini juga bermula dengan ibu jari. Penjarian bagi skel ini adalah seperti dibawah:

Bagi mengatasi masalah penjarian semasa permainan skel pelajar harus praktis tangan kanan dahulu selepas itu mempraktis mengggunakan tangan kiri. Ini akan membantu pelajar menguasai permainan skel tangan kanan dan kiri. Menurut James Francis Cooke dalam buku Mastering The Scales And Arpeggios menyatakan play these slowly upon the piano and observe that the notes included between the steps or intervals. Menurut beliau pelajar perlu bermain perlahan menggunakan satu tangan dahulu dan menganalisis serta membiasakan diri dengan not-not dalam skel major dan minor. Oleh itu, pelajar akan menjadi familiar dengan notnot yang terdapat dalam skel major dan minor. Selepas menguasai tangan kanan dan kiri pelajar boleh menggabungkan kedua-dua tangan. Dengan ini, pelajar tidak akan menghadapi masalah dalam teknik permainan skel major dan minor. Di samping itu, pelajar dapat bermain dengan lancar. Apa itu arpeggio? Arpeggio adalah suatu kumpulan not yang dimainkan satu demi satu samada menaik atau menurun. Semua not dalam arpeggio adalah dalam kord yang sama. Kord menggunakan not pertama, ketiga dan kelima dalam skel. Arpeggio juga menggunakan not-not yang sama dengan kord. Contoh : D major arpeggio menaik 2 oktaf mempunyai not D, F#, A, D, F#, A, D. Corak penjarian arpeggio diulangi setiap tiga not supaya permainan setiap oktaf akan menggunakan penjarian yang sama. Contoh : penjarian tangan kanan untuk memainkan arpeggio D major 2 oktaf menaik 1, 2, 3, 1, 2, 3, 5. Ibu jari sentiasa berada pada key putih atas kibod kecuali nada Bb dan Eb major. Jari kelima digunakan hanya untuk permulaan dan penghabisan. 6

Bagi memainkan skel arpeggio juga kita perlu mengetahui not-not dalam skel arpeggio tersebut. Menurut Alice dalam buku Manual of Scales Arpeggios And Boken Chords menyatakan skel arpeggion perlu dimainkan dengan menggunakan tiga not iaitu not pertama, ketiga dan kelima. Oleh itu, dalam skel arpeggio A major kita harus tahu not pertama, ketiga dan kelima iaitu A C# E. Tanda accidental yang terdapat dalam skel arpeggio A major ialah C#. Penjarian permainan skel ini bermula dengan ibu jari. Penjarian skel arpeggio bagi skel A major adalah seperti di bawah:

Tangan
Kanan Kiri

Penjarian
1231235 5321321

Nada
A major A major

Bagi skel arpeggio E major, not-not yang terdapat dalam skel tersebut ialah E G# B E G# B E. Dalam skel arpeggio ini terdapat satu syap iaitu G#. Penjarian skel arpeggio ini bermula dengan ibu jari. Berikut adalah penjarian bagi skel arpeggio E major:

Tangan
Kanan Kiri

Penjarian
1231235 5321321

Nada
E major E major

Bagi skel arpeggio Bb major, not yang terdapat dalam skel ini ialah Bb D F Bb D F Bb. Dalam skel ini terdapat satu flat iaitu Bb. Penjarian skel arpeggio ini berbeza daripada skel arpeggio lain iaitu penjarian bermula dengan jari telunjuk (jari kedua). Penjarian skel arpeggio ini adalah seperti berikut:

Tangan
Kanan Kiri

Penjarian
2124124 3 2 13 2 1 2

Nada
Bb Major Bb Major 7

Bagi skel arpeggio Eb major, not-not yang terdapat dalam skel ini ialah Eb G Bb Eb G Bb Eb. Dalam skel arpeggio ini terdapat dua flat iaitu Bb dan Eb. Penjarian skel arpeggio ini juga sama seperti skel arpeggio Bb major. Penjarian skel arpeggio ini adalah seperti berikut:

Tangan
Kanan Kiri

Penjarian
2124124 3 2 13 2 1 2

Nada
Eb Major Eb major

Bagi skel arpeggio B minor, not yang terdapat dalam skel tersebut ialah B D F# B D F# B. Tanda accidental yang terdapat dalam skel ini ialah F#. Penjarian skel ini bermula dengan ibu jari. Penjarian bagi skel arpeggio ini adalah seperti berikut:

Tangan
Kanan Kiri

Penjarian
1231235 5321321

Nada
B Minor B Minor

Bagi skel arpeggio G minor, not-not yang terdapat dalam skel ini ialah G Bb D G Bb G. Tanda accidental yang terdapat dalam skel ini ialah Bb. Penjarian skel arpeggio ini bermula dengan ibu jari. Penjarian skel arpeggio G minor adalah seperti berikut:

Tangan
Kanan Kiri

Penjarian
1231235 5321321

Nada
G MInor G Minor

Semasa berlatih permainan skel arpeggio juga pelajar menghadapi masalah penjarian. Dalam permainan arpeggio setiap jari mempunyai fungsi tersendiri. Menurut Blake Neely dalam buku Piano For Dummies menyatakan setiap jari perlu saling menyokong antara satu sama lain dalam mengimbangi kedudukan yang juga mungkin berubah-ubah. Pergerakan dan keselarasan bahagian lengan amat perlu bagi mana-mana jari itu berubah tempat. Pergelangan tangan perlu direndahkan jika ibu jari menekan mana-mana papan nada dan ditinggikan pula jika jari kelima digunakan juga. Namun, pergerakan ini boleh diubah jika beberapa not dimainkan. Pergelangan tangan bermula pada aras rendah jika memainkan permulaan

rangkaian melodi. Untuk mengakhiri sesuatu rangkaian melodi pergelangan tangan perlu ditinggikan semula kedudukanya. Selain itu, pelajar juga menghadapi masalah semasa menggabungkan kedua-dua tangan untuk memainkan skel arpeggio. Menurut Alan Fraser dalam jurnal A New Approach to Piano Technique menyatakan pergerakan fizikal tangan mempengaruhi bunyi skel arpeggio yang konsisten. Oleh itu, bagi mengatasi masalah ini pelajar harus praktis dengan pergerakan jari yang betul dan juga praktis tangan kanan dahulu. Yang ini kerana pelajar cepat berlatih dengan menggunakan tangan kanan manakala praktis menggunakan tangan kiri susah sedikit dan mengambil masa yang lama. Akhirnya, pelajar dapat menguasai permainan skel arpeggio dengan penjarian yang betul.

You might also like