You are on page 1of 12

1. Carta Nama Not, Jenis-jenis Not, Simbol Not dan Nilai Not.

Huraian Persamaan Nilai Not.

Tanda-tanda Rehat (Rest)

Meter / Tandamasa dan Garis Bar.

Baluk.

Baluk terdiri dari lima garis selari dan empat ruang yang digunakan untuk menulis not-not muzik.

Garisan-garisan dan ruang dikira dari bawah ke atas. Garisan paling bawah dipanggil garisan pertama, begitu juga dengan ruang yang paling bawah disebut sebagai ruang yang pertama. Not-not muzik ditulis pada garis dan ruang. Klef Klef ialah satu tanda muzik yang ditulis pada awal setiap baluk. Klef menentukan not-not pada baluk mempunyai nama (A,B,C,D,E,F,G). Klef Treble

Klef ditulis pada awal baluk. Notasi Pada Baluk Dalam Klef Trebel

Not-not pada Ruang.

Not-not pada Garisan

PENJARIAN BERMAIN REKORDER Bermain rekorder juga mempunyai pengajaran yang menggunakan nombor. Kebiasaannya penjarian German menggunakan penomboran. Cuba lihat dan fahami rajah di bawah.

PENOMBORAN TANGAN KIRI

PENOMBORAN TANGAN KANAN

PENOMBORAN PADA REKORDER

(a) Tangan Kiri Ibu jari bernombor 0 menutup lubang di bahagian belakang rekoder. Jari telunjuk bernombor 1 menutup lubang rekoder pertama. Jari hantu bernombor 2 menutup lubang rekoder kedua. Jari manis bernombor 3 menutup lubang rekoder ketiga.

(b) Tangan Kanan Jari telunjuk bernombor 4 menutup lubang rekoder keempat.

Jari hantu bernombor 5 menutup lubang rekoder kelima. Jari manis bernombor 6 menutup lubang rekoder keenam. Jari kelingking bernombor 7 menutup lubang rekoder ketujuh. Pada lubang rekoder bernombor 6 dan 7, terdapat dua lubang kecil. Lubang-lubang kecil tersebut adalah untuk menghasilkan bunyi syap dan flet.

SUSUNAN JARI PADA LOBANG REKORDER

CARTA PENJARIAN REKORDER

LATIHAN BERMAIN REKORDER Penjarian Not B, A, G, C' dan D'

Khamis

14.2.2013

TEKNIK PERMAINAN REKORDER Untuk bermain rekorder dengan baik, teknik permainan rekorder yang betul perlu diamalkan. a) Postur : *Duduk atau berdiri tegak dalam keadaan selesa semasa memegang rekoder *Pegang rekoder dengan kecondongan 45 darjah dari badan. (Elakkan daripada menundukkan kepala berlebihan atau membongkokkan

badan)

b) Cara memegang rekoder : *Pegang rekoder dengan meletakkan jari tangan kiri pada bahagian atas rekoder dan jari tangan kanan pada bahagian bawah badan rekoder. *Imbangan rekoder terletak pada bibir bawah dan ibu jari kanan.

badan

You might also like