You are on page 1of 7

ANALISIS SKOR LAGU BURUNG KAKAK TUA

Koir adalah sebuah ensembel muzik para penyanyi yang menyanyi beramairamai. Ia bukan sebuah kumpulan penyanyi solo yang bersaing antara satu sama lain, malah sebagai sekumpulan penyanyi yang membentuk nyanyian berharmoni. Perkataan "ensembel" berasal dari bahasa Perancis yang bermaksud "bersamasama.". Daripada definisi koir ini jelaslah bahawa dalam menghasilkan satu kumpulan koir yang baik, guru perlu menyediakan sekumpulan murid dan membentuk nyanyian berharmoni. Jadi, guru harus menyediakan skor lagu koir yang mempunyai beberapa lapisan suara yang sesuai dengan kumpulan koir yang dilatih. Bagi kumpulan koir kanak-kanak, lapisan suara yang sesuai ialah soprano dan alto. Jadi,saya telah memilih untuk menyediakan skor yang mempunyai dua bahagian soprano dan satu bahagian akan menyanyikan alto. Bagi suara soprano kebiasaannya mempunyai lingkungan suara dari "C tengah" (C4) hingga ke A atas (A5). Perkataan soprano secara umumnya merujuk kepada penyanyi yang bersuara tinggi dalam lingkungan suara wanita. Manakala bagi lingkungan suara alto pula ialah meliputi di antara G di bawah C tengah hingga ke E sepuluh di bawah C tengah (G3-E5). Di bawah merupakan lingkungan suara mengikut papan kibod.

Lingkungan suara soprano

Lingkungan suara alto

Rajah di bawah menunjukkan skor lagu koir yang telah disediakan dan mempunyai tiga lapisan suara iaitu dua lapisan suara soprano yang terdiri daripada soprano 1 dan soprano 2 dan juga lapisan suara alto.

Pemilihan dua lapisan soprano bagi lagu koir ini adalah bagi memberikan variasi kepada lagu koir yang akan dinyanyikan ini. Perbezaan lapisan soprano 1 dan soprano 2 ialah dari segi nyanyian iaitu soprano 1 akan menyanyikan bahagian melodi manakala soprano 2 akan menyanyikan lagu ini secara round song. Nyanyian ini akan dapat di lihat pada bar ke 6 dalam rajah di atas. Alto pula akan menyanyi secara harmoni. Nyanyian ini dapat di lihat pada skor alto dalam rajah di atas. Bagi kumpulan koir ini, saya telah memilih lagu burung kakak tua. Pemilihan lagu ini adalah kerana melodi lagu ini adalah lebih dekat dengan kanak-kanak dan mudah untuk dinyanyikan. Murid akan lebih mudah menyanyi dan menghayati sesebuah lagu itu sekiranya mereka mudah menyanyikan lagu tersebut serta lagu tersebut selalu di dengar. Ini merupakan salah satu punca utama saya memilih lagu ini. Meter lagu ini pula ialah 3 an. Tempo bagi lagu ini ialah 120. Tempo ini akan menghasilkan mud riang semasa murid meyanyi koir. Mud riang adalah bersesuaian dengan lagu burung kakak tua.. Terdapat intro pada bar pertama hingga bar ke tiga. Jadi, bagi murid yang menyanyi soprano 1 dan alto, mereka akan mula menyanyi pada detik yang ke tiga pada bar ke empat lagu ini. Bagi soprano 2 pula, mereka akan menyanyi pada detik ke tiga pada bar ke 6. Ini kerana soprano 2 memainkan peranan sebagai penyanyi round song. Penyanyi akan menyanyi pada detik ke tiga kerana lagu ini mempunyai anakrusis.

Rajah di bawah menunjukkan tempo, intro, anakrusis pada lagu.

Meter

Tempo

Anakrusis

Kord Rentak

Intro

Rentak lagu ini ialah ialah rentak mac. Rentak akan dimainkan oleh piano yang bertindak bagi memainkan kord dan juga rentak bagi lagu ini. Lagu ini adalah dalam nada C major. Saya memilih nada C major kerana nada ini bersesuaian dengan murid-murid saya. Nada ini tidak mempunyai sharp atau flat, jadi murid akan lebih mudah menyanyi dan mencapai pic semasa menyanyi. Tekstur ialah jalinan suara yang membentuk bunyi tebal dan nipis. Bagi kumpulan lapisan suara yang bagi lagu saya ialah soprano akan menghasilkan tekstur yang lebih tebal berbanding alto. Ini kerana pic bagi lapisan suara soprano adalah lebih tinggi berbanding pic bagi penyanyi alto. Bentuk lagu ini ialah AB. Pada bar ke empat hingga bar ke 19, bentuk lagu ini ialah A manakala pada bar 20 hingga akhir bentuk lagu ini ialah B. Bagi aspek harmoni pula, saya menggunakan suara alto untuk menyanyikan harmoni. Harmoni ialah bunyi muzikal yang di hasilkan melalui kombinasi dua atau lebih bunyi yang di hasilkan secara serentak. Harmoni boleh di lakukan

menggunakan not ke 3 dan juga not ke lima. Pada skor lagu yang telah saya hasilkan ini, saya telah memilih untuk meletakkan harmoni bermula pada bar ke 20

hingga akhir lagu.

Bagi menghasilkan bunyi yang bersesuaian dan juga mudah

dinyanyikan oleh murid, saya telah menggunakan harmoni not ke 3 . Perkara ini dapat di lihat berdasarkan rajah di bawah:

Setelah menjalankan latihan, beberapa masalah telah di kenal pasti iaitu masalah dari segi pic, tempo, agihan lapisan suara dan juga harmoni. Dari segi pic, terdapat beberapa orang murid yang tidak dapat mengenalpasti pic dengan betul. Contohnya,pada bar ke 6, murid mengalami masalah untuk menyanyi dari pic tinggi ke pic rendah.

Untuk mengatasi masalah ini, saya telah menggunakan teknik pengulangan disamping memperdengarkan kepada murid pic yang betul dengan menggunakan kibod. Bagi masalah tempo pula, murid tidak dapat menyanyi mengikut tempo yang ditetapkan. Terdapat beberapa orang murid menyanyi lambat berbanding tempo asal. Masalah ini jelas di dengar bagi lapisan suara soprano 2. Bagi mengatasi masalah ini, saya telah membuat teknik ansur maju iaitu dari tempo perlahan ke tempo yang di tetapkan. Masalah ke tiga pula melibatkan agihan lapisan suara. Saya mengalami masalah dalam mengagihkan murid mengikut tiga lapisan suara yang terdapat dalam skor. Bagi murid yang mempunyai suara tinggi, mereka di masukkan dalam kumpulan soprano 1. Manakala bagi murid yang mempunyai suara sederhana,

mereka di masukkan dalam kumpulan soprano 2. Bagi suara alto pula, saya memilih murid lelaki . Ini kerana murid lelaki lebih sesuai dengan renj suara alto. Terdapat juga masalah dari segi menghasilkan harmoni. Masalah berlaku terutama pada lapisan suara alto. Murid dari kumpulan ini terikut-ikut dengan nyanyian melodi. Saya menggunakan teknik dengar dan nyanyi bagi mengatasi ini. Saya telah memainkan bahagian tersebut dengan menggunakan kibod dan murid diminta mendengar pic yang dimainkan . perkara ini dilakukan berulang kali sehingga murid dapat menghafal pic yang di mainkan. Kesimpulannya, pemilihan lagu, pic, tempo, dan juga harmoni amat penting dalam menghasilkan kumpulan koir yang baik. Guru harus memastikan murid dapat menguasai semua aspek ini supaya kumpulan koir yang dihasilkan adalah mantap.

You might also like