You are on page 1of 4

1.

0 PENGENALAN
Gamelan Jawa ini berasal dari Indonesia yang dimainkan oleh masyarakat Jawa
berfungsi sebagai upacara ritual dan upacara mengiringi tarian pada zaman dahulu. Pada
masa kini gamelan Jawa berfungsi sebagai satu hiburan di khalayak orang ramai yang
dimainkan semasa perayaan. Muzik gamelan Jawa ini mempunyai dua stail permainan yang
biasa dimainkan iaitu stail gaya kuat dan stail gaya lembut. Stail gaya kuat selalunya
dimainkan di tempat terbuka manakala stail lembut dimainkan di dewan atau tempat
tertutup.

Alat muzik gamelan Jawa terbahagi kepada kepada tiga bahagian iaitu alat muzik
penanda masa, memainkan rentak dan memainkan melodi. Konsep muzik yang terdapat
dalam gamelan Jawa ini adalah gamelan ini mempunyai dua sistem tiunan iaitu skel slendro
(5 not) dan pelog (7 not). Variasi melodi dimainkan oleh alat muzik gender, gambang dan
bonang akan menghasilkan lapisan-lapisan melodi tersendiri. Ianya juga mempunyai sistem
gonggan struktur kolotomik kerana setiap gong akan dimainkan pada bit tertentu. Sistem
gongan dalam gamelan Jawa ini boleh dibahagi secara binari. Alat muzik yang memainkan
rentak iaitu gendang perlu menguasai corak irama, tempo dan pertukaran irama pada frasa
tertentu.

Ensembel Pi Phat merupakan ensembel klasik negara Thai yang telah dicipta untuk
menghiburkan raja-raja di istana. Kini, ensembel ini dimainkan sebagai hiburan masyarakat
dan mengiringi drama tari. Kanak-kanak di sekolah rendah juga didedahkan dengan muzik
klasik ensembel Pi Phat ini.

Ciri-ciri muzik ensembel Pi Phat ini mempunyai sistem tiunan iaitu skel 5 ton (pentatonik)
dan skel 7 ton. Melodi asas dalam ensembel ini diulang secara ostinato dan bergerak secara
selangkah. Alat penanda masa adalah alat ching dang gong yang dimainkan pada bit
tertentu yang dipanggil sistem kolotomik. Rentak dimainkan oleh gendang. Ensembel Pi
Phat ini mempunyai stail persembahan Thao yang terbahagi kepada tiga bahagian iaitu
chan 1 (cepat) chan 2 (sederhana) dan chan 3 (perlahan) yang berkaitan dengan tempo
dalam ensembel Pi Phat ini.

2.0 ADAPTASI CIRI-CIRI MUZIK GAMELAN JAWA DAN ENSEMBEL PI PHAT DALAM
ENSEMBEL MUZIK INSTRUMENTAL

Adaptasi ciri-ciri muzik gamelan Jawa dan ensembel Pi Phat yang akan saya boleh
lakukan dalam ensembel muzik instrumental di sekolah dari segi ciri muzik melodi, rentak
dan penanda masa. Saya memilih untuk mengadapatasikan sistem tiunan pelog gamelan

1
Jawa yang mempunyai 7 not. Saya boleh mengadaptasi melodi asas pelog patet barang
pada ensembel muzik instrumental di sekolah.

Murid boleh memainkan melodi asas pelog tersebut pada alat muzik zailofon atau
melodian untuk mengantikan alat saron barung, saron demung dan slethem di sekolah.
Contohnya, melodi asas pelog patet barang (6 5 3 2 6 5 3 2 . 3 2 3 6 5 3 2) yang
menekankan not 6 dalam melodi.

Melodi asas ini boleh diulang secara ostinato dan bergerak secara selangkah dalam
ensembel muzik instrumental. Variasi melodi yang dimainkan oleh bonang atau gambang
boleh dimainkan oleh alat muzik kibod untuk menghasilkan lapisan melodi tersendiri. Hal
ini kerana bunyi pada kibod dapat ditukar menjadi bunyi seakan sama alat bonang atau
gambang. Alat muzik glockenspeil boleh mengantikan alat saron peking dalam memainkan
teknik variasi melodi yang berganda. Saya juga boleh mengadaptasi melodi bersifat simetri
dan tersusun secara soal jawab dalam ensembel muzik instrumental di sekolah.
Contohnya, soalan frasa melodi a (6 5 3 2 6 5 3 2) dan jawapan pada frasa melodi b (. 3 2
3 6 5 3 2).

Saya juga boleh mengadaptasi bentuk gongan kolotomik 16 bit gamelan Jawa dalam
ensembel muzik instrumental di sekolah. Bunyi gong agung boleh dimainkan pada gong
pada bit ke 16 dan bunyi kempul pada bit 6, 10 dan 14 boleh dengan alat muzik simbal.
Kibod juga boleh mengantikan alat kenong yang dimainkan pada bit 4, 8, 10, 12 dan 16.
Bagi alat yang memainkan rentak dalam ensembel muzik instrumental ini boleh dimainkan
oleh alat gendang yang memainkan rentak secara ostinato di sepanjang ensembel
tersebut. Alat muzik congga dan kompang juga boleh digunakan untuk memainkan rentak
dalam ensembel muzik instrumental di sekolah.

Saya juga akan mengadaptasikan ciri-ciri muzik ensembel Pi Phat dalam stail Thao
yang terbahagi kepada 3 bahagian chan dalam ensembel muzik instrumetal sekolah. Pada
permulaan ensembel, saya akan mengadaptasi chan 2 iaitu dalam tempo rentak yang
sederhana diikuti dengan chan 3 iaitu tempo rentak yang perlahan dengan berlakunya
perkembangan corak irama dalam ensembel muzik instrumental yang dilakukan. Chan 1
iaitu tempo rentak laju dan pengecutan corak irama akan berlaku pada pengakhiran
ensembel muzik instrumental sekolah. Alat ching boleh diganti dengan alat muzik simbal
untuk memainkan bunyi pada bit tertentu untuk menandakan tempo rentak yang dimainkan
berdasarkan stail thao yang diadaptasi.

Ciri-ciri bentuk gamelan Jawa yang boleh saya adaptasi dalam ensembel muzik
instrumental bentuk binari iaitu ABA dalam melodi yang dicipta. Tekstur yang boleh

2
diadapatasi pula adalah daripada ensembel Pi Phat yang mempunyai tekstur polifoni
dimana alat muzik yang membuat variasi melodi asas akan menghasilkan lapisan-lapisan
melodi tersendiri.

3.0 PENUTUP
Melalui adaptasikan yang dibuat, saya mendapati bahawa ciri-ciri muzik gamelan
Jawa dan ensembel Pi Phat kebanyakkan dapat diadaptasi dalam ensembel muzik
instrumental peringkat sekolah rendah tahap dua. Walaupun murid tidak dapat bermain
alat muzik gamelan Jawa dan ensembel secara realiti namun mereka dapat mengenal ciri-
ciri muzik tersebut sedikit sebanyak berdasarkan adaptasi yang telah dilakukan dalam
ensembel muzik instrumental yang dilakukan. Murid-murid juga akan secara langsung
belajar tentang ciri-ciri muzik gamelan Jawa dan ensembel Pi Phat. Mereka juga dapat
mengenal perbezaan tentang ciri-ciri muzik antara gamelan Jawa dan ensembel Pi Phat.
Oleh itu, adaptasi yang dibuat perlu memberi pengatahun secara lansung kepada murid
mengenal ciri-ciri muzik gamelan Jawa dan ensembel Pi Phat dengan baik.

3
Rujukan

Hélène Bouvier. (2002). Lèbur: seni musik dan pertunjukan dalam masyarakat Madura.
Jakarta: Ecole francaise d' Extreme-Orient.

Panji Prasetyo. (2012). Seni Gamelan Jawa . Indonesia: Universiti Indonesia.

Samutcha Jeeranai, Sittisak Jampadaeng, & Somkit Suk-Erb. (2013). Piphat mon in the way
of life: creating performing arts standards to promote the Thai music profession.
Thailand: Mahasarakham University.

Sumarsam. (2013). Javanese Gamelan and the West. New York: University Of Rochester
Press.

Terry E. Miller, & Andrew Shahriari. (2016). World Music: A Global Journey. New York: Taylor
& Francis .

You might also like