You are on page 1of 7

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

PENGENALAN …………………….…………………………………………………..... 2

ULASAN KRITIS ……………………………………….………………………………… 2


Melodi dan Seni kata lagu …………………………………………………….. 2 – 3
Gubahan Suara Lagu …………………………………………………………… 4
Etika Persembahan ……………………………………………………………… 4
Gubahan Skor Koir …………………………………………………………….. 5 – 6

PENUTUP …………………………………………………………………………………. 6

RUJUKAN …………………………………………………………………………………. 7

LAMPIRAN ………………………………………………………………………………… 8

1
1.0 PENGENALAN

Menyanyi koir adalah contoh aktiviti yang melibatkan tindakan bersama, atau keupayaan
individu untuk menyelaraskan tindakan mereka dengan orang lain (Sebanz, Bekkering, &
Knoblich, 2006). Paduan suara terdiri daripada ensembel penyanyi yang menyanyi bersama
atau tanpa instrumen sokongan. Koir biasanya melibatkan gabungan bahagian muzik yang
berbeza, dengan suara tradisional yang soprano, alto, tenor dan bass. Kumpulan-kumpulan
koir boleh menyanyi dengan atau tanpa iringan alat-alat muzik. Nyanyian tanpa iringan
instrumen dipanggil nyanyian acapella. Instrumen iringan secara praktikalnya boleh
mengandungi sebarang instrumen, daripada satu hinggalah kepada orkestra penuh.

2.0 ULASAN KRITIS

Tugasan kedua bagi kursus Ciptaan dan Ensembel (MUZK3183), saya diminta untuk
mengulas secara kritis mengenai satu tontonan rakaman konsert nyanyian yang
dipersembahkan oleh kumpulan Permata Seni di Istana Budaya yang telah berlangsung pada
20 Jun 2014. Rakaman video ini telah dimuatnaik pada laman sosial Youtube bertarikh 23 Jun
2014. Persembahan ini adalah bersempena Konsert Ulang Tahun ke-40 Hubungan
Diplomatik antara Negara China dan Malaysia. Rakaman konsert nyanyian berdurasi 4 minit
36 saat ini menampilkan persembahan nyanyian koir lagu bertajuk Tepuk Amai-amai yang
sungguh menarik perhatian ini diserikan lagi dengan pemuzik latar yang menggunakan iringan
instrumental mini orkestra. Berikut merupakan aspek-aspek yang perlu diulaskan berdasarkan
tontonan rakaman tersebut.

2.1 Melodi dan Seni Kata lagu

Kejayaan sesebuah persembahan nyanyian koir yang baik dan berkualiti adalah di
mana mempunyai kekuatan konsep melodi yang baik (Tonneijck. Etl, 2008)
Konsep melodi merupakan peranan terpenting dalam sesebuah kejayaan sesuatu
persembahan. Melalui melodi juga penghayatan mesej atau penceritaan lagu
dapat disampaikan dengan baik. Melodi sangat berkait rapat dengan ketepatan pic
dalam sesebuah nyanyian. Ketepatan pic sangat penting dalam menghasilkan
sebarang bentuk ensembel yang berkualiti dan ia juga tidak terkecuali bagi sebuah
kumpulan koir. Lapisan suara hanya dapat dilakukan jika setiap pelajar mempunyai
ketepatan pic. Pic yang lemah akan menyebabkan harmoni yang tidak tepat, lemah
serta tidak bertenaga malah menyukarkan proses nyanyian secara harmoni.

Melalui penelitian saya, persembahan nyanyian koir yang disampaikan oleh


kumpulan Permata Seni telah menunjukkan nyanyian melodi yang sangat baik
dengan ketepatan pic yang mantap serta mempunyai kesatuan stail. Tidak

2
dipanggil persembahan koir jika nyanyian tersebut tidak mempunyai banyak
lapisan suara. Jika hanya satu lapisan suara ia dipanggil unison dan konsep
harmoni tidak dapat dihasilkan. Oleh yang demikian, nyanyian koir yang
ditonjolkan melalui rakaman tersebut jelas kedengaran melibatkan 2 lapisan suara.

Nyanyian lagu Tepuk Amai-amai ini dinyanyikan dalam nada C major. Namun
begitu, pada minit ke 3.55 melalui video ditonton, satu konsep modulation telah
didengari secara aktif di mana dari nada C major telah dinaikkan kepada nada D
major. Nada D major ini telah dinyanyikan untuk rangkap terakhir sebelum
persembahan berakhir. Konsep modulation ini juga tergolong dalam konsep
melodi dan juga mudah untuk dinyanyikan kerana jeda antara melodi tidak terlalu
jauh tambahan dinyanyikan secara berulang-ulang ditambah pula dengan bantuan
pembimbing koir yang penuh bersemangat dalam membimbing. Hal ini juga
merupakan perkara yang penting dalam sebuah persembahan koir yang mantap.
Menurut Soeharto (1979), peranan seseorang pembimbing koir bukan hanya
berdiri di hadapan penyanyi-penyanyi koir sambil melambai-lambaikan tangan
atau baton semata-mata, tetapi merupakan orang terpenting bagi perjalanan
sesebuah koir dalam memastikan keberhasilan nyanyian melodi dapat disampai
dengan begitu baik.

Beralih kepada seni kata lagu pula. Pada pendapat saya, pemilihan lagu Tepuk
Amai-amai untuk dinyanyikan adalah sangat sesuai. Pertama, ia merupakan lagu
rakyat negara Malaysia dan sesuai dengan anjuran program iaitu bersempena
Konsert Ulang Tahun ke-40 Hubungan Diplomatik antara Negara China dan
Malaysia. Ia merupakan lagu rakyat yang melambangkan negara kita yang dapat
ditunjukkan kepada negara China. Kedua, seni kata lagu ini mudah untuk
dinyanyikan yang terdiri daripada perkataan dengan suku kata yang minimum
ditambah dengan lirik yang berulang-ulang yang mempunyai kaitan dengan
kehidupan seharian. Contohnya, tepuk amai-amai lagu kanak-kanak ketika masih
bayi lagi. Elemen tekanan dalam pertuturan juga dapat dilihat melalui
persembahan koir tersebut. Setiap perkataan mempunyai tekanan tertentu pada
suku katanya yang dapat mempengaruhi rentak dan corak timing sesebuah lagu.
Contohnya amai-amai. Tekanan adalah pada suku kata kedua bagi gandaan amai
kedua. “mai” telah dinyanyikan pada bit yang lebih bertekanan daripada “a”.

Ia juga mengambil kira dari segi ketepatan dan kejelasan dalam sebutan kerana
kumpulan koir Pertama Seni ini melibatkan penyanyi kaum lain iaitu Cina. Ini akan
memudahkan untuk mereka sebut dan dihafal.

3
2.2 Gubahan suara lagu

Gubahan suara lagu ini lebih kurang dengan penganalisian yang telah saya
buat pada bahagian melodi di atas. Namun boleh saya huraikan sedikit dengan
lebih mendalam tentang gubahan suara yang dibuat selain elemen modulation
yang ditonjolkan. Terdapat elemen improvisasi dalam nyanyian yang dibuat dalam
persembahan nyanyian koir lagu Tepuk Amai-amai ini. Saya mendapati ada
penambahan bahagian rap yang dinyanyikan oleh dua orang ahli koir cilik kita. Hal
ini jelas dilihat pada minit ke 2:16. Pada rangkap pertama, kumpulan koir ini
memulakan nyanyian secara satu lapisan melodi yang sama atau lebih dikenali
dengan istilah unison. Improvisasi nyanyian rap ini dilihat agak menarik dengan
peredaran zaman muzik yang semakin moden. Namun demikian, saya mendapati
kedua-dua rappers ini kedengaran tidak menyampaikan nyanyian rap secara jelas
memandangkan rapper lelaki telah menggunakan bahasa China. Namun saya
boleh melihat gubahan suara lagu iaitu rap dalam bahasa China ini adalah satu
kesinambungan dengan objektif anjuran konsert tersebut memandangkan
mempunyai hadirin dari negara China.

2.3 Etika Persembahan


Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, etika bermaksud prinsip moral atau
nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu
kumpulan. Persembahan pula bermaksud sesuatu yang dihidangkan atau
dipertunjukkan. Pertama, etika pemakaian. Pemakaian yang dikenakan adalah
sesuai dan menarik. Kod pemakaian yang dipakai adalah baju melayu bagi lelaki
dan baju kebaya bagi perempuan. Ini jelas menunjukkan identiti negara Malaysia
seiring dengan tema majlis yang diadakan. Pemilihan warna kuning amat sesuai
mud lagu Tepuk Amai-amai iaitu mud ceria. Jika pemilihan warna pakaian yang
gelap, pentas mungkin kelihatan suram dan tidak bertenaga. Tambahan pula,
pakaian yang dipakai bersesuaian kerana tidak terlalu mengganggu pernafasan
mereka.

Kedua, permulaan nyanyian pada setiap not adalah selaraskan oleh kumpulan koir
ini. Begitu juga dengan cara menamatkan setiap not yang dinyanyikan.
Kesemuanya bersifat seragam dan mencapai persembahan sebagai satu
kumpulan dan bukan bersifat individualistik. Ini juga merupakan etika yang perlu
dititikberatkan dalam sebuah nyanyian koir (Edwards, D., 2005).

4
2.4 Gubahan Skor Koir

Ciri-ciri berikut telah diambil kira dan diamalkan dalam kumpulan koir Permata Seni
dengan nyanyian Lagu Tepuk Amai-amai yang berkualiti dari segi mutu nyanyian
mereka.

2.4.1 Pemilihan lagu

Pemilihan lagu Tepuk Amai-amai ini amat sesuai dinyanyikan. Ia merupakan


lagu rakyat negara Malaysia dan sesuai dengan anjuran program iaitu
bersempena Konsert Ulang Tahun ke-40 Hubungan Diplomatik antara Negara
China dan Malaysia. Ia merupakan lagu rakyat yang melambangkan negara
kita yang dapat ditunjukkan kepada negara China. Menurut McKinney, J. C.
(2005), pemilihan lagu memainkan peranan penting bagi memastikan kejayaan
persembahan sesebuah kumpulan koir. Lagu yang dipilih mestilah bersesuaian
dengan konsep acara dan tema majlis yang diadakan. Dari elemen ini, jelas
menunjukkan, kumpulan ini berjaya dalam memilih lagu yang sesuai dengan
majlis yang berlangsung.

2.4.2 Julat suara yang sesuai

Dengan menjadikan lagu Tepuk Amai-amai sebagai lagu pilihan untuk


dipersembahkan, jelas menunjukkan pemilihan lagu ini dibuat berdasarkan
kesesuaian suara ahli koir untuk dinyanyikan. Pic tinggi dan rendah dalam
melodi lagu Tepuk Amai Amai ini sesuai dengan renj suara ahli koir. Renj suara
berbeza mengikut individu yang berbeza. Suara lelaki adalah lebih rendah
picnya dari suara wanita. Suara kanak-kanak lelaki pula lebih tinggi dari suara
lelaki dewasa. Namun di peringkat kanak-kanak khususnya kanak-kanak lelaki,
susah untuk mencapai tingkat suara tenor dan bes memandangkan suara
kanak-kanak lelaki yang masih belum matang dan pic nya setanding dengan
suara kanak-kanak perempuan. Berbalik kepada nada lagu ini iaitu C major
dan terdapat unsur modulation kepada nada D major, not paling tinggi yang
digunakan ialah D atas manakala not yang paling rendah ialah C tengah. Renj
not ini sangat sesuai dengan kumpulan koir berkenaan yang terdiri daripada
ahli yang berumur 7 hingga 12 tahun.

2.4.3 Sistem frasa dan ekpresi yang menarik

Sistem frasa berkait rapat dengan penafasan dalam nyanyian. Menarik nafas
seeloknya dilakukan secara serentak di tempat yang sesuai dan bukannya
dilakukan mengikut kehendak individu. Berdasarkan persembahan koir

5
Permata Seni jelas melihat keseragaman menarik nafas yang banyak memberi
kesan kepada mutu persembahan nyanyian Tepuk Amai-amai tersebut.
Kejayaan ini dapat dilihat melalui usaha sesi latihan dengan menanda tempat-
tempat menarik nafas yang sesuai kepada penyanyi sehingga mencapai
keseragaman menarik nafas dengan sangat baik.

Ekpresi merupakan salah satu aspek yang ditekankan melalui persembahan


ini. Ekspresi mimik muka yang ditunjukkan oleh kumpulan koir ini semasa
menyanyi sungguh mencuit perhatian penonton untuk terus melihat hingga
takut untuk mengelipkan mata takut-takut tertinggal mana-mana bahagian
yang menarik. Ekpresi gembira dan semangat ahli koir telah mewarnai mud
lagu. Unsur dinamik dapat dilihat pada gaya persembahan mereka. Mereka
telah mengajuk corak irama yang dimainkan oleh piano dengan cara menepuk
tangan pada minit ke 2.45. Teknik tersebut juga memerlukan pendengaran
yang baik oleh ahli koir supaya dapat mengajuk semula corak irama dimainkan
oleh piano dan mereka menggunakan dinamik forte iaitu menepuk dengan
kuat.

3.0 PENUTUP

Melalui persembahan yang telah dianalisis terbuktilah bahawa kumpulan koir ini telah
membuat perancangan dan persediaan yang teratur dan teliti kerana hasil persembahan
koir yang ditunjukkan adalah berkesan dan berkualiti. Sikap kesungguhan semasa sesi
latihan akan menarik keyakinan dan semangat ahli koir untuk menjalani latihan dengan
baik. Kejayaan ini juga menunjukkan komitmen semasa sesi latihan dijalankan oleh setiap
ahli dan jurulatih nyanyian sehingga mencapai persembahan nyanyian koir yang baik dan
boleh menjadi contoh dalam persembahan koir yang mantap dan berkualiti.

6
4.0 RUJUKAN

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2005). Kamus dewan. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Edwards, D. 2005. “Music Makers: Closing the Great Divide between Choral Conductors and
Voice Teachers.” Canadian Music Educator 46: 36–37.

McKinney, J. C. (2005). The diagnosis and correction of vocal faults: A manual for teachers of
singing and for choir directors. Waveland Press.

Tonneijck, H. I., Kinébanian, A., & Josephsson, S. (2008). An exploration of choir singing:
Achieving wholeness through challenge. Journal of Occupational Science, 15(3), 173-
180.

Weina Oh (2014). Tepuk amai-amai – Permata Seni. Diakses pada 1 Mac 2019,
https://www.youtube.com/watch?v=kfGeYfOyubA

5.0 LAMPIRAN

You might also like