You are on page 1of 2

Kaedah pengajaran Matematik banyak kelemahan

TRADISI pengajaran Matematik dalam sistem pendidikan negara mempunyai banyak kelemahan dan perlu diubah supaya dapat membantu pelajar menguasai mata pelajaran berkenaan secara bermakna, berguna serta berkekalan. Selaras usaha berkenaan, Prof. Datuk Dr Mohd Nawi Ab Rahman dari Universiti Pendidikan Sultan Idris, berkata adalah penting dialog secara ikhlas serta terbuka diadakan antara pihak bertanggungjawab, termasuk Kementerian Pendidikan, institusi pengajian tinggi (IPT), guru, kumpulan profesional dan masyarakat umum. Katanya, matematik adalah bidang ilmu asas yang penting kepada pelbagai cabang ilmu dan kesempurnaan dalam pendidikannya adalah prasyarat kepada perkembangan ilmu lain. Bagi melaksanakan matlamat besar ini, kita perlu memberi tumpuan terhadap beberapa aspek penting berkaitan subjek Matematik seperti pengajaran dan pembelajaran, kurikulum dan penilaian, dan juga pendidikan guru, iaitu tiga bidang tumpuan berbeza tetapi bertindih, katanya dalam ucap utama bertajuk Selamat Tinggal Latih Tubi pada Persidangan Kebangsaan Pendidikan Matematik 2002 anjuran Universiti Pendidikan Sultan Idris di Kuala Lumpur, barubaru ini. Dr Mohd Nawi berkata, sistem penilaian yang diamalkan di sekolah dan mungkin juga di IPT ketika ini banyak berpihak kepada pelajar, khususnya perempuan yang mempunyai daya ketekunan dan kesetiaan melakukan kerja akademik selepas waktu sekolah, terutama membuat latih tubi. Sebaliknya, beliau berkata, kebanyakan pelajar lelaki tidak mempunyai daya ketekunan atau kesetiaan sedemikian, dan akibatnya rata-rata mereka yang berjaya menempuhi sistem berkenaan ialah pelajar perempuan yang kemudian mengisi kebanyakan tempat di IPT. Walaupun kajian menunjukkan bahawa kebolehan pelajar dari Singapura, Korea dan Taiwan jauh mengatasi pelajar di Amerika Syarikat dalam Matematik, katanya, terdapat empat persoalan besar yang berbangkit. Persoalan itu ialah didapati mereka hanya dapat menyimpan maklumat dalam masa singkat, badan multinasional lebih cenderung memilih lulusan luar negara, pelajar Asia memperoleh skor paling rendah terhadap penilaian tahap keseronokan mempelajari Sains dan Matematik, serta amat sedikit daripada lulusan terbabit yang tertarik dengan penyelidikan selepas menerima ijazah pertama. Kita perlu membentuk kaedah pengajaran yang boleh menjana kuasa matematik setiap pelajar. Kita mendengar rungutan mengenai kepincangan kaedah mengajarnya kepada pelajar sekolah dan sudah banyak cadangan dikemukakan ke arah reformasi kaedah berkenaan tetapi jelas tidak berkesan. Kita perlu memikirkan satu pelan tindakan secara mendalam.

Berdasarkan pengalaman di universiti, pelajar yang diterima masuk mempunyai sifat unik yang agak ketara dalam cara mereka menghadapi masalah matematik. Ini jelas membayangkan suatu kepincangan, seolah-olah satu bawaan kesilapan pendidikan awal mereka, katanya.

You might also like