You are on page 1of 5

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL LADANG BENTA

KERTAS CADANGAN
PROJEK INOVASI

TAJUK :
Projek Inovasi ‘eMarSuk’ dalam
Pengurusan Pemarkahan Sukan
TAJUK: Projek Inovasi ‘eMarSuk’ dalam Pengurusan Pemarkahan Sukan

1.0 Pengenalan
Pengurusan sukan di sekolah merupakan satu aspek yang sangat penting dalam
mencerminkan profesionalisme sesuatu badan sukan serta bagi memastikan sukan tahunan
yang dilaksanakan dapat menghasilkan atlet-atlet yang berkualiti untuk negara dan
antarabangsa.
Kejohanan olahraga sekolah merupakan satu aktiviti sukan yang penting dalam kalendar
sekolah dan melibatkan penyertaan murid secara menyeluruh sebagaimana setiap sekolah
perlu berusaha untuk membudayakan aktiviti sukan dalam kalangan warga sekolah agar
institusi sekolah dapat berfungsi untuk mengembangkan potensi murid secara seimbang
dari segi JERIS iaitu intelek, rohani, emosi dan jasmani seperti yang dinyatakan dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1989 (Lampiran 1)
menegaskan bahawa penyertaan murid dalam kegiatan sukan diwajibkan sebagaimana
setiap murid perlu mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam satu jenis permainan
atau olahraga. Jadinya, pihak sekolah perlu memperkemas pengurusan sukan di sekolah
agar minat dan penyertaan murid dalam kegiatan sukan dapat ditingkatkan.
Walaubagaimanapun, pengurusan sukan padang dan balapan di sekolah masih
menggunakan sistem manual terutamanya dalam pengiraan markah dan ini boleh
mendatangkan ralat dan kesilapan semasa membuat keputusan. Walaupun terdapat
pelbagai sistem dalam talian seperti eKehadiran Murid, ePrestasi serta SAPS, namun satu
sistem untuk mengurus temasya sukan dalam talian masih berkurangan. Terdapat juga
sesetengah sekolah yang menghasilkan sistem berkenaan tetapi tidak mesra pengguna
seperti contoh untuk memasukkan markah sukan hanya seorang pengguna sahaja yang
dibenarkan.
Oleh yang demikian, guru pelatih telah memerancangkan satu projek inovasi iaitu
eMarSuk dalam Pengurusan Pemarkahan Sukan. ‘eMarSuk’ merupakan singkatan bagi
markah sukan secara atas talian. Projek ini telah dibina menggunakan aplikasi ‘Google
Sheets’ yang membolehkan pihak sekolah mengedit, mengakses pada bila-bila masa dan
boleh mengemas kini data serta markah di mana – mana sahaja tanpa rangkaian Internet
iaitu secara “offline” atau dengan rangkaian Internet iaitu secara “online”.
2.0 Objektif Projek
Projek inovasi dibangunkan untuk mencapai objektif :
i. Menguruskan kejohanan sukan sekolah secara lebih profesional
ii. Menghasilkan lembaran pemarkahan sukan dalam talian.
iii. Mempercepatkan proses pengemaskinian serta keputusan sukan
iv. Mengurangkan ralat skor dan keputusan sukan
v. Memaparkan keputusan sukan dengan lebih cepat secara real time berasaskan
aplikasi ‘Google Sheet’
3.0 Rasional Projek
Rasional projek inovasi ini adalah untuk membantu proses pemarkahan sukan secara atas
talian yang dapat diakses secara langsung. Projek ini merupakan satu usaha untuk
menangani masalah yang timbul semasa mengurus markah peserta sukan yang diuruskan
secara manual atau menggunakan borang.
4.0 Skop Projek
Bagi memastikan lembaran eMarSuk dapat dibangunkan, boleh digunakan dan tidak
terkeluar daripada objektif projek yang ingin dicapai, skop projek adalah:
i. Merekabentuk lembaran pengiraan markah sukan balapan dan padang dalam talian
secara automatik menggunakan aplikasi ‘Google Sheets’
ii. Mengatasi masalah kelambatan dan ralat keputusan sukan.
iii. Meningkatkan mutu, kualiti dan keprofesionalisme pegawai yang bertugas.
5.0 Kumpulan Sasaran
Ahli jawatankuasa pengurusan pemarkahan sukan.
6.0 Kepentingan Projek

Sebagai memenuhi aspek dalam anjakan ke-7 yang terkandung dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM) iaitu memanfaatkkan ICT bagi meningkatkan kualiti
pembelajaran di Malaysia, sukan juga merupakan aktiviti pembelajaran yang berlaku di luar bilik
darjah secara tidak formal memberikan kebaikan dari segi disiplin, motivasi serta sahsiah.
Projek ini juga boleh dijadikan sebagai penanda aras kepada sekolah serta peringkat-peringkat
lain dalam menjalankan hari sukan. Projek ini merupakan usaha inovasi oleh guru pelatih IPGK
Tengku Ampuan Afzan dalam pengurusan aktiviti sukan sekolah supaya lebih sistematik dan
profesional. Penghasilan lembaran eMarSuk pastinya dapat menjimatkan tenaga masa dan kos
dalam pengurusan sukan sebelum, semasa dan selepas sama ada di sekolah, daerah, negeri
serta kebangsaan.
7.0 Anggaran kos
Projek inovasi eMarSuk ini tidak memerlukan sebarang kos untuk menghasilkannya
sepanjang proses ini.
8.0 Pelan perancangan projek (Carta Gantt)

Feb Mac
Bulan

Aktiviti

Minggu 3

minggu 2
Minggu 4

minggu 1

minggu 3
Penulisan dan penghantaran kertas
cadangan projek inovasi
Kelulusan projek inovasi oleh pihak
sekolah
Membangunkan projek inovasi

Taklimat ringkas mengenai projek


eMarkSuk kepada ahli jawatankuasa
pemarkahan sukan
Peringkat ujikaji

Penilaian dan penambahbaikan projek


inovasi
Pelaksanaan projek dalam aktiviti
sukan tahunan di sekolah

Pengumpulan data dan maklumbalas

Penulisan Laporan Projek Inovasi

9.0 Kesimpulan
Oleh itu, pihak pelaksana projek inovasi ini (guru pelatih IPG Tengkun Ampuan Afzan) amat
berharap agar cadangan kertas kerja ini dapat diluluskan untuk kepentingan bersama.
Selain itu, pihak pelaksana juga berasa amat bertanggungjawab untuk mempertingkatkan
lagi pengurusan sukan yang bakal diadakan di sekolah kelak.
Disediakan oleh,

________________
Cik. C. Sanisha
Guru pelatih
IPG TENGKU AMPUAN AFZAN

Disemak oleh,

_______________
Pn. P. Navamani
GPK 1
SJK(T) LADANG BENTA

Diluluskan oleh,

______________
Pn. M. Umadevi
Guru Besar
SJK(T) LADANG BENTA

You might also like