You are on page 1of 10

PROGRAM INOVASI KOKURIKULUM

SEKOLAH KEBANGSAAN DATOK KERAMAT 1

54000, KUALA LUMPUR

LAPORAN
PROGRAM INOVASI
KOKURIKULUM
2015

PROGRAM INOVASI KOKURIKULUM


LAPORAN PROGRAM INOVASI KOKURIKULUM

SK DATOK KERAMAT 1, 54000 KUALA LUMPUR

1.0 PENGENALAN

Bidang kokurikulum yang merangkumi kegiatan pasukan badan beruniform; kelab dan
persatuan dan; 1Murid 1Sukan adalah sebahagian ilmu yang wajib dipelajari oleh
semua murid dalam sistem pendidikan negara (Akta Pendidikan 1996). Selain
berperanan sebagai penyumbang dan pelengkap kepada pengajaran dalam bilik darjah,
bidang ilmu yang dijalankan di luar bilik darjah juga berperanan dalam membentuk
perwatakan dan jati diri individu serta memupuk semangat patriotisme dan perpaduan.
Budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan murid lebih sesuai didedahkan melalui
kegiatan kokurikulum kerana kegiatan ini berlaku di luar bilik darjah dan boleh
dilaksanakan di dalam dan di luar waktu sekolah.

Pendedahan awal dan kepelbagaian aktiviti secara kumpulan yang ada terutama
dalam kegiatan kelab dan persatuan sekolah akan memberi peluang kepada murid
untuk meneroka, mencuba atau mencuba jaya sesuatu tugasan/projek yang
dipertanggungjawabkan, apatah lagi jika kerja yang dilakukan itu memenuhi citarasa
dan minat serta kebolehan diri yang ada pada mereka. Ini terbukti dengan kejayaan
murid-murid dalam pembuatan projek seperti Program Robotik dan F1 In School maka
amatlah wajar pembelajaran di peringkat sekolah yang mengarah kepada inovasi
diperluaskan.

1
Maklum balas Bahagian Naziran KPM (2010) yang mengkaji tentang pelaksanaan
kegiatan kokurikulum di sekolah-sekolah mendapati bahawa kegiatan kokurikulum yang
berunsurkan kelab dan persatuan kurang digemari oleh murid. Di antara faktor
penyebabnya ialah ketiadaan kurikulum yang lengkap, guru kurang berinisiatif dan
aktiviti yang tidak menarik dan mencabar.

Dapatan ini disokong oleh hasil tinjauan yang dibuat oleh Bahagian Kokurikulum
dan Kesenian, KPM (2011) ke sekolahsekolah di seluruh negara yang melihat kegiatan
kelab dan persatuan tidak popular sebagaimana kegiatan badan beruniform dan
sukan/permainan. Isu ini memerlukan 3 penelitian yang menyeluruh terhadap
pelaksanaan kegiatan kelab dan persatuan di sekolah agar suatu arah tuju yang baru
selaras dengan keperluan negara di masa akan datang dapat dihasilkan.

2.0 KONSEP

Projek inovasi kelab/persatuan merupakan sesuatu penghasilan projek berinovasi


dalam kelab/persatuan sebagai kegiatan mingguan di sekolah-sekolah. Pelaksanaan
sepenuhnya oleh murid secara maksimum dengan mendapat bantuan dari aspek
pengurusan dan kewangan dari pihak sekolah secara minimum.

3.0 MATLAMAT

Melahirkan modal insan yang berinovatif dan kreatif melalui penghasilan projek secara
menyeluruh bagi setiap murid dalam kegiatan kelab/persatuan di sekolah-sekolah
sepanjang tahun.

2
4.0 OBJEKTIF
4.1 Menggunakan pengetahuan kefahaman dan kemahiran praktikal yang yang
diperolehi semasa P&P.

4.2 Memupuk budaya kreatif dan inovatif melalui kerja secara berpasukan dikalangan
murid.

4.3 Mengenalpasti ruang bagi penambahbaikan ke atas aktiviti kelab dan persatuan.

4.4 Berkomunikasi dengan berkesan dan menyampaikan maklumat, idea, masalah,


penyelesaian secara jelas dan menyakinkan.

4.5 Penyediaan ke arah kemahiran berfikir aras tinggi (HOTS) bagi muridmurid dan
warga sekolah.

4.6 Memenuhi objektif Plan Pembangunan Pendidikan ke arah tranfomasi pendidikan


yang dapat memenuhi aspek aspirasi sistem dan murid bagi membentuk hala tuju
yang jelas untuk menghasilkan pendidikan yang berkualiti dan bertaraf
antarabangsa.

4.7 Memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan


Khas yang dapat membentuk keseimbangan murid dari aspek intelek, jasmani
,emosi, rohani dan sosial.

4.8 Memberikan ruang dan peluang kepada murid-murid untuk memperkembangkan


bakat, minat dan potensi dalam menghasilkan 4 projek inovasi dengan mengikut
kreativiti murid berdasarkan garis panduan yang disediakan.

3
5.0 PERBELANJAAN SEBENAR PROJEK

Bil Perkara Jumlah Catatan

1 Modal setiap kelab dan RM50 x 11 kumpulan RM 550


persatuan
JUMLAH RM550

6.0 LAPORAN PROGRAM INOVASI KOKURIKULUM 2015

Program inovasi in telah berlangsung dari awal tahun lagi. Terdapat 11 kelab dan
persatuan di SK Datok Keramat 1. Disebabkan peruntukan untuk projek inovasi ini
hanya RM420 sahaja maka unit kokurikulum terpaksa membuat penambahan wang
supaya semua kelab dan persatuan agar setiap kelab dan persatuan dapat
memperoleh sebanyak RM 50.

Oleh yang demikian, unit kokurikulum telah menambah wang sebanyak RM132 bagi
menampung kewangan semua kelabdan persatuan tersebut. Guru penasihat kelab dan
persatuan boleh menyediakaan idea inovasi mereka daripada barangan terpakai atau
mencari inisiatif lain untuk menghasilkan satu inovasi bagi setiap kelab dan persatuan
mereka.

Pada bulan Ogos sekolah telah mengadakan Pertandingan Projek Inovasi di peringkat
sekolah. Pelbagai bahan inovasi telah dipamerkan. Murid yang terlibat hanyalah murid
tahap 2 sahaja.

4
Pertandingan Projek Inovasi Peringkat Sekolah ini telah dirasmikan oleh Guru Besar SK
Datok Keramat 1. Pelancaran roket telah diadakan menandakan rasminya Pameran
Projek Inovasi untuk tahun 2015 ini.

Dalam pertandingan tersebut , Kelab Sains dan Matematik telah memenangi dengan
Projek Inovasinya yang bertajuk Model Sistem Suria daripada bahan-bahan terbuang.
Walaupun kelab/persatuan yang lain tidak memenangi pertandingan, secara
keseluruhannya setiap kelab dan persatuan telah mempamerkan hasil projek masing-
masing.

5
Gambar Pertandingan Projek Inovasi Peringkat Sekolah.
7.0 PENUTUP
Adalah diharapkan dengan pertandingan projek inovasi ini akan memberi suntikan idea
dan rangsangan kepada semua guru untuk mencungkil bakat atau idea guru dan murid
bagi meningkatkan kreativiti aktiviti setiap kelab dan persatuan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

____________________ _____________________
(PN. AZIZAH BT SAMSUDIN)
SU Kokurikulum
SK Datok Keramat 1

6
LAMPIRAN

You might also like