You are on page 1of 1

Rumusan

Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad, menekankan


bahawa Malaysia perlu membangunkan ekonomi dengan tidak mengabaikan aspek politik,
sosial, rohaniah, psikologi dan budaya. Untuk memastikan matlamat ini tercapai, Malaysia
perlu mencapai sembilan cabaran utama dalam Wawasan 2020. Salah satu matlamat
teknologi maklumat di Malaysia adalah untuk menjadi negara membangun pada tahun 2020.
Cabaran keenam daripada sembilan strategi mencapai wawasan 2020 adalah menyatakan
bahawa Malaysia mesti mewujudkan

...masyarakat yang saintifik dan progresif, masyarakat yang inovatif yang bukan sahaja
menjadi pengguna kepada teknologi malah menjadi penyumbang kepada dunia sains dan
teknologi pada masa depan...

(Mahathir Mohamad, 1998)

Cabaran yang seterusnya ialah cabaran dialek bahasa ibunda kita yang sedikit sebanyak
telah memudaratkan bahasa Melayu kita sendiri. Bahasa Melayu adalah bahasa yang
berkembang secara evolusi. Tambahan pula, dengan adanya dialek daerah yang
membezakan bunyi bahasa di seluruh negara, hal ini telah membantutkan sebahagian
pelajar kita untuk mempraktikkan bahasa Melayu ini sendiri semasa berada dalam sesi
persekolahan. Terdapat tokoh bahasa menyatakan bahawa banyak dialek dan slanga dalam
bahasa Melayu sedikit sebanyak menjadi penghalang dan kekangan kepada perkembangan
serta kebakuan bahasa Melayu.

You might also like