You are on page 1of 14

PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA

MELAYU SEKOLAH RENDAH

NAMA:
BEATRICE SANTA ANAK GANGANG
CHRISTINA LENTI ANAK CHANDI
1
KAEDAH- PENGENALAN
• Kaedah merujuk kepada prosedur-prosedur mengajar
yang wujud berdasarkan pendekatan pengajaran
bahasa yang digunakan oleh guru.
• Kaedah bersifat prosedur yang terdiri daripada
langkah-langkah dan peringkat-peringkat yang teratur
yang harus dituruti dengan saksama untuk mencapai
tujuan tertentu.

2
KAEDAH-PENGENALAN
• Kaedah pengajaran kemahiran mendengar dan
bertutur:
– Kaedah Komunikatif
– Kaedah Audio-Lingual
– Kaedah Terus
– Kaedah Fonetik
– Kaedah Eklektik

3
KAEDAH KOMUNIKATIF
• Terbentuk berlandaskan teori interaksi.
• Mementingkan proses pemerolehan bahasa kanak-
kanak yang melibatkan kognitif dan interaksi bahasa.
• Menitikberatkan pengajaran kecekapan bahasa, iaitu
tatabahasa dan kecekapan komunikatif khususnya
kemahiran mendengar dan bertutur.
• Ketika murid-murid melalui proses pemerolehan
bahasa, mereka menguasai makna terlebih dahulu
sebelum dapat menggambarkan makna tersebut dalam
struktur ayat tertentu.

4
KAEDAH KOMUNIKATIF
• Proses menggambarkan makna dalam struktur ayat
tertentu tersebut memerlukan guru-guru melatih
murid-murid menguasai kemahiran mendengar dan
bertutur melalui aktiviti bahasa yang bermakna.
• Sehubungan itu, aktiviti-aktiviti bahasa yang
bermakna dalam kaedah komunikatif ialah
penyelesaian masalah, perbincangan, dialog, sumbang
saran, wawancara dan sebagainya.

5
KAEDAH AUDIO-LINGUAL
• Gabungan dua kemahiran iaitu kemahiran mendengar
(audio) dan kemahiran bertutur (lingual).
• Mementingkan penggunaan bahan bantu belajar
berupa alat-alat audio seperti radio, pita rakaman,
compact disk (audio) dan piring hitam.
• Bahan-bahan yang diperdengarkan kepada murid-
murid ialah petikan bunyi haiwan, bunyi sesuatu
suasana misalnya suasana seram, senikata lagu,
nyanyian, petikan cerita, sajak, dan sebagainya.

6
KAEDAH AUDIO-LINGUAL
• Murid-murid akan mendengar (contohnya bunyi sajak
daripada pita rakaman).
• Melalui pengalaman mendengar tersebut, murid-murid
akan berlatih menyebut perkataan, frasa dan ayat yang
didengar termasuk nada dan intonasinya secara latih tubi.
• Murid-murid seterusnya akan berlatih mendeklamasikan
sajak dengan rakan secara berpasangan atau berkumpulan.
• Melalui kaedah ini, murid-murid lebih mudah mengingat
maklumat yang didengar.
• Ingatan murid-murid juga dapat diperkukuh dengan cara
mendengar semula rakaman dan berbincang dengan
rakan-rakan.
7
KAEDAH TERUS
• Merujuk kepada pengajaran dan pembelajaran untuk
menguasai bahasa pertama secara natural.
• Kaedah ini juga bermaksud belajar secara terus, iaitu
menggunakan terus bahasa sasaran tanpa terjemahan
ke dalam bahasa ibunda.
• Kemahiran mendengar dan bertutur adalah
diutamakan kerana perkataan yang diajarkan adalah
perkara yang digunakan sehari-hari.

8
KAEDAH TERUS
• Berdasarkan kaedah ini, perkataan konkrit contohnya,
sudu di ajarkan dengan menunjukkan objek sudu.
Perkataan abstrak contohnya, sayang pula
diterangkan menggunakan perkataan yang diketahui
oleh murid-murid (tunjuk contoh ibu bapa mereka).
• Pengajaran sesuatu topik baharu pula adalah
berdasarkan sesuatu topik lain yang telah diajarkan
tetapi mempunyai kaitan dengan topik baharu
tersebut. Sebagai contoh, untuk mengajar ayat yang
terdiri daripada kata nama + kata kerja + kata nama
haruslah berdasarkan ayat yang telah diajarkan
sebelumnya.

9
KAEDAH TERUS
- Saya minum (ayat sebelumnya)
- Saya minum susu (ayat baru)

• Kaedah ini mengutamakan kemahiran bahasa


khususnya kemahiran mendengar dan bertutur dan
bukannya pengetahuan tentang bahasa.
• Kelebihan penggunaaan kaedah ini ialah, kesalahan
yang berpunca daripada gangguan bahasa ibunda
dapat dikurangkan kerana murid-murid telah
dibiasakan dengan cara berfikir dan bertutur secara
terus dalam bahasa sasaran.
10
Kaedah Fonetik
• Kaedah ini dikenali sebagai kaedah lisan /
reform.

• Pengajaran dimulakan:
latihan pendengaran sebutan

• Latihan sebutan dimulakan:


bunyi perkataan frasa ayat

11
• Ayat-ayat yang dibina kemudian akan
digabungkan menjadi dialog dan cerita.
• Kaedah ini menggunakan simbol fonetik
• Nahu atau tatabahasa yang dikemukakan
sebelum peraturan dan rumus-rumus bahasa
diajar.
• Murid akan menulis karangan berdasarkan
perkara yang telah dibaca.

12
Kaedah Eklektik
• Mengambil ciri-ciri daripada kaedah yang lain.
• Kaedah ini merupakan satu kaedah yang aktif.
• Kemahiran bahasa yang diajar mengikut
susunan.
• Kaedah bersifat fleksibel kerana guru boleh
mengubahsuai mengikut keperluan murid.
• Aspek tatabahasa yang diajar mengikut situasi
iaitu induktif dan deduktif.

13
14

You might also like