You are on page 1of 4

PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MENCAPAI WAWASAN 2020

i) Mewujudkan negara Malaysia yang bersatu dan mempunyai matlamat yang dikongsi
bersama:
- Guru berperanan menerapkan nilai- perpaduan dan bekerjasama
- Banyak nilai-nilai universal yang boleh menjadi alat perpaduan dan kerjasama yang boleh
didedahkan secara formal dan informal di sekolah
- Aktiviti di sekolah perlu berfokus kepada perpaduan dan kerjasama antara kaum.

ii) Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan
terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang ada dan yang dicapai serta gagah
menhadapi pelbagai masalah
- Guru berperanan menerapkan nilai- kebebasan, cintakan negara, keyakinan tinggi, tabah dan
sanggup menghadapi cabaran.
- Aktiviti persatuan, sukan dan permainan serta unit beruniform boleh memperkukuhkan
semangat dalam gagasan ini.

iii) Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang dan


mengamalkan satu bentuk persefahaman matang terhadap demokrasi Malaysia yang
boleh menjadi contoh kepada banyak negara membangun
- Guru berperanan menerapkan nilia- saling memahami, perpaduan, kerjasama, tolak ansur,
toleransi, dan saling memahami.
- Pemilihan ketua darjah, persatuan dan ketua rumah sukan perlu dilaksanakan mengikut
prinsip demokrasi

Iv) Mewujudkan masyarakat bermoral dan beretika.


- Guru berperanan menerapkan nilai- mengamalkan semua nilai murni dan agama serta
menurut peraturan dan undang-undang negara
- Guru adalah model dalam penghayatan nilai
- Arahan, larangan, ingatan nasihat dan amalan tingkah laku di bilik darjah dan sekolah perlu
dikaitkan dengan soal disiplin, moral dan etika

v) Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, rakyat pelbagai kaum bebas
mengamalkan idea, kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing dan pada masa
sama meletakkan kesetiaan kepada negara
- Guru berperanan menerapkan nilai-keserdehanaan, tolak ansur, kesetiaan, kerasionalan, dan
saling memahami
- Sambutan perayaan semua agama elok diadakan di sekolah dengan nilai-nilai universal yang
boleh dikongsi dan difahami bersama.

vi) Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahan tinggi
dan memandang ke hadapan yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga
menyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan.
- Guru berperanan menerapkan nilai- kuat semangat, berusaha, bersunnguh-sungguhdan
berani mencuba.

vii) Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial
yang mengutamakan kepentingan masyarakat, kebajikan insan tidak akan berkisar
kepada negara atau orang peseorangan tetapi sekeliling sistem keluarga yang kukuh.
- Guru berperanan menerapkan nilai- sifat penyayang, memikirkan orang lain dan hormat-
menghormati.
- Semua aktiviti sekolah dan PIBG perlu menerapkan nilai ini.
- Memasyarakatkan sekolah

viii) Mewujudkan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi


- Guru berperanan menerapkan nilai- keadilan, kerjasama dan saling membantu.
- Nilai boleh diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran.

ix) Mewujudkan masyarakat yang makmur dan mempunyai ekonomi bersaing, dinamik,
giat dan kental
- Guru berperanan menerapkan nilai- keserdehanaan, saling memahami, kerjasama, kuat
semangat dan kuat berusaha.
- Nilai boleh diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran.

PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MENCAPAI HASRAT RUKUN NEGARA


● Pada tahun 1970, kerajaan telah menggubal Rukun Negara yang keseluruhan
prinsipnya berkaitan dengan soal moral, akhlak, dan etika yang diharapkan menjadi satu
‘pegangan’ warganegara Malaysia.
● Lima prinsip Rukun Negara diperkenalkan untuk memenuhi matlamat berikut:
- Mencapai perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum.
- Memelihara satu cara hidup demokrasi
- Mewujudkan masyarakat yang adil dan harmonis.

Peranan Guru Pendidikan Moral (HASRAT RUKUN NEGARA)

● Mempunyai moral yang baik dan boleh menjdai contoh kepada lima prinsip Rukun
Negara selain daripada bertanggungjawab, sangat dedikasi dalam tugasnya
● Mempunyai agama dan kepercayaan, iaitu percaya kepada konsep ketuhanan
● Setia kepada raja dan bersemangat cintakan negara
● Menghormati perlembagaan Malaysia dan memahami kandungan asasnya khususnya
yang berkaitan dengan kerakyatan, kebebasan beragama, bahasa kebangsaan,
kedudukan raja-raja Melayu, dan hak-hak istimewa orang Melayu dan hak-hak
warganegara sebagai kontrak sosial yang tidak perlu dipertikaikan demi menjaga
keharmonian dan perpaduan kaum seluruh masyarakat di Malaysia.
● Mematuhi semua undang-undang negara
● Peribadi sopan dan berakhlak mulia

Peranan guru Moral dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan

● Pada tahun 1974, Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan dengan tujuan untuk mengkaji
pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan. Pada tahun 1988, kerajaan telah
memperkenalkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai satu kerangka
pembentukan insan yang diharapkan oleh negara.
● Pendidikan oral dan agama Islam yang diwajibkan dalam sistem pendidikan negara
merupakan satu usaha untuk melahirkan warganegara yang mempunyai sahsiah yang
aik dengan
mengamalkan nilai-nilai murni.
● Membentuk insan yang seimbang dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi,
jasmani dan sosial.
● Warganegara Malaysia yang baik dan bermoral
❏ Percaya dan patuh kepada Tuhan
❏ Berilmu pengetahuan dan berfikiran rasional
❏ Berakhlak Mulia
❏ Berketerampilan
❏ Berkeupayaan menyumbang kebarah kemakmuran Negara
❏ Bertanggungjawab dengan tugas
❏ Memupuk perpaduan
❏ Setia kepada raja dan negara

Peranan Guru Pendidikan Moral (Falsafah Pendidikan Kebangsaan)

● Boleh menjadi model untuk dicontohi oleh pelajar dan masyarakat dari segi sahsiah,
emosi dan berakhlak mulia
● Sentiasa meningkatkan ilmu dan kemahiran pedagogi moral
● Mengamalkan gaya hidup sihat seperti tidak merokok, tidak minum arak, berjudi, dan
suka beriadah
● Mempunyai pegangan agama
● Tidak melakukan kesalahan moral
● Amalan kehidupan berkeluarga yang baik
● Mengutamakan ilmu dalam kehidupan
● Mengamalkan semua nilai-nilai murni yang diajar dalam Pendidikan Moral
● Berdedikasi dalam menjalankan tugas sebagai seorang guru

You might also like