You are on page 1of 3

Latar Belakang

Datuk Nicol Ann David (23 Ogos 1983) ialah seorang pemain skuasy Malaysia dan
merupakan pemain skuasy wanita Nombor 1 dunia sekarang, dan juara (mulai 2005) "Terbuka
British" dan "Kejohanan Dunia". Beliau ialah orang Asia pertama memenangi gelaran itu.
Dilahirkan di Pulau Pinang, Nicol ialah anak perempuan kepada Desmond David dan Ann
Marie David. Ayahnya seorang jurutera manakala ibunya seorang guru. Beliau mempunyai
dua orang adik-beradik lain yang bernama Liane dan Cheryl.
Nicol juga satu-satunya pemain skuasy yang menjuarai Kejohanan Remaja Dunia sebanyak
dua kali. Nicol berlatih di Amsterdam, Belanda selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran
Malaysia pada tahun 2000, dan mendapat 9A. Beliau juga menjuarai Kejohanan Skuasy Asia
sebanyak lima kali (1998, 2000, 2002, 2004, 2006). Pada 4 Disember 2005, beliau
menewaskan Rachael Grinham dari Australia untuk menjadi juara termuda yang memenangi
Kejohanan Dunia.
Nicol memenangi Terbuka Dunia 2006 di Belfast mengalahkan Natalie Grinham dari
Australia 1-9, 9-7, 3-9, 9-5, 9-2 dalam masa 95 minit. Pada hari sebelumnya Nicol telah
mengalahkan Rachael Grinham dengan 9-7, 9-1, 9-1 dalam masa 46 minit.
Nicol menjadi penerima pertama anugerah Darjah Bakti (D.B) di Malaysia sempena Hari
Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada Jun 2008.

Pencapaian Beliau

- Juara Terbuka Hong Kong 2006
- Juara Terbuka British 2006
- Cabaran Qatar Airways 2006
- Juara Terbuka Malaysia 2006
- Juara Terbuka Dunia 2006


Beliau dilahirkan pada 26 Ogos 1983 di Pulau Pinang dan menuntut di Convent Green Lane.
Beliau telah menamatkan tingkatan lima dan memperolehi 6A dalam Sijil Pelajaran Malaysia.
Beliau merupakan pemain skuasy wanita negara yang berjaya di peringkat kebangsaan dan
antarabangsa. Beliau mula bermain sejak usia 5 tahun. Di samping itu, beliau telah mendapat
latihan di Pusat Latihan Squash City, Amsterdam Belanda. Kejayaan pertama beliau ialah
menjuarai Kejohanan Skuasy Kebangsaan (Junior-bawah 12 tahun ) pada tahun 1993. Ini
diikuti beberapa kejayaan di antaranya ialah Kejohanan Skuasy Kebangsaan ( Junior-bawah
12 tahun ), Terbuka Hong Kong ( Junior- bawah 13 tahun ) dan Terbuka Scottish ( Junior-
bawah 12 tahun ).
Beliau telah mendapat anugerah Olahragawati Kebangsaan pada tahun 2002. Pada tahun 2002
juga Nicol Ann David telah dilantik menjadi Duta Muhibbah Kebangsaan Program
Pembangunan Bangsa-bangsa Bersatu (UNDP) Malaysia yang pertama. Beliau terpilih
berikutan pencapaiannya yang cemerlang dalam bidang sukan dan akademik. Nicol Ann
David sekali lagi terpilih sebagai Olahragawati Kebangsaan bagi tahun 2003. Berikut adalah
pencapaian sepanjang penglibatan beliau dalam sukan Squasy ehingga tahun 2006.
Pencapaian:
2006
Kejohanan Asia Juara Perseorangan, Kejohanan Asia Juara Berkumpulan
2005
Terbuka Kuala Lumpur Country View Juara Perseorangan, Terbuka Sheika Al Saad Kuwait
Juara, Terbuka Squash Mamut Dutch Juara, Kejohanan Terbuka CIMB Malaysia Juara,
Terbuka Dunlop British Juara, Terbuka Carol Weymuller Juara, Kejohanan Dunia Juara
2004
Terbuka MAS Kuala Lumpur Peserta Akhir, Terbuka Wanita Malaysia Peserta Akhir,
Kejohanan Shanghai Wispa Worldstar Peserta Akhir
2003
Kejohanan Dunia Pemenang pingat perak
2002
Terbuka Kuala Lumpur Juara Perseorangan, Kejohanan Asia Juara Perseorangan,
Kejohanan Asia Juara Berkumpulan, Sukan Komenwel 2002 (Beregu) Pemenang pingat
perak Terbuka Kuwait Juara perseorangan, Terbuka Belanda Juara perseorangan, Terbuka
Malaysia Juara perseorangan
2001
Kejohanan Remaja Asia Juara Perseorangan, Kejohanan Remaja Asia Juara Berkumpulan,
Kejohan Remaja Dunia Juara
2000
Terbuka Finland Juara Perseorangan, Terbuka Kuala Lumpur Juara Perseorangan,
Kejohanan Asia Juara, Finnish Open Juara
1999
Terbuka Remaja British Juara di bawah 17 tahun, Kejohanan Remaja Asia Juara
Perseorangan, Kejohanan Remaja Asia Juara Berkumpulan, Terbuka Remaja Jerman
Juara, Kejohanan Remaja Malaysia Juara, Kejohanan Remaja Dunia Juara, Terbuka
Remaja Scotland Juara di bawah 17 tahun,
1998
Terbuka Remaja British Juara bawah 16 tahun, Terbuka Remaja Scottich Juara Di bawah
17, Kejohanan Wanita Asia Juara, Asian Junior Squash Grand Circuit Final Juara di
bawah 19 tahun, Sukan Asia Pingat Emas,
1997
Terbuka Remaja British Juara bawah 14 tahun, Terbuka Remaja Scottich Juara bawah 16
tahun, Terbuka Remaja Australia Juara bawah 15 tahun, Terbuka Remaja Australia Juara
bawah 17 tahun,
1996
Terbuka Remaja British Juara bawah 14 tahun, Terbuka Remaja Scottich Juara bawah 14
tahun
1995
Terbuka Remaja Scottich Juara 14 tahun
Lain-lain Anugerah
Pingat Ahli Mangku Negara (2000), Anugerah Usaha Guinness ke-186 (2001), Pemain
Terbaik Asia 2001, Olahragawati Kebangsaan (2000, 2003 & 2005), Olahragawati Tahun
untuk Negeri Pulau Pinang 1998,1999, 2000, 2001, 2002.

You might also like