You are on page 1of 6

LAPORAN TEMU BUAL TENTANG CABARAN PEMIMPIN DALAM ASPEK PENYELIDIKAN

DAN INOVASI

Nama Informer : En. Nizar bin Zulkifli


Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Binjal
Jawatan : Guru Penolong Kanan Pentadbiran
Mata pelajaran yang : Bahasa Melayu
diajar
Pengalaman mengajar : 30 Tahun
Tarikh temubual : 12. 3. 2020

Berdasarkan transkripsi temu bual yang dilaksanakan, saya telah menemu bual seorang pentadbir
di Sekolah Kebangsaan Binjal. Hasil dapatan temu bual tersebut dapat dirumuskan bahawa
kesediaan penerimaan sesuatu program atau dasar adalah penting kepada guru di awal proses
pengenalan sesuatu inovasi di sekolah. Kesediaan ini menjadi kayu pengukur sama ada
penyelidikan dan inovasi PdPc di gunakan secara meluas di sekolah mahupun tidak. Inovasi dalam
pengajaran dan pembelajaran merupakan suatu pembaharuan kreatif di mana kaedah atau cara
yang baharu digunakan bagi seorang guru untuk memastikan objektif pengajaranya tercapai.
Inovasi atau penyelidikan dalam pendidikan merupakan usaha untuk mengubah proses
pembelajaran, perubahan dalam situasi belajar yang meyangkut paut mengenai kurikulum, tempat
belajar dan mengajar, mutu profesionalisme guru dan hasil pengurusan pendidikan oleh pentadbir
(Norliza Hussin, 2017)

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menyarankan kepada semua pihak sekolah
untuk melaksanakan penyelidikan dan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah bagi
tujuan meningkatkan sistem pendidikan di Malaysia (Arbaat Hassan, 2008). Namun demikian,
penyelidikan dan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran masih sukar dilaksanakan di
sekolah. Berdasarkan temu bual yang dilaksanakan pada 12 Mac 2020 bersama guru penolong
kanan pentadbiran SK Binjal, saya mendapati pelbagai halangan atau cabaran yang dihadapi oleh
pemimpin untuk melaksanakan hasrat KPM. Antara halangan yang dihadapi ialah kurangnya
amalan penyelidikan dan inovasi dan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Menurut
(Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir, 2003), kefahaman guru mengenai sesuatu penyelidikan atau
inovasi adalah penting bagi melihat kejayaan pelaksanaanya. Kegagalan pelaksanaan sesuatu
perubahan akan memberi kesan buruk kepada pelajar. Sekolah Kebangsaan Binjal merupakan
sekolah di kawasan pedalam yang rata-rata gurunya merupakan guru veteran. Disebabkan guru
tidak lagi boleh menggunakan kaedah chalk and talk, dan perlu menggunakan ICT dan pelbagai
bahan bantu mengajar yang canggih dan menarik telah memberi kesan kepada guru-guru lama.
Tan Choon Keong dan Carol Abu (2013) menyatakan Bagi menangani perubahan dalam inovasi,
guru perlu menguasai teknologi yang sentiasa berubah disamping meningkatkan lagi ilmu
pengetahuan. Guru perlu mengamalkan budaya membaca, budaya belajar, budaya berfikir dan
budaya menulis. Menurut Rosenberg, M.J. (2001), melalui amalan dan penghayatan budaya ilmu
ini, guru dapat menjadi teladan kepada para pelajar. Tanpa pembinaan ilmu ini dalam inovasi dalam
pengajaran dan pembelajaran, malamat yang disasarkan agak sukar dicapai.

Selain itu, halangan yang dihadapi oleh guru ialah guru kurang pendedahan tentang
pelaksanaan penyelidikan dan inovasi di sekolah. Elemen inovasi yang dipraktikkan oleh guru tidak
mengambil kira bagaimana guru mentaksir apa yang sebenarnya berlaku di dalam bilik darjah dan
kegagalan untuk menentukan dimanakah titik permulaan (masalah) inovasi bermula. Menurut
Akmal Nurashikin, Siti Hadijah Alwi dan Shamsudin Hassan (2011), kajian terhadap pelaksanaan
penyelidikan dan inovasi PdP peringkat sekolah telah menunjukkan pelaksanaan gagal apabila
guru telah mengubah inovasi sehingga terdapat banyak perbezaan antara yang diamalkan di dalam
bilik darjah dengan apa yang dikehendaki oleh kurikulum. Masalah ini berlaku akibat kurangnya
pendedahan atau latihan yang sepatutnya didedahkan kepada guru apabila sesuatu dasar
dilaksanakan. Oleh sebab itu, pemimpin perlu memberi peluang kepada guru untuk menyertai
latihan atau kursus-kursus asas bagi meningkatkan profesionalisme mereka dalam penyelidikan
dan inovasi PdP.

Di samping itu, masalah yang dihadapi oleh pemimpin di Sk Binjal ialah masalah capaian
atau rangkaian internet. Menurut beliau, sekolah tersebut terletak di kawasan pendalaman yang
mempunyai masalah untuk mendapatkan capaian internet. Perkara ini menyukarkan untuk guru-
guru membuat inovasi atau penyelidikan kepada murid-murid. Azwan Abdul Ghani, Mohammad
Zohir Ahmad dan Abd. Rahman (2005) menyatakan dalam konteks pendidikan masa kini, teknologi
maklumat ICT merupakan satu rangkaian elektronik untuk mencari, mengumpul, menyimpan,
memproses, menyalur dan menyampai maklumat secara efektif, efisien, pantas dan meluas bagi
membantu proses PdP. Rosenberg (2001) juga menyatakan bahawa penyelidikan dan inovasi
merupakan satu model pembelajaran yang menggunakan media teknologi komunikasi ICT
khususnya internet yang akan dapat membantu para pendidik dan juga pelajar khususnya
memperolehi informasi dan maklumat dengan mudah. Disebabkan itu, guru perlu berfikiran kreatif
dan kritis dalam mengatasi masalah capaian internet ini dengan tidak memfokuskan inovasi
terhadap ICT semata-mata. Guru boleh menggunakan inovasi yang tidak menggunakan capaian
internet untuk membuat pengajaran berinovasi kepada pelajar.

Akhir sekali, cabaran yang dihadapi oleh pemimpin ialah masalah peruntukan kewangan.
Masalah peruntukkan kewangan kebanyakkannya memberi masalah kepada guru-guru di Sk Binjal
apabila peruntukan kewangan untuk sesuatu penyelidikan dan inovasi memerlukan kos yang tinggi.
Kos yang tinggi dalam penyelidikan ini membuatkan sesetangah guru tidak berminat untuk
melaksanakan hasrat KPM kerana mereka tidak dapat menerima bantuan kewangan dan mereka
merasakan hasil penyelidikan mereka akan diangkat hanya apabila penyelidikan mereka diangkat
oleh sesetengah pihak.

Kesimpulannya, untuk mencapai satu dasar sistem perubahan, sesuatu organisasi itu
perlulah memiliki tujuh elemen utama bagi memperolehi satu organisasi yang sihat (Saifo, 2001).
Elemen-elemen itu ialah matlamat yang jelas, kelengkapan komunikasi, kelengkapan untuk
menyelesaikan masalah, kesamarataan kuasa maksima iaitu antara pentadbir (pengetua) dan guru,
kerjasama guru, semangat guru yang tinggi serta guruguru yang mempunyai ciri-ciri kreatif dan
inovatif dalam menjalankan tugas.

Disediakan oleh: 17.3. 2020


………………………………..
(Haifa Nazira binti Hanizam)
Guru Pelatih SK Binjal
TRANSKRIPSI TEMU BUAL

Pada 12.3. 2020 saya telah menemu bual seorang pentadbir di Sekolah Kebangsaan Binjal iaitu En
Nizar Bin Zulkifli. Temu bual yang dilaksanakan menjerumus kepada cabaran yang dihadapi oleh
pemimpin dalam aspek penyelidikan dan inovasi. En Nizar merupakan seorang guru DG48 yang
memangku jawatan Guru Penolong Kanan Pentadbiran. Beliau telah memberikan banyak maklumat
yang berguna untuk membantu menyiapkan tugasan EDUP 3083. Berikut adalah transkripsi temu
bual bersama En. Nizar.

Saya : Assalamualaikum cikgu. Maaf menganggu masa cikgu. Boleh saya mengambil
masa cikgu selama 15 minit untuk menemu bual mengenai cabaran yang di hadapi
oleh pemimpin dalam aspek penyelidikan dan inovasi?.
En. Nizar : Waalaikumussalam. Boleh, tiada masalah. Saya akan membantu semampu saya.
Saya : Boleh saya tahu, adakah sekolah kita pernah menghantar wakil untuk program
inovasi atau penyelidikan? Apakah pencapaian yang dicapai oleh SK Binjal
sepanjang 5 tahun ini?
En Nizar : Ouh.. Sekolah kita telah menyertai pelbagai pertandingan inovasi yang diketuai oleh
Cikgu Norhayati (Mc Noor) dan Cikgu Muhammad. Walaupun sekolah kita terletak di
pendalaman, banyak pingat dan trofi yang telah kita perolehi. Antaranya:
Saya : Wah!, banyak sungguh pencapaian yang di miliki oleh pihak sekolah. Berdasarkan
pencapaian tersebut, apakah cabaran yang dihadapi oleh cikgu dalam mendidik
guru SK Binjal untuk mengintegrasikan inovasi dalam pdp di samping
memperbanyakkan penyelidakan di sekolah?
En. Nizar : Berdasarkan pencapaian tersebut, saya merasakan cabaran utama ialah kurangnya
pengamalan inovasi daripada guru-guru lama. Seperti yang kamu ketahui
kebanyakan guru di sekolah ini adalah guru veteran. Selalunya, guru yang aktif
membuat inovasi dan penyelidak ialah cikgu Mc Noor.
Saya : Ouh, begitu. Selain daripada kurangnya amalan inovasi daripada guru lama, apakah
halangan yang dihadapi oleh pentadbir?
En. Nizar : Sepanjang pengintegrasian penyelidikan dan inovasi dalam PdP ini berlaku, saya
mendapati guru kurang pendedahan tentang pelaksanaan inovasi. Hal ini kerana
ada di antara guru telah mengubah inovasi sehingga terdapat banyak perbezaan
antara apa yang diamalkan di bilik darjah dengan apa yang di kehendaki oleh
kurikulum. Selain itu, bagi saya kewangan juga merupakan satu masalah besar
yang dihadapi oleh pihak pentadbir. Ini kerana, sesuatu inovasi atau penyelidikan
memerlukan kos yang agak banyak. Sk binjal merupakan sekolah pendalam dan
bantuan kewangan sangat terhad kerana kita mendahului peruntukan yang ada
untuk pembaikian sekolah dan untuk murid-murid.
saya : Berpandukan kepada apa yang diperkatakan, adakah sekolah ini juga mempunyai
masalah dalam pengintegrasian ICT dalam PdPc?
En. Nizar : Iye saya, seperti yang kamu tahu, sekolah kita terletak di pedalaman. Oleh sebab
itu, capaian internet sangat susah diperolehi. Untuk melakukan sebarang panggilan
juga hanya dapat dicapai pada beberapa tempat. Inikan pula untuk menjalankan ICT
kepada murid-murid. Tetapi pelbagai inisiatif telah dilakukan oleh guru-guru
antaranya mengajar menggunakan ICT, murid menjawab soalan menggunakan ICT
dan sebagainya.
Saya : Akhir sekali, pada pandangan cikgu, adakah program penyelidikan dan inovasi
dalam pengajaran dan pembelajaran ini memberi cabaran yang besar kepada
pemimpin seperti cikgu dan apakah yang dilakukan oleh cikgu untuk mengatasi
masalah tersebut?
En. Nizar : Pada pandangan saya, program seperti ini sangat memberi cabaran kepada
pemimpin lagi-lagi untuk sekolah pendalaman seperti ini. cara saya atasi masalah
seperti ini adalah dengan memberi anugerah kepada guru-guru dan motivasi kepada
mereka untuk terus menjalankan penyelidikan dan inovasi kepada murid-murid di
sekolah ini.
Saya : Terima kasih cikgu kerana banyak membantu saya dalam sesi temu bual ini.
RUJUKAN

Akmal Nurashikin, Siti Hadijah Alwi Shamsudin Hassan. (2011). Kajian kepakaran pegawai
bahagian teknologi pendidikan dalam melaksanakan eduwebtv bagi pengajaran dan
pembelajaran. Jurnal bahagian pembestarian sekolah 1: 1-17.

Arbaat Hassan. 2008. Pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran ke arah
pembestarian sekolah. Dalam. Mohd Arif Ismail & Rosnaini Mahmud (pnyt.).
Pengintegrasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam Pembestarian Sekolah,
hlm. 39-65 Bangi: Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Azwan Ahmad, Abdul Ghani Abdullah, Mohammad Zohir Ahmad & Abd. Rahman Hj. Abd Aziz.
(2005). Kesan efikasi kendiri guru sejarah terhadap amalan pengajaran
berbantukanteknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Jurnal Penyelidikan Pendidikan.

Jamalludin Harun, & Zaidatun Tasir. 2003. Multimedia dalam Pendidikan. Bentong: PTS
Publications & Distributors Sdn Bhd.

Norliza Hussin. (2017). Penggunaan laman web sebagai transformasi dalam pengajaran dan
pembelajaran pendidikan islam. O-JIE: Online Journal of Islamic Education, [S.l.], v. 1, n. 2,
aug. 2017. ISSN 2289-3016.

Rosenberg, M.J. (2001). E-learning strategies for delivering knowledge in the digital age. Unied
States of America, Mc Graw-Hill.

Saifo (2001). Guru mengalami perubahan. Jabatan Kajian Sosial, Maktab Perguruan Islam.

Tan Choon Keong & Carol Abu. (2013). Pengaplikasian Video YouTube: bahan bantu mengajar
(bbm) dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sains sosial. Seminar
Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)

You might also like