You are on page 1of 27

Kuantum/Spektrum Perubahan

Terdapat dua ekstrim kuantum perubahan: Rendah


Tinggi.
Dalam kontinum rendah-tinggi tersebut di atas,
kuantum perubahan juga boleh dibahagikan kepada tiga
kategori berikut:
perubahan kecilan,
sederhana dan
besaran.

Jenis perubahan juga boleh mencerminkan kuantum


perubahan seperti yang disajikan dalam Gambarajah 2

Gambarajah 2: Kuantum Perubahan

Gambarajah 2: Perbandingan bidang


kawalan bagi struktur tinggi dan
mendatar
Struktur Tinggi
Peringkat

Bidang Kawalan: 4

Struktur Mendatar
Bidang Kawalan: 8

16

64

64

512

256

4,096

1,024

4,096

Operatif: 4,096
Pengurus
(Peringkat 1-6): 1,396

Operatif: 4,096
Pengurus
(Peringkat 1-4): 585

Struktur Tinggi
Satu struktur yang mempunyai
bilangan peringkat Hierarki yang
banyak dan bidang kawalan (span of
control) yang sempit (narrow).

Struktur Mendatar
Satu struktur yang mempunyai
bilangan peringkat Hierarki yang
sedikit dan bidang kawalan (span of
control) yang luas (wide).

Bentuk Perubahan pada


Komponen Struktur
Bentuk perubahan pada komponen struktur
umumnya melibatkan salah satu atau
kombinasi berikut:
1. penstrukturan semula organisasi
(organizational restructuring),
2. pembentukan semula Kerja,
3. mengadakan persekutan strategik
dan/atau
4. mencuba struktur organisasi baru yang
bersesuaian.

1. Penstrukturan Semula Organisasi


(Organizational Restructuring)
Satu proses membuat perubahan besar
dalam struktur organisasi yang lazimnya
melibatkan
pengurangan
peringkat
pengurusan yang mungkin mengubah
sebahagian komponen besar organisasi
melalui
penghapusan (divestiture) atau
perolehan/pengambilan termasuk juga
pengecilan saiz tenaga kerja bagi tujuan untuk
meningkatkan keberkesanan dan kecakapan
organisasi.

Pengecilan (Downsizing)
Satu
proses
mengurang
atau
menghapuskan lapisan atau peringkat
pengurusan pertengahan yang signifikan
dan mengakibatkan
peningkatan bidang kawalan (wide span of
control) dan
pengurangan saiz tenaga kerja dan

tujuannya adalah untuk meningkatkan


atau memperbaiki keberkesanan dan
kecekapan organisasi.

Biasanya, pengecilan adalah perlu


kerana ia boleh mengurangkan kos
buruh dan menggunakan teknologi
kumpulan secara menyeluruh.
Bagaimanapun,
pengecilan
perlu
dikendalikan
secara
berhati-hati
kerana ia boleh menjatuhkan moral
dan produktiviti pekerja.

Proses pengecilan berlaku apabila


tenaga
kerja
dalam
sesebuah
organisasi dikurangkan kepada saiz
optimum.
Pengurangan
pekerja
dilakukan
melalui
pemberhentian,
secara
sukarela dan pencen awal.

Tujuan
pengecilan
adalah
untuk
mengecilkan
saiz
firma
demi
kelangsungan firma.
Pengecilan dilakukan akibat kemajuan
teknologi dan komputer menyebabkan
pengurangan bilangan pekerja yang
diperlukan, peningkatan kos buruh, dan
penurunan permintaan terhadap produk
yang dikeluarkan.

Kebaikan Pengecilan Organisasi


Pengecilan akan memberi kebaikan berikut:
Pembayaran dividen yang lebih tinggi kesan
daripada bilangan pekerja yang lebih kecil.
Mengurangkan kos gaji.
Membolehkan firma berbelanja dalam ruangan
belanjawan yang telah ditentukan.

Memudahkan komunikasi di antara


pemimpin dengan pimpinan atasan.
Meningkatkan
keberkesanan
operasi
dengan mengurangkan pertindihan atau
penduaan.
Memudahkan urusan penyeliaan

Keburukan Pengecilan Organisasi


Di
1.
2.
3.
4.

samping
itu,
pengecilan
juga
mendatangkan
keburukan-keburukan
berikut:
Kehilangan pekerjaan.
Memaksa pekerja mencatu sumber organisasi.
Sumbangan input pekerja berkekurangan.
Produktiviti menurun akibat bimbang akan
dikeluarkan daripada organisasi.

Masalah Yang Dihadapi Dalam


Proses Pengecilan
Pengecilan boleh menimbulkan pelbagai
masalah.

Antara masalah yang akan dihadapi oleh organisasi


dalam melaksanakan program pengecilan adalah:

Pekerja bimbang untuk melakukan sesuatu


kerja yang berisiko.
Pekerja hilang keyakinan.
Kecelaruan dan rasa tidak selamat.
Kejatuhan moral dan produktiviti di kalangan
pekerja.
Masa pekerja banyak digunakan untuk
mendapatkan kerja lain daripada memberi
tumpuan kepada kerja sekarang.

Meningkatkan ketegangan.
Organisasi akan menghadapi masalah kewangan
yang disebabkan oleh pembangunan semula
struktur tugas.
Pekerja yang berkebolehan berhenti secara
sukarela.
Ramai pekerja bersedia untuk bersara awal.
Organisasi terpaksa menghadapi tindakan
mahkamah.

Organisasi tidak mampu memotivasikan


pekerja akibat daripada persepsi negatif
ke atas pengecilan.
Peningkatan mainan politik kerana
pekerja cuba mengambil hati pihak
atasan bagi tujuan mendapatkan
tambahan pampasan, memperoleh
keutamaan dan penambahan kuasa.

Cara Mengurangkan Permasalahan


Yang Dihadapi
Antara cara yang organisasi boleh
digunakan
untuk
mengurangkan
permasalahan di atas adalah:
Memaklumkan kepada pekerja rasional di
sebalik pengecilan.
Mengakui hakikat kepentingan pekerja
serta bersedia berbincang mengenai
perasaan mereka.

Penekanan sistem berorientasikan


pencapaian dalam pembayaran imbuhan.
Menyediakan program sandaran (buffer)
atau faedah-faedah kewangan lain
sebagai persiapan kepada pekerja
sebelum memperoleh kerja baru.

3. Struktur Organisasi Baru

Struktur Pasukan
Organisasi Maya
Organisasi Tanpa Sempadan
Organisasi
Mengutamakan
Kebajikan Ahli

a. Struktur Pasukan
Struktur
ini
menggunakan
pasukan
sebagai pusat koordinasi.
Di antara ciri-ciri struktur pasukan adalah
kesediaan untuk memecahkan halangan
penjabatan
dan
kuasa
membuat
keputusan decentralisasi berada pada
tahap pasukan.
Di samping itu, pasukan kerja dianggotai
oleh ahli yang memiliki kemahiran umum
dan khusus dan seterusnya, anggota
pasukan bersedia untuk melaksanakan
tugas secara fungsi silang.

b. Organisasi Maya
Konsep organisasi maya bertunjangkan kepada
mengapa perlu memiliki satu organisasi kecil dan
teras jika boleh dilaksanakan oleh pihak lain
untuk menjalankan fungsi perniagaan yang
utama dan jika didapati ia lebih menguntungkan.
0leh
itu,
organisasi
maya
mengamalkan
pemusatan yang tinggi dan hampir tiada
penjabatan, fleksibiliti dalam menghubungi
pengeluar, pengedar, pemasaran dan fungsi
perniagaan yang lain.
Peranan utama pengurus dalam organisasi maya
adalah
mengkoordinasi
dan
mengawal
perhubungan luar.

c. Organisasi Tanpa Sempadan

Organisasi ini diamalkan oleh organisasi yang bersaiz


gergasi yang cuba menghapuskan rangkaian arahan,
mengehadkan bidang kawalan, menggantikan penjabatan
dengan memperkasakan subordinat.
Antara amalan organisasi ini adalah membolehkan setiap
individu menilai individu yang lain tanpa mengira sama ada
subordinat atau pengurus.
Melalui penghapusan sempadan menegak, pengurusan
akan meratakan hierarki di mana status dan pangkat
diminimumkan.
Antara contoh penghapusan sempadan ialah globalisasi,
strategi bersekutu dan perhubungan erat organisasi
dengan pelanggan.

e. Organisasi Mengutamakan
Kebajikan Ahli
Organisasi
yang
memberi
penekanan
kepada kebajikan ahli. Organisasi ini
dibentuk oleh ciri-ciri berikut:
Meletakkan nilai kemanusiaan yang tinggi kepada
individu. Pekerja dilayan sebagai individu yang
mempunyai perasaan dan perlu dihormati.
Tidak pentingkan diri sendiri. Oleh itu, ahli dalam
organisasi ini mengeratkan hubungan secara formal dan
tidak
formal
bersama
ahli-ahli
lain
dengan
membelakangkan sempadan bangsa, jantina, umur dan
pangkat.

Kerjaya sebagai satu perkhidmatan -Kesediaan


untuk
memberi
perkhidmatan
terhadap
organisasi dan orang lain, bukan menjadikan
kenaikan pangkat, kuasa dan kenaikan gaji
sebagai matlamat yang paling utama.
Komitmen terhadap perkembangan pekerja Organisasi seperti ini bersedia untuk memberi
peluang terhadap perkembangan kerjaya
kepada pekerja, pembangunan kemahiran
pekerja dan pengalaman pembelajaran.

Komuniti
setiakawan
Mereka
akan
mengadakan hubungan yang rapat, saling
mempercayai dan mengambil berat antara satu
sama lain.
Perkongsian kuasa - Semua matlamat diagih dan
dikongsi bersama. Semua ahli yang terlibat akan
dipengaruhi oleh keputusan yang dibuat dan
diberi peluang dalam membuat keputusan.

You might also like