You are on page 1of 1

DEFINISI UNIT BERUNIFORM Satu kumpulan yang terdiri daripada gabungan keahlian dan mempunyai dasar-dasar tertentu untuk

diikuti dan dipatuhi. Badan Beruniform di sekolah merupakan salah satu pasukan yang WAJIB disertai oleh murid murid sekolah. Ini berdasarkan Warta Kerajaan bertarikh 31 Disember 1997 menyatakan mengenai penyertaan murid-murid dalam aktiviti kokurikulum. RASIONAL Berdasarkan hakikat kejadian insan, setiap murid mempunyai bakat dan potensi untuk memimpin, sekurang-kurangnya untuk memimpin diri sendiri menjadi apa yang diinginkan. Pengetahuan, kesungguhan dan kemahiran ini sebaliknya boleh diperolehi melalui proses-proses pengajaran dan pembelajaran formal dan tidak formal, pengalaman secara langsung, perkongsian pemikiran, pengalaman dan latihan. OBJEKTIF Guru-guru dan murid-murid akan: Mengetahui dan memahami ciri-ciri dan nilai-nilai kepimpinan yang diperlukan untuk memimpin, mengurus dan mengoperasikan badan beruniform di sekolah. Mengetahui dan memahami kaedah, strategi dan prinsip pengurusan badan beruniform secara berkesan. Mengetahui dan memahami kaedah dan strategi memimpin dan memotivasikan ahli-ahli badan beruniform yang dipimpin. Mempunyai pengetahuan dan kemahiran merancang, mengelola, menyelia dan menilai aktiviti dan badan beruniform yang dipimpin. Mempunyai keyakinan diri sebagai pemimpin yang berwibawa, berketrampilan dan berwawasan. OBJEKTIF KHUSUS Menjelaskan matlamat dan tujuan badan beruniform di sekolah dalam konteks kependidikan dan kepimpinan Menjelaskan kaedah dan tatacara penubuhan badan beruniform. Menjelaskan kaedah dan tatacara pentadbiran dan pengurusan badan beruniform. Menjelaskan kaedah dan tatacara pengurusan dan pengelolaan aktiviti dan kegiatan badan beruniform di sekolah berdasarkan perancangan dan undangundang. Membentang dan menjelaskan ciri-ciri dan nilai-nilai asas kepimpinan. Menjelaskan tanggungjawab dan peranan murid-murid sebagai warganegara berdasarkan Rukun Negara, Perlembagaan Negara dan Wawasan 2020.

You might also like