You are on page 1of 13

Instrumen penilaian dalam bentuk SOAL SELIDIK DAN PEMERHATIAN

bagi aktiviti/program di yang dikendalikan oleh Unit BnK sekolah.

Disediakan Oleh: Hau Li Yen


Hiew Tze Wai
Contoh Instrumen
SOAL SELIDIK
ARAHAN : Jawab semua soalan.

Soal selidik ini mengandungi dua bahagian. Anda diminta membaca semua soalan dengan teliti dan memberi jawapan
setepat mungkin serta dengan penuh ikhlas.

BAHAGIAN A

PERHATIAN : Tandakan ( / ) dalam petak yang bersesuaian dengan jawapan anda.

1. Jantina Lelaki ( )

Perempuan ( )

2. Keturunan Melayu ( )

Cina ( )

India ( )
3. Adakah anda sedar bahawa terdapatnya perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah anda?

Ya ( ) Tidak ( )

4. Saya mempunyai hubungan yang baik dengan Kaunselor

Ya ( ) Tidak ( )

5.Jika saya ada masalah saya akan berjumpa kaunselor

Ya ( ) Tidak ( )
BAHAGIAN B

Soal selidik ini adalah mengenai persepsi atau pandangan anda tentang perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah ini.

PERHATIAN : Sila bulatkan pilihan yang anda rasakan sesuai mengikut skala yang telah disediakan di bawah.

Sangat Setuju (5) Setuju (4) Tidak Pasti (3)

Tidak Setuju (2) Sangat Tidak Setuju (1)

1. Saya yakin Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dapat membantu pelajar menghadapi masalah mereka.

1 2 3 4 5

2. Menemui guru kaunseling hanya membuang masa sahaja kerana tiada apa-apa faedah yang didapati daripadanmya.

1 2 3 4 5
3. Usaha guru kaunseling sekolah saya mengesan masalah yang mengganggu pelajar-pelajar patut dihargai.

1 2 3 4 5

4. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling tidak membantu sekolah dalam membentuk disiplin pelajar.

1 2 3 4 5

5. Saya yakin guru kaunseling akan membimbing saya sehingga saya berjaya mengatasi masalah saya jika saya berjumpa
dengannya.

1 2 3 4 5

6. Saya percaya Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling tidak mampu membantu pelajar yang menghadapi masalah dalam
pelajaran.

1 2 3 4 5

7. Saya menyokong segala aktiviti dan perkhidmatan yang disediakan oleh guru kaunseling disekolah saya kerana ia memberi
faedah kepada saya dan rakan-rakan saya.

1 2 3 4 5
8. Saya tidak percaya Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling boleh membantu pelajar yang bermasalah

1 2 3 4 5

9. Saya yakin aktiviti Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dapat membantu pelajar menjadi anggota masyarakat yang baik.

1 2 3 4 5

10. Aktiviti yang dijalankan oleh Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah sia-sia dan membuang masa.

1 2 3 4 5

11. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling penting untuk membantu pelajar berjaya dalam pelajaran.

1 2 3 4 5

12. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling tidak perlu diwujudkan untuk membantu mengatasi masalah pelajar sekolah ini.

1 2 3 4 5
13. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling patut diadakan di sekolah ini supaya pelajar mendapat faedah darinya.

1 2 3 4 5

14. Pelajar sekolah menengah tidak memerlukan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.

1 2 3 4 5

15. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah saya patut dikekalkan kerana ia dapat membantu pelajar menghadapi
masalah yang dihadapinya.

1 2 3 4 5

16. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling yang diberi oleh guru Bimbingan dan Kaunseling adalah sia-sia.

1 2 3 4 5

17. Pelajar yang bermasalah dapat berbincang dengan guru kaunseling untuk mendapat bimbingan.

1 2 3 4 5
18. Saya tidak mahu berjumpa dengan guru kaunseling jika saya menghadapi masalah.

1 2 3 4 5

19. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah saya dapat membantu pelajar menyelesaikan masalah disiplin.

1 2 3 4 5

20. Saya tidak yakin guru Bimbingan dan Kaunseling yang saya temui dapat membantu saya menghadapi masalah.

1 2 3 4 5

21. Aktiviti yang dijalankan oleh Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah saya memberi faedah yang amat berguna
kepada pelajar-pelajar.

1 2 3 4 5

22. Saya tidak percaya guru kaunseling mempunyai kemahiran untuk membantu pelajar mengatasi masalah.

1 2 3 4 5
23. Pelajar sepatutnya tidak merasa takut untuk mendapat bimbingan daripada guru kaunseling.

1 2 3 4 5

24. Saya yakin pelajar lebih suka membincangkan masalah mereka dengan kawan-kawan daripada mengadu kepada guru
kaunseling.

1 2 3 4 5

25. Saya percaya segala perbincangan yang dibuat dengan guru kaunseling akan dirahsiakan.

1 2 3 4 5

26. Saya rasa lebih baik mendapatkan bantuan orang lain berbanding berjumpa dengan guru kaunseling.

1 2 3 4 5

27. Saya percaya bahawa Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sentiasa menawarkan perkhidmatannya kepada semua
pelajar yang memerlukan pertolongan.

1 2 3 4 5
28. Saya tidak suka dengan program yang disediakan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah saya.

1 2 3 4 5

29. Saya yakin segala maklumat yang terdapat di bilik BimbIngan dan Kaunseling amat berguna kepada pelajar-pelajar.

1 2 3 4 5

30. Saya tidak yakin program Bimbingan dan Kaunseling sekolah dapat membantu menyelesaikan masalah pelajar.

1 2 3 4 5

TERIMA KASIH
Contoh Instrumen
pemerhatian
NAMA PROJEK Projek Inovasi “Secret Nature”

TARIKH 10 mac 2021 - 10 Aprili 2021

MASA Sepanjang Praktikum

TEMPAT Kawasan tepi nilik B&K sekolah

SASARAN Murid Tahap 2


BIL ASPEK YA TIDAK

1. Murid-murid menguruskan sisa /


makanan di kantin dengan betul.

2. Murid-murid menyumbang bahan /


kitar semula untuk kegunaan projek.

3. Green Ranger membantu /


menyiapkan projek taman dengan
berdedikasi.

4. Green Ranger menyiram prokok /


mengikut jadual.

5. Green Ranger membersihkan /


kawasan taman dengan
bersungguh-sungguh.
REFLEKSI PEMERHATIAN:

You might also like