You are on page 1of 2

Soalan: Gejala samseng dan gengster di sekolah

menengah di seluruh negara membuktikan bahawa


pelajar telah berani mencabar undang-undang negara
dan peraturan sekolah.
Huraikan punca berlakunya gengsterisme dan langkahlangkah untuk mengatasinya.

Jawapan cadangan:
Hakikat bahawa gejala samseng dan gengster di sekolah
menengah di seluruh negara membuktikan pelajar telah berani
mencabar undang-undang negara dan peraturan sekolah
memang tidak dapat dinafikan lagi. Hal ini membimbangkan
pelbagai pihak.
Pengaruh rakan sebaya merupakan punca utama
berlakunya gengsterisme di sekolah menengah. Hal ini
demikian, kerana kumpulan gengster akan mendorong pelajar
lain terlibat dalam gejala gengster. Malahan, perbuatan
samseng dan gengster adalah menjadi syarat terhadap ahli
sesuatu kumpulan. Mereka bukan sahaja mengugut secara
berkumpulan, tetapi juga membuli, bergaduh malah
mencederakan pelajar lain di sekolah. Selain itu, mereka turut
melakukan kegiatan gengster demi mempertahankan maruah
kumpulan. Mereka sanggup menyahut cabaran dari kumpulan
lain supaya bertapak kukuh dalam sekolah. Jelasnya, pengaruh
rakan sebaya merupakan faktor utama berlakunya
gengsterisme.
Kekurangan pendidikan agama dan moral turut menjadi
punca berlakunya gengsterisme. Pendidikan agama dan moral
bukan sahaja dapat membentuk modal insan yang berakhlak
mulia pada masa hadapan tetapi juga dapat menerapkan nilainilai murni pada diri seseorang pelajar. Nilai-nilai murni yang
dapat diterapkan oleh pelajar membolehkan mereka bertindak
berdasarkan amalan yang baik. Malangnya, guru-guru di
sekolah kurang memberi pendidikan agama dan moral kepada

pelajar kerana menganggap pendidikan ini kurang penting


berbanding subjek lain.
Pihak sekolah memainkan peranan penting dalam
mengatasi masalah gengsterisme di sekolah. Pihak sekolah
harus melibatkan semua pelajar dalam aktiviti persatuan
mahupun kelab. Kebanyakan pelajar terlibat dalam gejala
gengster berpunca daripada masa yang terluang. Dengan
mempelbagaikan aktiviti persatuan di sekolah, hal ini dapat
menarik perhatian dan penyertaan daripada semua pelajar
dalam sekolah. Oleh itu, guru penasihat wajar menambahkan
aktiviti yang dapat menarik penyertaan para pelajar untuk
mengatasi gejala gengster di sekolah menengah.
Selain itu, kempen cegah jenayah wajar dilaksanakan.
Pihak sekolah boleh menjemput bekas-bekas penjenayah
datang ke sekolah untuk memberi ceramah. Hal ini merupakan
langkah yang paling berkesan kerana bekas-bekas penjenayah
dapat menyampaikan pengalaman dan penderitaan yang
pernah dialami oleh mereka kepada para pelajar di sekolah.
Dengan ini, pelajar-pelajar di sekolah akan mendapat
kesedaran malah menanam azam yang tinggi supaya
meninggalkan kegiatan gengsterisme. Jelasnya, kempen cegah
jenayah wajar dijalankan untuk membendung masalah
gengsterisme.
Kesimpulannya, semua pihak harus berganding bahu
supaya masalah gengsterisme di sekolah menengah dapat
diatasi. Hal ini bukan sahaja mewujudkan keamanan sekolah,
malah kemajuan turut dicapai.

You might also like