You are on page 1of 5

Dalam proses komunikasi lisan dan bukan lisan, terdapat banyak elemen penting protokol

yang perlu dititikberatkan supaya proses komunikasi menjadi lengkap dan kompleks.
Elemen-elemen tersebut ialah penyampai, penerima, mesej, saluran, maklum balas dan
gangguan.

1. Penyampai/Sumber/Pengekod
Elemen pertama ialah penyampai mesej atau pemberi iaitu dikenali sebagai enkod.
Penyampai merupakan sumber permulaan maklumat dan selaku orang yang memulakan
proses komunikasi. Penyampai perlu memilih jenis maklumat yang ingin disampaikan sama
ada menerusi tulisan, lisan atau bahasa badan yang difikirkan paling berkesan untuk
menyampaikan malumat kepada penerima. Mesej yang telah dihantar perlu dienkod dan
disusun serta dipilih simbol-simbolnya sama ada lisan atau bukan lisan supaya dapat
difahami oleh penghantar dan penerima. Enkod yang digunakan oleh penghantar perlu
difahami oleh penerima, jika tidak proses komunikasi akan terhenti begitu sahaja
Komunikasi berlaku apabila terdapat dua atau lebih orang yang terlibat dalam penyampaian
maklumat tersebut. Dalam situasi organisasi, setiap penghantar atau encoder akan
menyampaikan mesej secara bertulis atau secara lisan. Penghantar mesej perlu mengambil
langkah dengan menghantar mesej pada masa yang sesuai dan mendapat perhatian
daripada penerima agar mesej tersebut sampai kepada mereka.
Sebenarnya sumber atau penyampai boleh terdiri daripada orang perseorangan, sesuatu
kumpulan dan boleh juga terdiri daripada sesebuah organisasi. Fungsi sumber itu sendiri
adalah menghasilkan utusan. Mesej pula mungkin terhasil daripada perasaan yang hendak
diluahkan, pendapat dan idea-idea yang hendak disampaikan kepada pihak lain. Mesej yang
dihasilkan ada pelbagai tujuan sama ada untuk perbincangan, kefahaman, memberikan
maklumat dan arahan.
Untuk memastikan komunikasi berlaku secara berkesan, penyampai haruslah mematuhi
beberapa perkara. Penyampai haruslah jelas tentang mesej yang disampaikannya, teliti
dengan baik mesej yang ingin disampaikannya, pasti dengan mesejnya, pasti dengan
kepentingan mesejnya, menggurangkan gangguan yang mungkin diterima penerima dan
sebagainya

2. Penerima/Sasaran/Penyahkod
Elemen kedua ialah merujuk kepada penerima atau dalam istilah lain ialah dekod.
Dekod ialah individu yang memahami maksud yang disampaikan oleh penyampai mesej
atau maklumat. Penerima maklumat mungkin datang dari dalam atau luar organisasi, atau
pelbagai pihak. Individu akan menerima mesej yang disampaikan oleh sumber atau
penyampai

melalui

saluran

komunikasi.

Mesej

yang

disampaikan

akan

dihantar

menggunakan perkataan, symbol, ayat, atau bahasa tertentu bagi menggambarkana makna
sesuatu mesej. Mesej yang diterima akan diterjemahkan mengikut interpretasi penerima itu
sendiri.
Penerima mesej tersebut perlu menerima dan faham maksud maklumat yang
disampaikan sama ada melalui telinga iaitu mendengar atau secara melihat iaitu membaca
kandungan maklumat yang disampaikan. Penerima mesej perlu meneliti dengan baik mesej
yang akan diterima dan memberi perhatian kepada penyampai ketika proses penyampaian
maklumat berlangsung. Dalam konteks ini, proses menerima mesej lebih melibatkan aspek
penglihatan dan pendengaran. Kedua-dua saluran ini penting bagi penerima agar dapat
berkomunikasi dengan berkesan dan saling memahami mesej yang disampaikan oleh
sumber.
Dalam komunikasi antara manusia, penerima merupakan pihak yang penting.
Sebagai penerima, ciri-ciri yang ada pada sumber sepatutnya dimiliki. Ciri-ciri tersebut perlu
selari supaya komunikasi yang berlaku lebih berkesan. Kalau penyampai berkeupayaan
mengenkod, maka pihak penerima pula perlulah berkeupayaan mendekod. Jadi, maksudnya
sama ada sumber atau penerima kedua-duanya perlu membentuk kesefahaman supaya
komunikasi antara mereka berkesan.

3. Mesej
Elemen ketiga ialah mesej atau maklumat yang ingin disampaikan. Maklumat atau
mesej ialah isi kandungan yang dihantar kepada penerima oleh pengirim. Maksud atau fakta
serta niat yang dikirim hendaklah yang mudah difahami oleh penerima mesej. Mesej yang
disampaikan oleh pemberi boleh berbentuk sama ada lisan atau bukan lisan.
Mesej merupakan intipati dalam proses komunikasi. Mesej terdiri daripada simbolsimbol bukan lisan atau perkataan lisan yang digunakan oleh sumber untuk menyampaikan
sesuatu makna. Mesej juga ada yang tersurat dan yang tersirat. Penerima hendaklah

mentafsirkannya mengikut persekitaran termasuk pengetahuan dan pengalaman. Jadi, apa


sahaja yang boleh membawa makna semasa berkomunikasi adalah mesej.
Apa-apa maklumat yang disampaikan oleh pengirim perlu mudah difahami agar
penerima mengetahui apa yang cuba disampaikan. Cara penyampaian mesej boleh melalui
penulisan, pendengaran, penglihatan, sentuhan, bau, rasa, pergerakan badan, mimik muka
dan hubungan mata.
Contohnya, pasangan suami isteri perlu bijak berkomunikasi bagi memastikan
pertukaran maklumat adalah bebas dan tepat. Proses perpindahan maklumat yang
disampaikan oleh suami isteri boleh berbentuk bukan lisan iaitu lebih kepada pandangan
mata, mimik muka, gerak geri badan, sentuhan, isyarat atau kelantangan nada suara
pasangan. Biasanya maklumat komunikasi secara lisan lebih berkesan sekiranya dilakukan
bersama-sama dengan komunikasi bukan lisan. Pelukan suami terhadap isteri adalah satu
contoh mesej atau maklumat secara sentuhan. Ini menunjukkan emosi dan perasaan antara
satu sama lain.

4. Saluran
Element seterusnya ialah saluran. Saluran adalah merujuk kepada alat atau
perantara yang berkemampuan menyalurkan mesej daripada penyampai kepada penerima.
Dalam erti lain, saluran adalah satu alat untuk menghubungkan penghantar maklumat dan
penerima maklumat. Pemilihan saluran dalam komunikasi memainkan peranan yang penting
kerana ia menyumbang kepada kejelasan dan ketepatan maklumat komunikasi.
Mesej yang dibentuk boleh dihantar melalui saluran tertentu. Saluran ini boleh
berbentuk lisan, bukan lisan, tulisan, media elektronik dan sebagainya. Saluran
mempengaruhi keberkesanan sesuatu komunikasi itu.
Kesesuaian memilih saluran untuk digunakan sebagai penyalur mesej yang
berkesan adalah lebih penting. Contohnya dalam situasi suami isteri, saluran yang
digunakan lebih kepada bersemuka. Saluran ini lebih melibatkan penglihatan dan
pendengaran. Kedua-dua saluran ini penting dalam sebuah keluarga agar kedua-dua suami
isteri dapat berkomunikasi dengan berkesan dan saling memahami antara satu sama lain.

5. Maklum balas
Maklum balas ialah perlakuan yang ditunjukkan oleh penerima mesej sebagai tindak
balas kepada mesej yang disampaikan oleh penyampai mesej. Maklum balas merujuk
kepada reaksi penerima apabila menerima sesuatu mesej daripada sumber. Dalam proses
komunikasi, maklum balas berlaku secara pasif dan agresif. Maklum balas boleh dalam
bentuk lisan ataupun simbol bukan lisan. Berdiam diri juga merupakan satu bentuk maklum
balas. Maklum balas penting dalam menentukan keberkesanan mesej dan kelangsungan
proses komunikasi.
Dalam membincangkan tindak balas komunikasi pula, seseorang penerima perlu
memahami dan menerima mesej yang disalurkan. Terdapat dua bentuk saluran tindak balas
yang digunakan iaitu secara lisan atau bukan lisan. Komunikasi antara satu sama lain akan
membentuk 2 jenis maklum balas iaitu secara positif atau negatif. Malkum balas secara
positif akan memudahkan komunikasi dapat diterima bagi memudahkan penghantar dan
penerima mesej tersebut. Sebaliknya apabila maklum balas secara negatif berlaku,
komunikasi tersebut perlulah diperbaiki dengan segera. Mimik muka berserta senyuman
seorang suami kepada isteri akan menyebabkan satu maklum balas daripada isteri di mana
kandungan maklumat yang disalurkan adalah perkara yang positif.

6. Gangguan
Dalam proses komunikasi mungkin terdapat beberapa gangguan yang boleh
menyebabkan penerima tidak dapat menerima mesej dengan jelas seperti mana yang
disampaikan oleh penyampai.
Gangguan dalam berkomunikasi adalah situasi yang menghalang komunikasi yang
sedang berlaku atau perkara-perkara yang mengganggu keberkesanan komunikasi.
Gangguan boleh menyebabkan mesej yang sampai tidak jelas. Gangguan ini disebabkan
penghantar mesej tidak bersedia untuk menyampaikan mesej melalui saluran yang jelas. Ini
akan menyebabkan penghantar dan penerima mesej tidak dapat mengenal pasti sama ada
mesej yang disampaikan kepada penerima memenuhi maklumat yang disampaikan oleh
penghantar. Dalam mentafsir mesej, penerima dikatakan akan mentafsir mesej tersebut
secara tidak tepat dengan menggunakan komunikasi bukan lisan. Prasangka penerima
terhadap mesej yang disampaikan juga akan menyebabkan maklumat tersebut tidak tepat.
Apabila mesej tersebut tidak tepat, boleh menyebabkan maklum balas yang tidak berkesan
daripada penerima. Ini akan menyebabkan komunikasi tidak berlaku dengan berkesan.

Sebagai contoh dalam satu situasi yang sering berlaku kepada pasangan ibu bapa,
apabila anak-anak yang terlalu membuat bising akan menyebabkan ibu bapa tidak dapat
menyalurkan mesej yang disampaikan dengan berkesan. Secara fizikal bunyi bising yang
dihasilkan oleh anak-anak akan menyebabkan pendengaran mesej yang disalurkan akan
berkurang. Ini akan menyebabkan kurang kefahaman mesej yang disalurkan. Ibu bapa yang
berkomunikasi tadi akan mempunyai prasangka yang lain mengenai mesej tersebut.
Justeru, penghantar dan penerima dalam komunikasi kehidupan keluarga perlu bijak bagi
mengurangkan gangguan-gangguan seperti ini.

Kesimpulannya, kesemua elemen-elemen komunikasi ini adalah saling bergantung


dalam memberikan kesan kepada proses komunikasi. Kaedah yang digunakan juga
memainkan peranan yang penting mengikut tujuan komunikasi. Dalam pada itu, penyampai
dan penerima memerlukan kesamaan seperti kemahiran komunikasi, sikap, tahap
pengetahuan dan status. Oleh itu, penyesuaian amat penting untuk diberikan perhatian
serius kerana maklumat atau mesej yang disampaikan kepada penerima perlulah sama
dengan apa yang hendak disampaikan oleh sumber.

You might also like