You are on page 1of 1

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

MINGGU: 35 HARI: Rabu TARIKH: 26/8/2020 MATA PELAJARAN: MT


KELAS: 5 Merah MASA: 10.30-11.30 TAJUK: Nombor Bulat dan Operasi Asas
SK: 1.1 Nilai nombor
SP: 1.1.1 (i) Membaca sebarang nombor dalam perkataan
1.1.1 (iii) Menulis nombor dalam angka dan perkataan
OBJEKTIF PELAJARAN:
Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
i) membaca nombor enam digit dalam perkataan dengan betul
ii) menulis nombor enam digit dalam perkataan dengan betul
KRITERIA KEJAYAAN:
Pada akhir pembelajaran, murid mencapai objektif melalui:
i) membaca nombor dalam perkataan dengan betul dalam kuiz kumpulan dan permainan.
ii) menulis sekurang-kurangnya 6/10 jawapan dengan betul dalam lembaran kerja.
AKTIVITI:
1) Murid dibahagikan kepada empat kumpulan dan setiap kumpulan menghantar seorang wakil murid
untuk bermain skittle.
2) Apabila murid tersebut berjaya memasukkan gelung ke dalam botol, guru tersebut akan menyebut
“Tahniah, anda telah berjaya mendapat skor (nombor tersebut). -Situasi seperti murid berada di fun-
fair dan sedang bermain permainan skittle.
3) Guru menerangkan teknik yang digunakan untuk membaca dan menulis nombor dalam perkataan
kepada murid, iaitu Teknik ‘Rumah Miskin Rumah Kaya’.
4) Kertas mahjong diedarkan kepada setiap kumpulan.
5) Kuiz dilaksanakan dalam kumpulan. Setiap kumpulan diminta berbincang dan menulis nombor enam
digit dalam perkataan pada kertas mahjong kumpulan masing-masing berdasarkan nombor enam digit
dalam angka yang ditulis oleh guru pada papan putih.
6) Guru membincangkan jawapan dan murid diminta menyemak hasil kerja kumpulan masing-masing.
7) Murid menjalankan permainan ‘tic tac toe’ dalam kumpulan yang sama.
8) Murid diberi kad nombor 6 digit dan murid menyebut nombor tersebut dalam perkataan.
9) Kumpulan yang mendapat jawapan betul meletakkan simbol pada ‘tic tac toe’ terlebih dahulu diikuti
kumpulan kedua.
10) Murid menyiapkan 10 soalan lembaran kerja berkaitan tulis nombor dalam perkataan dengan
bimbingan guru.
11) Guru membuat refleksi bersama-sama murid dalam sesi penutup.
BAHAN BANTU BELAJAR (BBB): botol air, gelung, kertas mahjong, kad manila
PENTAKSIRAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN: kuiz, permainan, lembaran kerja
REFLEKSI:

You might also like