You are on page 1of 5

Sumber: http://ceritacikgunurul.blogspot.com/2018/12/strategi-tips-borang-pelaksanaan-plc.

html

a. Tema:

Apa itu PLC?

b. Pengenalan PLC:

- PLC ialah Professional Learning Community/ Komuniti Pembelajaran Profesional

c. OBJEKTIF PLC:

- PLC merujuk kepada para guru yang komited dan bekerja secara kolaboratif & berterusan.
- PLC diwujudkan untuk melaksanakan penambaikan terhadap guru & membantu murid mencapai prestasi
murid yang lebih baik.

d. CARA PELAKSANAAN PLC:

- semua ada 20 strategi PLC, cuma di negara kita setakat ini lebih berfokuskan kepada 6 strategi berikut:

1) Lesson Study/ Belajar menggunakan RPH

(i) Pembinaan RPH melalui perbincangan guru dalam kumpulan (biasanya satu panitia) - pemilihan aktiviti
(ii) Pelaksanaan PdPc menggunakan RPH yang telah dibina bersama & pemerhatian oleh ahli-ahli kumpulan
Lesson Study
(iii) Refleksi PdPc dan penambahbaikan RPH
- adakah aktiviti yang dipilih dapat membantu pelajar menguasai tajuk yang diajar?

Tips: Strategi Lesson Study boleh digabungkan dengan strategi lain seperti Teacher Sharing dan Video
Critique.

2) Video Critiques/ Kritikan Video Pengajaran Guru


- Video diambil semasa proses PdPc,
- kemudian ahli kumpulan PLC menonton semula video tersebut.
- Sambil-sambil itu, ahli kumpulan menilai kaedah yang digunakan serta membincangkan penambahbaikan
terhadap kaedah PdPc sedia ada. (kekuatan & kelemahan)

Tips: Video Critique boleh menjadi alternatif sekiranya tidak semua ahli kumpulan / ahli panitia dapat hadir
semasa pelaksanaan Lesson Study atau Peer Coaching. Malah boleh dikongsi melalui aplikasi mudah alih
seperti Telegram / WhatsApp / Skype dll. Proses perbincangan lebih meluas dan lebih fleksibel.
Sumber: http://ceritacikgunurul.blogspot.com/2018/12/strategi-tips-borang-pelaksanaan-plc.html

3) Teacher Sharing Lesson (TSS)/ Sesi Perkongsian Guru


- Sekumpulan guru bertemu secara kerap untuk berkongsi amalan pengajaran terbaik.
- Berkongsi teknik mengajar setiap topik yang paling sesuai dan senang difahami oleh murid

Tips: TSS boleh dijalankan secara berkumpulan mahupun antara 2 orang guru sahaja pun boleh. Setiap kali
berbincang, ambil gambar terus, laporan boleh disediakan kemudian.

4) Learning Walks/ Jelajah Pembelajaran


- Seorang/ sekumpulan guru berjalan-jalan ke kelas sambil membuat pemerhatian terhadap pengajaran guru
lain.

Tips: bawa siap-siap borang Learning Walks semasa buat pemerhatian, isikan terus untuk hasilkan laporan
serta-merta.

5) Book Clubs/ Kelab Buku


- Pemilihan buku
- Penentuan siapa yang membaca buku
- Pembentangan sinopsis buku (Bincang atau ceritakan balik apa yang dibaca)
- Menulis rumusan buku

Tips: contoh bahan bacaan yang sesuai- SKPMG2 (satu guru satu bab)

6) Data Analysis/ Analisis Data


- Guru yang mengajar kelas Tahap 1 membentangkan laporan PBD (senaraikan nama murid TP 6 serta nama
murid TP1 & 2, punca tahap penguasaan rendah dan intervensinya)
- Guru yang mengajar kelas Tahap 2 membentangkan keputusan peperiksaan (senaraikan nama murid
mendapat gred A serta nama murid tidak mencapai MTM, punca tidak mencapai MTM dan intervensinya)

Tips: Borang laporan PBD – disediakan oleh penyelaras tahap 1 (PBD)

Borang keputusan peperiksaan – disediakan oleh penyelaras tahap 2


Sumber: http://ceritacikgunurul.blogspot.com/2018/12/strategi-tips-borang-pelaksanaan-plc.html

2. Peer Coaching

Melibatkan 2 orang guru, biasanya guru senior dan guru junior yang bertindak selaku Coach dan Coachee. Ada 3
pendekatan yang boleh dipilih:

(i) Coachee mengajar, Coach menjadi pemerhati

(ii) Coach mengajar, Coachee menjadi pemerhati

(iii) Coach dan Coachee mengajar bersama.

Tips: boleh dijalankan semasa proses pencerapan, juga boleh digabungkan dengan strategi Teacher Sharing.

3. Teacher Sharing Session

Sebenarnya, kita selaku guru sudah tentu selalu berbincang tentang kaedah PdPc sesama ahli panitia, cuma tak
buat laporan saja kan. Jangan risau, laporan TSS senang sahaja, hanya isi sahaja borang yang telah disediakan dalam
tool kit TSS. Jangan lupa ambil gambar dan lampirkan dalam laporan.

Tips: TSS boleh dijalankan secara berkumpulan mahupun antara 2 orang guru sahaja pun boleh. Setiap kali
berbincang, ambil gambar terus, laporan boleh disediakan kemudian.

4. Learning Walks
Sumber: http://ceritacikgunurul.blogspot.com/2018/12/strategi-tips-borang-pelaksanaan-plc.html
Strategi PLC yang paling rileks. Apa tidaknya, sambil-sambil berjalan sahaja sudah boleh hasilkan satu laporan PLC.
Tapi, pastikan ada ilmu yang dikutip melalui pemerhatian terhadap pengajaran guru lain. Bukan berjalan kosong
sahaja ye. Jika bosan atau mengantuk dalam bilik guru, jalan-jalan ambil angin sambil menimba ilmu. Best kan..?

Tips: Masa berjalan tu, terus bawa siap-siap borang Learning Walks, isikan terus. Jika tidak nanti lupa apa yang
diperhatikan dan laporan jadi bertangguh. Akhir sekali, laporan tidak dibuat, maka rugi lah.

5. Video Critiques

Video diambil semasa proses PdPc, kemudian ahli kumpulan PLC menonton semula video tersebut. Sambil-sambil
itu, ahli kumpulan menilai kaedah yang digunakan serta membincangkan penambahbaikan terhadap kaedah PdPc
sedia ada.

Tips: Video Critique boleh menjadi alternatif sekiranya tidak semua ahli kumpulan / ahli panitia dapat hadir semasa
pelaksanaan Lesson Study atau Peer Coaching. Malah boleh dikongsi melalui aplikasi mudah alih seperti Telegram /
WhatsApp / Skype dll. Proses perbincangan lebih meluas dan lebih fleksibel.

6. Data Analysis

Data Analysis biasanya melibatkan proses penilaian terhadap ujian/peperiksaan melalui analisis item yang dibuat.
Kita tengok tajuk mana yang sukar dikuasai oleh pelajar, pelajar mana yang perlu diberikan perhatian lebih. Ini pun
dah biasa sangat kita buat kan, cuma tak dokumentasikan saja, betul tak?

Catatan:

Perlu diingat bahawa setiap strategi PLC yang dijalankan adalah bertujuan untuk menilai dan menambahbaik
pedagogi dalam bilik darjah. PLC dilaksanakan BUKAN untuk menilai guru yang mengajar. Guru-guru dalam
kumpulan PLC juga perlu lebih bersikap terbuka dan bersedia untuk memberikan kerjasama dalam memastikan
kejayaan pelaksanaan PLC secara berkualiti.
Sumber: http://ceritacikgunurul.blogspot.com/2018/12/strategi-tips-borang-pelaksanaan-plc.html

Cth laporan tss

https://ceritacikgunurul.blogspot.com/2018/12/contoh-laporan-plc-teacher-sharing.html

tool kit plc

http://ceritacikgunurul.blogspot.com/2018/12/strategi-tips-borang-pelaksanaan-plc.html

You might also like