You are on page 1of 5

Apa itu Profesional Learning Community (PLC)?

PLC ialah singkatan kepada program professional learning communities. PLC


merupakan koleksi aktiviti akademik secara bersepadu berteraskan lima
strategi utama sebagai usaha menyokong dan memperbaiki pencapaian murid
dan sekolah.

Hasrat utama konsep PLC bertumpu kepada perkongsian kemahiran dan


pengetahuan guru, membina hubungan yang berkualiti, merancang program
berfokus, mengerakkan sumber sedia ada di persekitaran dan berkongsi
kepimpinan dalam merealisasikan dasar pendidikan negara untuk membina
modal insan berkualiti di masa hadapan.

Strategi Pelaksanaan PLC

Terdapat 6 strategi utama yang menjadi focus dalam PLC. Berikut adalah
contoh strategi yang boleh digunakan:

1. Lesson Study
 

Terdapat 3 fasa iaitu :

1. Pembinaan RPH melalui perbincangan guru dalam kumpulan (biasanya


satu panitia)
2. Pelaksanaan PdPc menggunakan RPH yang telah dibina bersama &
pemerhatian oleh ahli-ahli kumpulan Lesson Study
 Refleksi PdPc dan penambahbaikan RPH
 

2. Peer Coaching
Melibatkan 2 orang guru, biasanya guru senior dan guru junior yang bertindak
selaku Coach dan Coachee. Ada 3 pendekatan yang boleh dipilih:

(i) Coachee mengajar, Coach menjadi pemerhati

(ii) Coach mengajar, Coachee menjadi pemerhati


(iii) Coach dan Coachee mengajar bersama.

3. Teacher Sharing Session


Perbincangan biasanya dilakukan oleh sesama ahli panitia. Pastikan gambar
sesi tersebut diambil dan dibuat laporan.

4. Learning Walks
Para guru boleh berjalan sambil memerhatikan sesi pengajaran yang
dilaksanakan oleg guru lain.

5. Video Critiques
Video diambil semasa proses PdPc, kemudian ahli kumpulan PLC menonton
semula video tersebut. Sambil-sambil itu, ahli kumpulan menilai kaedah yang
digunakan serta membincangkan penambahbaikan terhadap kaedah PdPc
sedia ada.

6. Data Analysis
Data Analysis biasanya melibatkan proses penilaian terhadap
ujian/peperiksaan melalui analisis item yang dibuat.
Borang Pelaporan PLC

Sesi Perkongsian Guru

Nama Ahli Kumpulan:

Tempat/Tarikh/Masa:

Fokus: Nyatakan fokus perkongsian yang dijalankan

Interpretasi:  Apakah aspek yang paling penting/menarik/relevan yang


dibincangkan? Adakan perkongsian ini boleh memberi impak kepada
pembelajaran murid? Bagaimana?
Hasil: Apa yang saya pelajari? Bagaimanakah perbincangan ini boleh
memberi kesan kepada profesionalisme  saya?
 

You might also like