You are on page 1of 7

1.

0 Pengenalan

Menurut DuFour, Eaker & Many(1989), ‘Professional Learning Community(PLC)’


merujuk kepada usaha para pendidik yang komited dan bekerja secara kolaboratif serta
berterusan untuk membuat inkuiri atau kajian tindakan bagi mencapai prestasi yang lebih
baik untuk murid-murid mereka. Bimbingan Rakan Sebaya Guru atau Pembimbing
Instruksi(Peer Coaching/Instructional Coaches) merujuk kepada strategi secara sistematik
untuk memerhatikan pengajaaran guru lain dengan menggunakan kitaran prakonferensi,
pemerhatian dan pascakonferensi. Peer Coahing(PC) ialah salah satu strategi untuk
memperbaiki pelaksanaan kurikulum terhadap strategi, teknik dan kemampuan guru dalam
pembelajaran(Hasbrouck,1997). Bimbingan Rakan Sebaya ialah proses yang melibatkan
dua atau lebih rakan profesional bekerja berkolaboratif untuk mencerminkan amalan
semasa, berkembang, menghalusi dan membina kemahiran baharu, berkongsi idea,
mengajar antara satu sama lain, menjalankan penyelidikan bilik darjah serta menyelesaikan
masalah yang dihadapi di sekolah.

Menurut Shulman(1991), Peer Coaching(PC) ialah satu situasi yang membolehkan


guru berkongsi pengalaman pengajaran dan pengetahuan pedagogi di dalam bilik darjah
tanpa sebarang paksaan. Berdasarkan kajian mengenai jurulatih di Chicago, Boston dan
Sekolah Awam Sacramento di South Carolina mendapati berlakunya peningkatan prestasi
pelajar dalam subjek Matematik dan Sains apabila jurulatih bekerja secara langsung dengan
guru-guru lain di sekolah mereka(Neufeld & Roper, 2003). Tambahan lagi menurut
Knight(2004), Kadar pelaksanaan strategi baharu pengajaran meningkat daripada 10%
(dengan pembangunan professional tradisional) kepada 85%(dengan kejurulatihan
pengajaran)

2.0 Proses dan Cadangan Pelaksanaan Peer Coaching

Pada umumnya proses Bimbingan Rakan Sebaya atau Pembimbing Intruksi merujuk
kepada strategi secara sistematik untuk memerhatikan pengajaran guru lain dengan
menggunakan tiga kitaran seperti dalam Rajah 1.1;-

Prakonferensi

Pascakonferensi Pemerhatian

Rajah 1.1 Proses Bimbingan Rakan Sebaya Guru(Peer Coaching)


1
Sebelum melaksanakan Peer Coaching, setiap guru yang terlibat akan diberikan
sekeping kertas untuk dilengkapkan(rujuk pada lampiran 1). Terdapat 3 cara melaksanakan
Peer Coaching di sekolah iaitu dengan menggunakan 3 model ataupun kaedah. Kaedah
yang pertama ialah Guru mengajar model pengajaran di mana guru akan mengajar di
hadapan sambil diperhatikan oleh coach. Coach biasanya terdiri daripada guru cemerlang,
guru pakar dan guru berpengalaman. Kehadiran guru pakar akan membantu guru biasa
memperbaiki kelemahan-kelemahan yang telah dikenalpasti menjurus kepada teknik dan
kaedah dalam menjalankan pengajaran di dalam kelas. Berikut merupakan bagaimana 3
kitaran di laksanakan di dalam kaedah pertama;-

1. Prakonferensi
Semasa sesi ini, di mana sebelum guru memulakan sesi pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas, guru pakar akan membincangkan mengenai beberapa perkara
seperti “Apakah topik anda?, Apakah matlamat anda?, Apakah yang anda hendak saya
lihat?, Bagaimanakah anda mahu saya mengumpul data?” dan seterusnya membuat
ringkasan yang sewajarnya. Berdasarkan perbincangan ini, guru pakar akan dapat membuat
penilaian awal dalam persediaan guru sebelum memulakan proses mengajar di dalam kelas
serta mewujudkan kemahiran penilaianan kendiri yang profesional.

2. Pemerhatian

Pada sesi ini, disamping membuat pemerhatian secara terperinci terhadap sesi
pengajaran guru, pembimbing juga akan menggunakan cara mengumpul data yang telah
dinyatakan pada sesi Prakonferensi. Antaranya ialah mencatat, merekod, senarai semak,
carta dan jadual serta menggunakan gambar dan visual. Setiap cara pengumpulan data
tersebut mempunyai fungsi dan kesesuaiannya yang tersendiri serta menjamin
kemudahtadbiran mana-mana individu yang ingin merujuknya. Cara mengumpul data yang
baik dan mudah akan memudahkan pembimbing untuk merekod data-data penting tanpa
tertinggal data-data penting yang lain untuk dikongsi pada akhir sesi.

3. Pascakonferensi

Pascakonferensi merupakan sesi akhir yang dijalankan di mana pembimbing akan


memfokuskan semula mengenai apa yang telah berlaku pada sesi prakonferensi dan
semasa sesi pemerhatian. Pertama, pembimbing akan meminta pengajar membuat
penilaian kendiri berdasarkan apa-apa yang telah berlaku di dalam kelas. Contoh soalan,
“Apakah pendapat anda tentang pengajaran tadi?”. Berdasarkan respon yang akan
diberikan, ianya akan membantu pembimbing untuk membuat cadangan dan

2
penambahbaikan terhadap sesi pengajaran pengajar kelak. Setelah itu, pembimbing akan
nyatakan bidang pemfokusan yang dinyatakan oleh pengajar pada sesi prakonferensi iaitu
mengenai apa yang pengajar mahu pembimbing perhatikan seperti teknik penyoalan,
penglibatan murid, maklum balas murid dan sebagainya. Setelah itu, pembimbing akan
mengongsikan data dan memberikan komen tentang apa yang dilihat dan didengar
seterusnya membincangkan elemen-elemen yang boleh membantu kepada perubahan
pengajaran. Coach juga perlu mewujudkan persefahaman antara satu dengan lain serta
aspek yang perlu diperbaiki atau dikekalkan.

Kaedah yang kedua ialah Coach mengajar model pengajaran di mana guru
berpengalaman/pembimbing akan berada di hadapan kelas untuk melaksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran seperti biasa sambil diperhatikan oleh guru-guru
lain(coachee).

1. Prakonferensi

Pada sesi ini, pembimbing akan menjelaskan mengenai pengajaran dan


pembelajaran seperti fokus pengajaran, objektif pembelajaran, strategi yang digunakan,
ramalan terhadap respon murid di dalam kelas dan tindakan yang perlu diambil sekiranya
terdapat halangan yang tidak dijangka berlaku. Penjelasan ini akan membantu guru-guru
biasa untuk membuat gambaran awal mengenai perancangan dan strategi yang digunakan
oleh pembimbing. Pembimbing perlu menekankan apa yang perlu diberi tumpuan semasa
proses pengajaran berlaku contohnya seperti cara mengurus kelas, respon murid dan
maklum balas terhadap pengajarannya. Pembimbing juga akan menerangkan bagaimana
cara mereka merekodkan pemerhatian untuk memudahkan perbualan bersifat
pembelajaran.

2. Pemerhatian

Pada sesi ini, coach akan melaksanakan sesi pengajaran manakala guru lain akan
memerhatikan pengajaran di dalam kelas dan merekodkan maklumat yang dibincangkan
dalam sesi prakonferensi sama ada menggunakan kaedah skrip, rakaman, senarai semak
atau carta dan jadual. Hal ini akan menjadi pemudahtadbiran kepada guru untuk membuat
semakan dan rujukan semula mengenai kekuatan dan kata kunci yang digunakan oleh
coach. Selain itu, dalam sesi ini juga guru akan mengalami situasi sebenar yang ditunjukkan
oleh coach semasa di dalam bilik darjah bagi mengelakkan pemalsuan data dan rekod
semasa dirujuk semula.

3
3. Pascakonferensi

Pembimbing akan berperanan untuk memudahkan cara perbualan sesi


pascakonferensi dengan mengajukan beberapa soalan langsung seperti apa yang guru-guru
dapat perhatikan, adakah pengajaran berlaku seperti yang diharapkan dan sebagainya.
Seterusnya, pembimbing akan membimbing guru lain untuk berfikir aras tinggi mengenai
apa yang mereka akan lakukan sekiranya ingin melakukan perubahan terhadap cara
mengajar serta apa yang mereka perolehi setelah memerhatikan cara guru pakar mengajar
di hadapan. Pembimbing juga akan memberikan peluang kepada guru biasa untuk bertanya
soalan-soalan lain agar mereka lebih faham dan jelas tentang apa yang hendak mereka
capai pada sesi tersebut.

Kaedah yang ketiga ialah Co Leading/Co Teaching.

1. Konferensi Pra-pengajaran

Dalam sesi konferensi pra-pengajaran, Coach akan mengambil alih dengan


melontarkan beberapa soalan kepada coachee berkaitan dengan pengajaran dan
pembelajaran yang akan dilaksanakan. Coach perlu mengetahui setiap rancangan dan
strategi yang akan diguna pakai oleh Coachee disamping dapat mengetahui pada peringkat
mana bimbingan yang diperlukan oleh Coachee. Oleh itu, Coach akan menyelidik dan
memerhati setiap persiapan yang dilakukan oleh Coachee sebelum memulakan sesi
pengajaran dan pembelajaran. Pada sesi ini, pencapaian kepada matlamat dan objektif
pengajaran dan pembelajaran adalah amat dititikberatkan oleh Coach.

2. Mengajar secara bersama (Co-Teaching The Lesson)

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, peranan Coach boleh berubah


bergantung pada persetujuan yang dicapai semasa prakonferensi. Di mana Coach boleh
menerajui bahagian yang berlainan dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara
kolaboratif dengan guru, mengajar sebahagian daripada PdP sementara guru lain membuat
pemerhatian, berfungsi sebagai pemerhati serta laksanakan intervensi secara berkala untuk
mengukuhkan pembelajaran. Semasa proses co-teaching, coach merupakan seorang rakan
kongsi dan bukanlah seorang hakim, pengkritik atau penyelemat.

3. Pascakonferensi

Hasil daripada gabungan mengajar bersama, coach akan memberikan beberapa


soalan yang berkisarkan pengalaman mengajar tadi. Soalan-soalan yang diberikan biasanya

4
berbentuk abstrak dan perlu dianalisis. Berdasarkan pemerhatian dan rekod yang tercatat,
guru akan mudah untuk merujuk semula apa yang telah berlaku dan apa yang perlu
diperbaiki sewaktu sesi mengajar pada masa akan datang. Coach juga perlu peka terhadap
perasaan guru semasa menjalankan aktiviti terebut. Hal ini kerana, keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran tersebut boleh dipengaruhi dengan emosi guru tersebut. Oleh
itu, data yang diperolehi tidak mempunyai kesahan. Kemudian, kedua pihak ini juga perlu
membincangkan semula mengenai masalah-masalah yang timbul semasa proses
pengajaran serta membuat penambahbaikan untuk kepentingan pada masa akan datang.

3.0 Cadangan Pelaksanaan Aktiviti Peer Coaching

STATUS PELAKSANAAN DI SEKOLAH


(Tandakan √ pada rungan yang relevan)
BIL. CADANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI
Dilaksanakan Dilaksanakan Tidak
Sepenuhnya Separuh Dilaksanakan
1. Prakonferensi (Pra-Conference)
 Memberikan fokus kepada aspek PdP
guru
 Mewujudkan hubungan yang
meyakinkan berkaitan tujuan
membantu aspek profesional
 Mewujudkan kerangka mental tentang
objektif dan kaedah pengajaran
 Menentukan struktur dan fokus
pemerhatian
 Memahami dan mempelajari isi
pengajaran yang diharapkan melalui
penyediaan soalan-soalan seperti
berikut:
- Apakah matlamat pengajaran
anda?
- Bagaimana anda merancang
pengajaran?
- Apakah kandungan khusus
pengajaran yang anda harapkan
untuk plajar belajar?
- Di manakah anda perlukan

5
bantuan?
- Apakah bahan-bahan yang
diperlukan?
- Apakah pengetahuan sedia ada
pada pelajar sebelum
pembelajaran tajuk ini?
- Bagaimanakah anda tahu dan
dapat mengesan kesukaran pada
pengajaran?
- Bagaimana kita tahu bahawa
objektif pembelajaran tercapai?
 Perancangan terhadap starategi
pengajaran.
 Jangkaan terhadap guru
 Wujudkan kemahiran penilaian kendiri
yang professional
2. Pemerhatian(Observation)
 Guru seharusnya mengenal pasti
peralatan untuk mengumpul data
 Mengumpul data/maklumat melalui
pelbagai kaedah seperti skrip,
rakaman, senarai semak, carta/jadual
dan gambar/visual
 Melihat interaksi

 Mentafsir tingkah laku guru

 Meneliti dokumen berkaitan


 Menganalisis data/maklumat untuk
tujuan perbincangan
3. Pascakonferensi(Post Conference)
 Memaklumkan perlakuan dan
tindakan sebenar yang berlaku
semasa sesi pengajaran
 Memfokuskan perbincangan terhadap
2 atau 3 isu utama
 Memberikan peluang kepada guru

6
menjelaskan perlakuan
pengajarannya
 Membincangkan elemen-elemen yang
boleh membantu perubahan
pengajaran
 Mendorong guru membuat semakan
faktor kelebihan/kelemahan
pengajaran
 Wujudkan persefahaman perkara
berikut untuk pegajaran akan datang
- Aspek yang perlu diperbaiki atau
dikekalkan
- Wujudkan persefahaman perkara
berikut untuk pengajaran akan
datang
- Aspek yang perlu diperbaiki atau
dikekalkan

4.0 Rumusan

Secara kesimpulannya, pelaksanaan aktiviti Peer Coaching dapat melahirkan para


pendidik yang kaya dengan strategi dan teknik mengajar secara berkesan. Saling
membimbing serta mendorong antara satu dengan lain merupakan tujuan dan konsep
utama mengapa Peer Coaching ini diwujudkan sebagai salah satu strategi. Hal ini bertujuan
untuk meningkatkan prestasi guru-guru sebagai pendidik yang komited dan boleh
berkolaborasi dengan pihak lain di sekolah. Coach merupakan individu penting yang perlu
memainkan peranan sebagai pembimbing agar dapat menjamin keberkesanan dan
perubahan yang baik pada masa kan datang. Seseorang coach perlu memiliki peribadi yang
positif dan memahami setiap kehendak dan keperluan coachee agar dapat mengelakkan
ketidaksefahaman antara satu dengan lain. Matlamat Peer Coaching perlu dicapai bersama.

You might also like