You are on page 1of 4

Terdapat banyak strategi yang digunakan dalam PLC(PROFESSIONAL LEARNING

COMMUNITIES)boleh rujuk dalam laman e-SPLKPM.

1. Lesson Study 

Lesson Study boleh dikatakan antara strategi PLC yang paling rumit dan mengambil
masa. Namun, sebenarnya ia akan menjadi lebih mudah apabila kita sudah biasa
menjalankannya. Dalam strategi Lesson Study, kita berbincang kaedah PdPc terbaik
melalui rancangan pengajaran (RPH). 

Lesson Study melibatkan 3 fasa: 

(i) Pembinaan RPH melalui perbincangan guru dalam kumpulan (biasanya satu
panitia) 

     - pemilihan aktiviti 

(ii) Pelaksanaan PdPc menggunakan RPH yang telah dibina bersama &
pemerhatian oleh ahli-ahli kumpulan Lesson Study 
(iii) Refleksi PdPc dan penambahbaikan RPH 

       - adakah aktiviti yang dipilih dapat membantu pelajar menguasai tajuk yang
diajar? 

Sekiranya objektif yang disenaraikan dalam RPH tersebut dapat dicapai melalui
aktiviti yang dijalankan, maka kitaran Lesson Study boleh dihentikan setakat fasa (iii)
dan boleh diteruskan dengan perbincangan RPH untuk tajuk yang lain pula. Namun,
jika banyak kekurangan yang dikenal pasti dan penambahbaikan dibuat, maka RPH
yang telah dikemaskini diuji semula melalui kitaran yang seterusnya dengan
mengulang semula proses (i) - (iii). 

Tips: Strategi Lesson Study boleh digabungkan dengan strategi lain seperti Teacher
Sharing dan Video Critique.

2. Peer Coaching 

Melibatkan 2 orang guru, biasanya guru senior dan guru junior yang bertindak selaku
Coach dan Coachee. Ada 3 pendekatan yang boleh dipilih: 

(i) Coachee mengajar, Coach menjadi pemerhati 

(ii) Coach mengajar, Coachee menjadi pemerhati 

(iii) Coach dan Coachee mengajar bersama. 

Tips: boleh dijalankan semasa proses pencerapan, juga boleh digabungkan dengan
strategi Teacher Sharing. 
3. Teacher Sharing Session 

Sebenarnya, kita selaku guru sudah tentu selalu berbincang tentang kaedah PdPc
sesama ahli panitia, cuma tak buat laporan saja kan. Jangan risau, laporan TSS
senang sahaja, hanya isi sahaja borang yang telah disediakan dalam tool kit TSS.
Jangan lupa ambil gambar dan lampirkan dalam laporan. 

Tips: TSS boleh dijalankan secara berkumpulan mahupun antara 2 orang guru
sahaja pun boleh. Setiap kali berbincang, ambil gambar terus, laporan boleh
disediakan kemudian. 

4. Learning Walks 

Strategi PLC yang paling rileks. Apa tidaknya, sambil-sambil berjalan sahaja sudah
boleh hasilkan satu laporan PLC. Tapi, pastikan ada ilmu yang dikutip melalui
pemerhatian terhadap pengajaran guru lain. Bukan berjalan kosong sahaja ye. Jika
bosan atau mengantuk dalam bilik guru, jalan-jalan ambil angin sambil menimba
ilmu. Best kan..? 
Tips: Masa berjalan tu, terus bawa siap-siap borang Learning Walks, isikan terus.
Jika tidak nanti lupa apa yang diperhatikan dan laporan jadi bertangguh. Akhir sekali,
laporan tidak dibuat, maka rugi lah. 

5. Video Critiques 

Video diambil semasa proses PdPc, kemudian ahli kumpulan PLC menonton semula
video tersebut. Sambil-sambil itu, ahli kumpulan menilai kaedah yang digunakan
serta membincangkan penambahbaikan terhadap kaedah PdPc sedia ada. 

Tips: Video Critique boleh menjadi alternatif sekiranya tidak semua ahli kumpulan /
ahli panitia dapat hadir semasa pelaksanaan Lesson Study atau Peer Coaching.
Malah boleh dikongsi melalui aplikasi mudah alih seperti Telegram / WhatsApp /
Skype dll. Proses perbincangan lebih meluas dan lebih fleksibel. 

6. Data Analysis 

Data Analysis biasanya melibatkan proses penilaian terhadap ujian/peperiksaan


melalui analisis item yang dibuat. Kita tengok tajuk mana yang sukar dikuasai oleh
pelajar, pelajar mana yang perlu diberikan perhatian lebih. Ini pun dah biasa sangat
kita buat kan, cuma tak dokumentasikan saja, betul tak? 

Catatan: 

Perlu diingat bahawa setiap strategi PLC yang dijalankan adalah bertujuan
untuk menilai dan menambahbaik pedagogi dalam bilik darjah. PLC
dilaksanakan BUKAN untuk menilai guru yang mengajar. Guru-guru dalam
kumpulan PLC juga perlu lebih bersikap terbuka dan bersedia untuk
memberikan kerjasama dalam memastikan kejayaan pelaksanaan PLC secara
berkualiti. 

You might also like