You are on page 1of 2

Kaedah Pertama

Pendekatan Bertema-  Penyediaan Nota dan Perbincangan Nota- "Content Based


Learning"

Kaedah ini boleh digunakan untuk subjek -subjek yang mempunyai senarai tajuk yang
perlu dihabiskan. 

Cara Pelaksanaan

*Cikgu-cikgu perlu kenal pasti tajuk/ topik/ tema/ unit yang tidak habis/ perlu diulang / perlu di
perkembangkan dan melaksanakan pdpr seperti menyambung tajuk/topik/tema yang tidak
dihabiskan/ mengulangkaji semula/ mengajar ilmu yang lebih luas dan kaitkan dengan
tajuk/topik/tema/unit tertentu.

Kaedah Kedua

Pendekatan Modular- Perbincangan Latihan dalam bentuk Modul- "Module Based"

Kaedah ini adalah dimana cikgu menyediakan modul-modul khusus untuk pelajar belajar
dan melengkapkan aktiviti/ latihan yang terdapat didalam modul tersebut. 

                                  Cara Pelaksanaan

*Setiap kali pdpr cikgu-cikgu akan menggunakan modul- modul yang dihasilkan berpandukan
kepada TP pelajar; mengajar dan membincangkan jawapan . Program Intervensi (ada modul)
Program Pengukuhan (ada modul) Program Pengayaan (ada modul)

* Untuk memudahkan pdpr hasilkan modul untuk para guru. Setiap guru mempunyai 3 set
modul dan setiapkali waktu pdpr kongsikan bahan modul bersama pelajar melalui REZO/
PHOTOSTATE/ PAPARAN LCD dan minta pelajar lengkapkan soalan-soalan didalam modul
didalam buku latihan. Buku latihan akan menjadi evident ! (boleh salin/ lekat bahan)

Kaedah Ketiga

Pembelajaran Berasaskan Projek- Kerja Amali- "Task Based Learning"

Kaedah ini lebih tertumpu kepada subjek-subjek yang memerlukan amali 

                                    Cara Pelaksanaan

* Untuk TP1-TP2 cikgu-cikgu boleh memilih amali yang pelajar tersebut tidak faham dan
lakukan amali tersebut semula- ulangkaji

*Untuk TP 3- TP4 cikgu-cikgu boleh memperkukuhkan lagi pemahaman pelajar terhadap


amali tertentu
* Untuk TP 5-TP6 cikgu-cikgu boleh membuat amali yang mengalakan pelajar berfikiran
kreatif dan kritis

Kaedah Keempat

Pembelajaran Terbeza- "Differentiation" - Paling Popular! 

Kaedah ini didalam Bahasa Inggeris didefinasikan sebagai "differentiation". Membahagikan


pelajar didalam kumpulan khusus berdasarkan TP  keseluruhan dan memberikan
tumpuan khusus kepada setiap kumpulan.

                                  Cara Pelaksanaan

Kaedah terbeza boleh dilakukan melalui:

 Bimbingan yang berbeza untuk setiap kumpulan TP "differentiation by support"


 Kuiz/ Latihan yang berbeza untuk setiap kumpulan TP  "differentiation by task"
 Pengajaran  yang berbeza untuk setiap kumpulan TP "differentiation by outcome/
feedback"

Kaedah Kelima

Similasi Amali- "Virtual Lab"

Kaedah ini sangat bersesuaian untuk Subjek Sains dan Subjek -Subjek aliran Sains.

                                Cara Pelaksanaan

 *Cikgu-cikgu boleh melaksanakan eksperimen secara atas talian dan boleh meminta pelajar-
pelajar menulis laporan lengkap. 

*Jika pelajar dapat memahami langkah-langkah eksperimen dan kemudian berjaya


melaksanakan eksperimen dan menulis laporan maka pelajar telah memahami konsep atau
tajuk yang ingin diajar oleh guru.

* Setiap TP cikgu boleh berikan satu eksperimen untuk dilengkapkan. 

You might also like