You are on page 1of 14

SENARAI KANDUNGAN

Muka Surat
2
1 PENGENALAN SYARIKAT

2
Airasia Group Berhad (Airasia)

4
Nestlé (Malaysia) Berhad

8
Ajinomoto (Malaysia) Berhad

10
ANALISIS NISBAH PENGAGIHAN DIVIDEN
2 (DPR)

12
3 PERBANDINGAN NISBAH PENGAGIHAN
DIVIDEN ( DPR) BAGI KETIGA –TIGA
SYARIKAT

13
4 KESIMPULAN

5 13
RUJUKAN
1. PENGENALAN SYARIKAT
1.1 Airasia Group Berhad (Airasia)

Gambar 1 Logo Airasia Group Berhad

Airasia Group Berhad Malaysia adalah syarikat penerbangan tambang murah,


tanpa “frill” dan tanpa tiket yang pertama di Asia. Mereka memperkenalkan banyak
insentif untuk menggalakkan lebih ramai pengguna untuk menggunakan
perkhidmatan penerbangannya. Syarikat Airasia pada mulanya ditubuhkan pada 20
Disember 1993 dan mula beroperasi pada 18 November 1996. Syarikat tambang
murah ini diasaskan oleh sebuah konglomerat kerajaan Malaysia iaitu DRB-Hicom.
Air Asia Sdn Bhd adalah sebuah syarikat berhad menurut syer dan sendirian yang
telah diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965.
Air Asia telah ditubuhkan semula pada 12 Disember 2001 apabila syarikat ini
telah menanggung beban hutang yang terlalu tinggi iaitu sebanyak RM40 juta.
Kemudian Tony Fernandes pengasas Tune Air telah membeli syarikat Air Asia
dengan harga seringgit sesaham. PAda 8 Jun 2004, syarikat Air Asia telah bertukar
status dari syarikat sendirian kepada syarikat awam dengan nama Airasia Berhad.
Kemudian pada 24 Ogos 2017 syarikat telah menukar nama kepada Airasia Group
Berhad.
Slogan “Kini Semua Orang Boleh Terbang” adalah bersesuaian dengan
segmen pasaran pihak Airasia Group Berhad yang menumpukan kepada kumpulan
sasaran pengguna yang berpendapatan rendah. AirAsia Berhad diterajui oleh Yang
Berbahagia Dato’ Pahamin A.Rajab sebagai pengerusi dan pengarah, Tony Fernandes
sebagai Ketua Eksekutif (CEO) danPengarah, Encik Kamarudin Meranun dan Encik
Aziz Bakar sebagai Pengarah serta Conor McCarthy.
Aktiviti utama syarikat Airasia ini adalah menyediakan perkhidmatan
penerbangantambang murah perjalanan jarak jauh ke seluruh dunia. Airasia pada
mulanya hanyamemiliki dua buah kapal terbang terpakai Boeing 737-300. Pada

1
peringkat permulaan, perkhidmatan penerbangan hanya ke satu destinasi dan
membawa 250 000 penumpangsetahun serta mempunyai hanya 250 pekerja. Kini,
kumpulan Airasia beroperasi dalam penerbangan antarabangsa dan tempatanke lebih
400 destinasi merentasi 25 negara. Hab utamanya ialah Low-Cost Carrier Terminal
(LCCT) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Syarikat
penerbangan gabungan Airasia ialah Thai Air Asia, Air Asia Philipines dan Air Asia
Japanyang mempunyai hab masing-masing di Lapangan Terbang Suvarnabhumi,
lapangan terbang antarabangsa Clark dan lapangan terbang antarabangsa Narita.
Selain menjalankan aktiviti penerbangan, Airasia turut menjalankan perniagaan
melaluilaman beli-belah secara dalam talian. Para penumpang Airasia berpeluang
membeli produk- produk yang ditawarkan oleh Airasia. Airasia menjual barangan
atau produk mengikutkategori yang ditetapkan iaitu barangan kecantikan, barangan
elektronik, model kapal terbangAirAsia dan beg pakaian dan tas tangan untuk wanita.
AirAsia Megastore menjual baranganseperti kosmetik, bag pakaian, bag khas untuk
wanita.

Gambar 2 Sorotan kewangan

Gambar 2 menunjukkan sorotan kewangan bagi syarika Airasia Berhad.


Terdapat peningkatan dalam jumlah hasil dari tahun 2014 hingga tahun 2018.
Peningkatan ini disebabkan berlaku peningkatan permintaan pelanggan saban tahun.
Keuntungan bersih juga meningkat dari tahun ke tahun.

2
1.2 Nestlé (Malaysia) Berhad

Gambar 3 Pengasas Nestlé (Henry Nestlé)

Nestlé adalah pengeluar makanan dan minuman terbesar di dunia. Beribu


pejabat di Switzerland. Nestlé kini berada di 191 buah negara di seluruh dunia. Sejak
tahun 1912, Nestlé telah memelihara rakyat Malaysia melalui jenama dan produk
berkualiti seperti Milo, Maggi, Nescafé dan Kitkat, sambil mengekalkan
kecemerlangan Halal dan integriti Nestlé. Ini adalah selaras dengan janji Nestlé untuk
menyampaikan makanan baik,kehidupan baik kepada semua. Pengasas Nestlé ialah
seorang ahli farmasi kelahiran Jerman iaitu Henri Nestlé. Beliau telah melancarkan
Susu Tepung di Vevey, Switzerland. Ia menggabungkan susu lembu, tepung gandum
dan gula. Nestlé mengembangkannya untuk dimakan oleh bayi yang tidak dapat
disusui, untuk menangani kadar kematian yang tinggi. Ini adalah bagaimana Nestlé
bermula lebih dari 150 tahun yang lalu apabila Henri Nestlé mencipta bijirin bayi
yang menyelamatkan nyawa seorang kanak-kanak. Pada ketika itu beliau mula
menggunakan ikon logo yang digunakan sekarang iaitu ‘Nest’.

Gambar 4 Perkembangan Logo Nestlé

3
Pada tahun 1905, Nestlé & Anglo Swiss mempunyai lebih daripada 20 kilang,
dan mula menggunakan anak syarikat di luar Negara untuk menubuhkan rangkaian
jualan yang meliputi Afrika, Asia, Amerika Latin dan Australia. Apabila perang dunia
pertama mendekati, syarikat itu mendapat manfaat dari tempoh kemakmuran yang
dikenali sebagai Belle Epoue atau ‘Beautiful Age’, dan menjadi syarikat tenusu
global. Komitmen Nestlé untuk menyediakan produk berkualiti kepada rakyat
Malaysia bermula lebih dari 100 tahun yang lalu. Nestlé bermula di Malaysia pada
tahun 1912 sebagai Syarikat Susu Pekat Manis Anglo-Swiss di Pulau Pinang dan
kemudiannya, pertumbuhan dan pengembangan bergerak ke Kuala Lumpur pada
tahun 1939. Sejak tahun 1962, dengan kilang pertamanya di Petaling Jaya, Nestlé
Malaysia kini mengeluarkan produknya di 8 kilang dan beroperasi dari ibu pejabatnya
di Mutiara Damansara. Syarikat itu disenaraikan secara terbuka di BSKL yang kini
dikenali sebagai Bursa Malaysia Berhad pada 13 Disember, 1989 dan menukar nama
korporat kepada Syarikat Nestlé (Malaysia) Berhad. Kini, Syarikat Nestlé Malaysia
menggunakan lebih daripada 5,500 orang dan mengilang serta memasarkan lebih
daripada 500 produk Halal di Malaysia. Jenamanya seperti Milo, Maggi, Nescafe dan
Kit Kat telah menjadi barangan rumah yang dipercayai dan dinikmati selama
beberapa generasi. Dengan Moto Nestlé "Good Food, Good Life", syarikat komited
untuk menggabungkan ilmu dan teknologi untuk menyediakan produk-produk yang
mampu memenuhi keperluan asas manusia akan makanan dan minuman berkhasiat,
serta selamat untuk dimakan serta lazat rasanya.

Gambar 5 Logo Nestlé 2019

Aktiviti perniagaan bagi syarikat Nestlé ialah perniagaan pengeluaran produk


makanan. Aktiviti pengeluaran ini meliputi aktiviti ekstratif (pengeluaran bahan
mentah daripada sumber semulajadi), pengeluaran barang consumer (produk
pengguna yang digunakan oleh pengguna) dan barangan industri (bahan mentah atau
bahan separuh siap yang bakal diproses semula bagi menghasilkan barang siap.
Syarikat Nestlé merupakan organisasi yang membuat makanan harian dengan
ditambah nutrisi untuk memastikan kesihatan yang berterusan.

4
Berikut merupakan senarai produk keluaran Nestlé :
Jenis Produk Jenama
i. Produk kopi  Nescafe, Nescafe gold
 Nescafe 3 in 1
 Nescafe Blend and Brew
 Nespresso
 Nescafe latte
 Nescafe coffe matte

ii. Produk makanan kanak-  Nestlé cerelac 6-12bulan


kanak  Susu nesle mom and me
 Susu Nestlé nan grow
 Susu Nestlé nan kid
 Susu nespray
 Susu lactokid

iii. produk bijirin dan sarapan  Nestlé Cookie Crisp


 Nestlé fitness
 Nestlé corn flakes
 Nestlé honey star
 Nestlé koko krunch
 Nestlé koko krunch duo

iv. produk tenusu  milo


 Nestlé omega
 Nestlé just milk
 Nestlé everyday
 Nestlé nestum

v. produk tenusu sejuk  Nestlé Bliss


 Nestlé Yogurt

vi. produk aiskrim  Nestlé drumstick


 Nestlé aiskrim
 Nestlé aiskrim tradisi
 Nestlé cremeria
 Nestlé matkool

vii. produk coklat  Kit Kat


 Milo Nugget
 Nestlé Crunch wafer

viii. Produk sedia untuk  Milo can


diminum  Nescafe can
 Milo UHT
 Nescafe cup

ix. Produk kesihatan  Nutren Diabetik


 Peptamen Junior
 Iso Source
 Resource

5
Gambar 6 Ringkasan kewangan

Gambar di atas merupakan ringkasan kewangan bagi syarikat Nestlé Malaysia.


Berdasarkan jumlah hasil jualan berlaku peningkatan sebanyak 4.9% dari tahun 2017
hingga tahun 2018. Ini menunjukkan berlaku peningkatan permintaan daripada
pelanggan. Manakala bagi keuntungan bersih juga berlaku penambahan dari tahun
2014 hingga tahun 2018. Ini menunjukkan syarikat Nestlé cekap dalam menguruskan
perniagaan mereka.

6
1.3 Ajinomoto (Malaysia) Berhad
Sejarah ajinomoto bermula sewaktu professor Kikunae Ikeada dari Universiti
mengasingkan glutamat daripada rumpai laut dan mendapati ia menyerlahkan rasa
makanan pada 1908. Kemudian beliau menamakan rasa tersebut sebagai umami.
Bahan perasa umami atau monosodium glutamate (MSG) diperbuat daripada bahan
mentah semula jadi seperti ubi kayu dan tebu. Kemudian ia dipasarkan sebagai AJI-
NO-MOTO® di Jepun pada 1909 dan kini lebih 100 tahun di seluruh dunia. Pada
tahun 1961, Ajinomoto (Malaysia) memulakan perniagaan sebagai pengeluar AJI-
NO-MOTO® dengan nama Ajinomoto (Malaya) Co Ltd. Kemudian syarikat
Ajinomoto (Malaya) Co Ltd menukarkan status korporat kepada Ajinomoto
(Malaysia) Sdn Bhd dan seterusnya syarikat Ajinomoto berjaya memperoleh
pensijilan Halal daripada JAKIM pada tahun 1965. Syarikat Ajinomoto tersenarai
dalam Bursa Saham pada tahun 1968 dan menukar nama korporat kepada Ajinomoto
(Malaysia) Berhad. Semenjak itu, Ajinomoto (Malaysia) Berhad mula berkembang
menjadi pengeluar perasa makanan yang memasarkan pelbagai jenama yang
dipercayai oleh rakyat Malaysia selama beberapa dekad. Produk yang dikeluarkan
oleh syarikat Ajinomoto (Malaysia) Berhad boleh dibahagikan kepada dua iaitu
produk runcit dan produk industri.

Produk runcit Produk industri


AJI-NO-MOTO® Hydrolysed Vegetable Protein (HVP)
Rasa Sifu™ AJI-AROMA
Perencah pati ayam@ikan bilis AJI-NO-MOTO® PLUS
TUMIX®
Perencah serba lengkap SERI-AJI® AJIMATE
AJI-SHIO® ACTIVA TG
Pal Sweet® pengganti gula biasa
AJI●MIX™
AJI-NO-MOTO® PLUS

Gambar 7 Produk yang dikeluarkan oleh Ajinomoto (Malaysia) Berhad

7
Gambar 8 Ringkasan Kewangan bagi tahun 2015 hingga 2019

Berdasarkan gambar 8, ringkasan kewangan ini menunjukkan Ajinomoto


Malaysia telah mencapai peningkatan dalam jumlah keseluruhan hasil jualan selama 5
tahun. Manakala pada tahun 2017, Ajinomoto Malaysia telah menerima pampas an
bagi jualan tanah secara wajib sejumlah RM166.0 juta daripada kerajaan Malaysia.
Oleh itu Ajinomoto Malaysia memperoleh keuntungan bersih yang tinggi sepanjang 5
tahun ini.

8
2. ANALISIS NISBAH PENGAGIHAN DIVIDEN (DPR)
Nisbah pengagihan dividen atau dikenali sebagai “Dividen Payout Ratio” merupakan
nisbah jumlah dividen yang dibayar kepada pemegang saham bergantung kepada keuntungan
bersih sesebuah syarikat. Ia juga merupakan peratusan pendapatan yang dibayar kepada
pemegang saham melalui dividen. Jumlah pendapatan selebihnya akan digunakan untuk
membayar hutang syarikat ataupun melabur semula dalam operasi syarikat.
Nisbah pengagihan dividen boleh dikira melalui dua cara. Cara pertama adalah
membahagikan dividen sesaham setahun dengan pendapatan sesaham selama setahun. Cara
pertama boleh diterjemahkan kedalam bentuk penyelesaian matematik seperti berikut:
𝐷𝑃𝑆
𝐷𝑃𝑅 =
𝐸𝑃𝑆
Iaitu,
DPS adalah dividen sesaham
EPS adalah pendapatan sesaham.

Pengiraan pengagihan dividen bagi tahun 2015,2016 dan 2017


a. Syarikat Airasia Group Berhad
2015 2016 2017
𝐷𝑃𝑆 𝐷𝑃𝑆 𝐷𝑃𝑆
𝐷𝑃𝑅 = 𝐷𝑃𝑅 = 𝐷𝑃𝑅 =
𝐸𝑃𝑆 𝐸𝑃𝑆 𝐸𝑃𝑆

𝐷𝑃𝑆 = 0.04 𝐷𝑃𝑆 = 0.12 𝐷𝑃𝑆 = 0.12


𝐸𝑃𝑆 = 0.19 𝐸𝑃𝑆 = 0.58 𝐸𝑃𝑆 = 0.49
0.04 0.12 0.12
Maka , 𝐷𝑃𝑅 = 0.19 × 100 Maka, 𝐷𝑃𝑅 = 0.58 × 100 Maka, 𝐷𝑃𝑅 = 0.49 × 100
= 21.05% = 20.69% = 25%

b. Nestlé Malaysia
2015 2016 2017
𝐷𝑃𝑆 𝐷𝑃𝑆 𝐷𝑃𝑆
𝐷𝑃𝑅 = 𝐷𝑃𝑅 = 𝐷𝑃𝑅 =
𝐸𝑃𝑆 𝐸𝑃𝑆 𝐸𝑃𝑆

𝐷𝑃𝑆 = 2.6 𝐷𝑃𝑆 = 2.7 𝐷𝑃𝑆 = 2.75


𝐸𝑃𝑆 = 2.52 𝐸𝑃𝑆 = 2.72 𝐸𝑃𝑆 = 2.74
2.6 2.7 2.75
Maka , 𝐷𝑃𝑅 = × 100 Maka, 𝐷𝑃𝑅 = 2.72 × 100 Maka, 𝐷𝑃𝑅 = 2.74 × 100
2.52
= 103.17% = 99.26% = 100.36%

c. Ajinomoto (Malaysia) Berhad

9
2015 2016 2017
𝐷𝑃𝑆 𝐷𝑃𝑆 𝐷𝑃𝑆
𝐷𝑃𝑅 = 𝐷𝑃𝑅 = 𝐷𝑃𝑅 =
𝐸𝑃𝑆 𝐸𝑃𝑆 𝐸𝑃𝑆

𝐷𝑃𝑆 = 0.2 𝐷𝑃𝑆 = 0.3375 𝐷𝑃𝑆 = 1.55


𝐸𝑃𝑆 = 0.489 𝐸𝑃𝑆 = 0.671 𝐸𝑃𝑆 = 3.083
0.2 0.3375 1.55
Maka , 𝐷𝑃𝑅 = 0.489 × 100 Maka, 𝐷𝑃𝑅 = 0.671 × 100 Maka, 𝐷𝑃𝑅 = 3.083 × 100
= 40.90% = 50.30% = 50.28%

10
3. PERBANDINGAN NISBAH PENGAGIHAN DIVIDEN ( DPR) BAGI KETIGA –
TIGA SYARIKAT

120
103.17 100.36
99.26
100
nisbah pengagihan dividen (%)

80

60 50.3 50.276 Airasia


40.9 Nestle
40 Ajinomoto
25
21.05 20.69
20

0
2015 2016 2017
Tahun

Carta 1 Perbezaan Nisbah Pengagihan Dividen (DPR) dari tahun 2015-2017

Berdasarkan carta diatas, syarikat Airasia mempunyai peratusan nisbah DPR paling rendah
berbanding syarikat Nestlé dan Syarikat Ajinomoto pada tahun 2017. Kebiasaannya syarikat
yang mempunyai DPR yang rendah menunjukkan syarikat tersebut masih baru dalam
perniagaan malah mereka lebih banyak melabur pendapatan mereka dalam mengembangkan
lagi perniagaan mereka. Manakala syarikat Nestlé memperolehi peratusan nisbah paling
tinggi iaiti 103.17% pada tahun 2015. Ini menunjukkan syarikat Nestlé membayar dividen
kepada pemegang saham melebihi pendapatan syarikat. Seterusnya bagi syarikat Ajinomoto
pula mempunyai peratusan DPR kurang daripada 75% bagi ketiga-tiga tahun. Peratusan DPR
yang selamat dikatakan mempunyai nisbah 75% dan kebawah supaya syarikat dapat
mengagihkan sebahagian daripada pendapatan syarikat sebagai dividen. Peratusan DPR yang
tinggi menunjukkan syarikat Nestlé melaburkan sedikit wang untuk syarikat malah
membayar lebih banyak pendapatan kepada pemegang saham dalam bentuk dividen. Bagi
syarikat Ajinomoto dan syarikat Nestlé yang mempunyai peratusan DPR yang tinggi
sepanjang tahun kerana syarikat-syarikat ini telah mencapai tempoh matang dan berada
dalam pasaran lebih lama daripada syarikat Airasia.

11
4. KESIMPULAN
Kesimpulannya nisbah kewangan sepeti nisbah pengagihan dividen penting dalam
mengenalpasti prestasu sesebuah syarikat. Pengetahuan tentang nisbah ini adalah satu
kemestian bagi setiap pelabur untuk menganalisis prestasi syarikat yang berbeza dalam
modal, latar belakang, perniagaan dan aspek-aspek lain. Berdasarkan pengiraan nisbah
pengagihan dividen syarikat yang lebih stabil mempunyai peratusan DPR yang tinggi
berbanding syarikat yang sedang berkembang maju. Namun begitu peratusan DPR yang
tinggi atau rendah tidak menunjukkan sesebuah itu bagus atau tidak. Tetapi bergantung
kepada kecenderungan pelabur itu sendiri.. Jika pelabur itu lebih tertarik dengan untung
jangka pendek akan lebih memilih untuk melabur dalam syarikat yang mempunyai DPR yang
tinggi. Manakala bagi pelabur yang memilih untuk memiliki pertumbuhan modal akan lebih
tertarik untuk melabur dalam syarikat DPR yang rendah. Namun begitu penting bagi
sesebuah syarikat untuk memastikan DPR yang tidak mengalami penurunan yang berterusan
dari tahun ketahun. Syarikat yang mempunyai pola DPR penurunan akan menjejaskan minat
pelabur ntuk melabur kerana penurunan ini menunjukkan syarikat tidak dapat membayar
dividen yang tinggi.

5. RUJUKAN

Laporan Tahunan Syarikat Airasia Group Berhad 2015 -2018

Laporan Tahunan Syarikat Nestlé Malaysia Berhad 2015-2018

Laporan Tahunan Syarikat Ajinomoto (Malaysia) Berhad 2015-2019

www.ajinomoto.com.my

www.bursamalaysia.com

https://ir.airasia.com

www.investopedia.com

https://investing.com

www.nestle.com.my

12
13

You might also like