You are on page 1of 3

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

FAKULTI EKONOMI DAN PERNIAGAAN


PROGRAM IJAZAH SARJANAMUDA PERAKAUNAN DENGAN KEPUJIAN

EPPA 3053 PERAKAUNAN PENGURUSAN


SEMESTER 1 SESI 2020-21
TUTORIAL 1

SOALAN 1

Anda baru memulakan tugas sebagai Akauntan Pengurusan di Syarikat Persada. Syarikat ketika
ini tidak mempunyai sistem perakaunan yang formal dan Lembaga Pengarah telah meminta anda
memaklumkan kepada mereka mengenai penyediaan belanjawan induk.

Dikehendaki :

Tuliskan laporan kepada Lembaga Pengarah membincangkan


a). langkah-langkah penyediaan belanjawan induk dan
b). peranan belanjawan dalam perancangan, motivasi, penilaian prestasi dan kawalan.

SOALAN 2

Syarikat Tombol Emas Bhd merupakan pengeluar utama tombol pintu rumah. Syarikat dalam
proses menyediakan belanjawan bagi bulan Sukuan keempat berakhir 31 Disember 2020. Berikut
merupakan maklumat berkaitan tombol pintu yang dikeluarkan:

Pengurus Jualan menjangkakan jualan pada empat bulan akan datang adalah seperti berikut:

Oktober 2020 10,000 unit


November 2020 12,500 unit
Disember 2020 15,000 unit
Januari 2021 15,000 unit
Februari 2021 15,000 unit

Harga tombol pintu yang dikeluarkan dijangka stabil pada RM205 seunit sepanjang sukuan
keempat 2020. Kuantiti dan kos penggunaan bahan mentah adalah seperti berikut:
Bahan Mentah Kos seunit bahan Penggunaan dalam seunit tombol
A111 RM8 5 unit
B222 2 3 unit

Syarikat memiliki polisi inventori akhir bagi setiap inventorinya dan ianya telah pun ditepati pada 1 Oktober.
Polisi tersebut adalah seperti berikut:
Barang Siap 40% daripada jualan bagi bulan berikutnya
Bahan Mentah 20% daripada keperluan untuk pengeluaran dalam bulan berikutnya

Jam buruh langsung yang dijangka digunakan dalam pengeluaran seunit barang siap ialah
dua jam. Kadar upah bagi buruh langsung ialah RM5.50 sejam.

Kos overhed perkilangan diserap berasaskan unit pengeluaran. Komponen kos overhed tetap
bagi setiap sukuan dan kadar kos overhed berubah untuk setiap bulan adalah seperti berikut:

Kos tetap (RM) Kos berubah (RM)


Bekalan - 1.00
Tenaga elektrik - 0.50
Penyelenggaraan 15,000 0.40
Penyeliaan 8,000 -
Susutnilai 100,000 -
Cukai Harta 6,000 -
Lain-Lain Overhed 40,000 1.50

Belanja jualan dan pentadbiran pula dianggar berdasarkan unit jualan yang dijangka.
Komponen kos tetap setiap sukuan dan kos kadar berubah bagi belanja jualan dan
pentadbiran untuk setiap bulan adalah seperti berikut:

Kos tetap (RM) Kos berubah (RM)


Gaji 25,000
Komisyen jualan - 1.00
Susutnilai 20,000 -
Penghantaran/Pengangkutan - 0.50
Lain-Lain 10,000 0.30

Dikehendaki:
a) Sediakan belanjawan-belanjawan berikut secara jumlah bagi Sukuan Keempat 2020:
i. Belanjawan Jualan
ii. Belanjawan Pengeluaran
iii. Belanjawan Bahan Mentah
iv. Belanjawan Buruh
v. Belanjawan Overhed Perkilangan
vi. Belanjawan Inventori Akhir Barang Siap
vii. Belanjawan Kos Barang Dijual
viii. Belanjawan Jualan dan Pentadbiran
b) Sediakan Penyata Pendapatan Proforma bagi sukuan berakhir 31 Disember 2020.
c) Jelaskan dua (2) faktor yang perlu dipertimbangkan semasa membuat penetapan polisi
bagi inventori akhir barang siap.

You might also like