You are on page 1of 1

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada


pihak IPG Kampus Kent, Tuaran, Sabah kerana memberi peluang kepada
saya untuk menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di sekolah
rendah. Ketua Unit Praktikum IPG, Puan Inurni Sati juga telah banyak
memberi tunjuk ajar kepada saya sebelum, semasa dan selepas PBS ini
dilaksanakan. Segala informasi yang diberikan oleh beliau amat berguna
kepada saya dalam menjalani PBS kali ini.
Selain itu, saya ingin juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada
sekolah yang saya jalani PBS selama satu minggu iaitu SJKC Chen Sin,
Tuaran, Sabah kerana telah membenarkan saya menjalani PBS di sini.
Sokongan dan kerjasama yang diberikan kepada saya oleh semua
kakitangan sekolah termasuklah Guru Besar sekolah, Puan Liew Mui Lin,
guru-guru penolong kanan iaitu Low Kay Fung, Koh Chin Leung, Chin Kyun
Thai, kerani-kerani sekolah, guru-guru sekolah dan juga murid-murid. Mereka
telah memberi banyak bantuan kepada saya semasa saya menjalani PBS ini.
Tanpa bantuan, sokongan dan kerjasama mereka, tidak ada mungkin saya
dapat menyiapkan PBS ini.
Di samping itu, tidak saya lupa rakan-rakan saya iaitu Ang Keh Chuon,
Felicia Ang Fong Sin dan Lydia Yii Jia Jia yang sentiasa memberi galakan dan
juga bantuan kepada saya amat saya hargai. Walaupun kami berada di
sekolah lain, tetapi kami tetap ada perbincangan melalui alat- alat komunikasi
seperti Facebook, Whatsapp dan lain-lain. Dengan ini, saya dapat
menyelesaikan masalah yang saya hadapi melalui perbincangan.
Kesimpulannya, saya ingin sekali lagi mengucapkan ribuan terima
kasih kepada semua pihak yang telah memberi bantuan, sokongan dan
kerjasama kepada saya tidak kira secara langsung ataupun tidak langsung
dalam membantu saya menyiapkan PBS ini.

You might also like