You are on page 1of 22

Tajuk :

Melabel dan mengkategorikan jenis-jenis tulang.


Melabel dan mengkategorikan jenis-jenis sendi.
Menyenaraikan jenis sendi dan melakarkan aksi pergerakan sendi tersebut.

Obkejtif :

Mengklafikasi jenis-jenis tulang dan ciri-cirinya.


Mempelajari jenis-jenis sendi.
Mempelajari aksi pergerakan sendi dan mengetahui jenis-jenis pergerakan.

1.1 Pengenalan :

Sistem rangka sentiasa menyokong pergerakan tulang-tulang.


Sistem ini merangkumi sendi, ligamen, tendon, rawan dan tulang. Tulang
terbentuk khas supaya dapat menahan tekanan dan tarikan mekanikal. Tulang
terbentuk daripada kalsium dan fosforus. Kalsium fosfat yang terdapat dalam
tulang membentuk serat tulang yang kuat. Antara fungsi-fungsi sistem rangka
adalah seperti berikut :

 Memberi perlindungan kepada organ. Contohnya tengkorak (otak)


 Memberi sokongan untuk pergerakan anggota badan. Contoh, tulang-
tulang pada otot rangka,tulang rusuk dan tulang vertebrata.
 Sebagai tempat penghasilan dan penyimpanan sel-sel darah. Contoh,
tulang femur dan pelvis. Sel-sel tulang akan dapat membaiki kerosakan
tulang-tulang.
 Menyimpan garam galian untuk kegunaan tulang-tulang. Contohnya
semua jenis tulang.
a) Melabel dan mengkategorikan jenis-jenis tulang.
b) Melabel dan mengkategorikan jenis-jenis sendi.
c) Menyenarikan jenis sendi dan melakarkan aksi pergerakan sendi tersebut.

i) JENIS-JENIS SENDI

1. Tidak bergerak ( synarthroses)


2. Gerakan terhad (amphiathroses)
3. Gerakan bebas (diathroses)

Jenis Struktur Contoh

Sendi fibrous Pada sendi fibrous tulang Sutur antara tulang-


bercantum dengan tisu fibrous tulang tengkorak, sendi-
atau kartilej secara tetap. sendi antara gigi dan

Sendi ini tidak membenarkan maksila dan mandibel,

sebarang pergerakan lengkungan pelvis.

Se n d i Pada sendi cartilagenous Simfisis pubis, sendi


cartilagenous tulang-tulang disambung antara tulang rusuk dan
dengan kartilej atau diikat oleh sternum antara tibia,
ligamen. fibula dan radius – ulna.

Jenis sendi ini hanya


membenarkan pergerakan
yang terhad.
Sendi sinovial Sendi sinovial diselaputi oleh Sendi Lesung
membran sinovial yang • Sendi bahu,
merembeskan cecair sinovial sendi pinggul
bagi melicinkan pergerakan Sendi Engsel (Hinge
sendi untuk membantu Joint)
memelihara sel kartilej dan • Sendi siku dan
mengurangkan kesan geseran lutut
antara dua tulang.

Jenis sendi ini membenarkan


pergerakan berlaku secara
bebas antara tulang-tulang.

ii) Melakarkan aksi pergerakan sendi.


Tajuk :

Melukis dan melabel neuron.


Melakarkan proses refleksi dengan lakuan aktiviti beserta penerangannya.

Objektif :

Mempelajari struktur dan bahagian neuron.


Mengetahui hubungkait antara sistem saraf dengan pergerakan.
Memahami transmisi impuls dari neuron ke neuron.
Mengenalpasti proses refleksi dengan pergerakan.

2.1 Pengenalan :

Sistem saraf merupakan satu kawalan dan perhubungan bagi


mengintegrasikan aktiviti dalam badan. Sistem saraf berfungsi sebagai penyusun
tindak balas fizikal selaras dengan keadaan serta kawalan otot luar kawal dan organ
seperti jantung dan paru-paru. Sistem ini terbina daripada otak, saraf tunjang, sel
saraf dan gentian saraf yang membawa utusan daripada otak dan saraf tunjang ke
seluruh badan serta membawa utusan daripada seluruh badan ke otak dan saraf
tunjang.

Sistem saraf juga dikatakan sebagai pusat kawalan tubuh yang


mengawal segala aktiviti yang berlaku dalam badan. Selain itu, sistem ini juga
mengawal semua organ badan supaya dapat menjalankan fungsi masing-masing
pada masa yang betul dan kadar yang sewajarnya bergantung pada keperluan
badan.
a) Melukis dan melabel neuron.
b) Melakarkan proses refleksi dengan lakuan aktiviti beserta penerangannya.
Impuls dan gerakan refleksi :

Impuls gerak refleks

lintasan refleks spinalis Lintasan Cranialis


- melalui sum-sum tulang - Melalui otak tetapi otak memberi
belakang. tunggapan secara langsung tanpa
- contoh : disedari.
mengangkat kaki secara tiba- - contoh :
tiba saat lutut dipukul. mengecil pupil mata apabila
menerima cahaya yang terang.

Jenis – jenis impuls dan gerakan refleks

Gerak sedar = menulis, membuka payung, berjalan dan mengambil makanan.

Lintasan refleks Cranialis

Neuron
Neuron
Rangsangan otak Motorik
Sensorik
Gerak

Pada umumnya kita menggerakkan badan kerana kemahuan kita atas


permintaan otak permintaan otak. Pada gerak sedar, gerakan tubuh dikoordinasikan
oleh otak. Rangsangan yang diterima oleh reseptor indrol disampaikan ke otak
melalui neuron sensorik. Di otak indrol disampaikan ke otak melalui neuron sensorik.
Di otak rangsangan diertikan atau diputuskan apa yang akan dilakukan. Kemudian,
otak mengirimkan perintah ke efektor melalui neuron motorik. Otot (efektor) bergerak
melaksanakan perintah otak.
Tajuk :

a) Melukis dan melabel neuron


b) Melakarkan proses refleksi dengan lakukan aktiviti dan terangkannya.

Obejktif :

 Mempelajari jenis-jenis kelenjar yang terdapat dalam sistem endokrina.


 Mengetahui fungsi setiap kelenjar dan hormon yang dirembeskan.

3.2 Pengenalan :
Sistem endokrina terdiri daripada kelenjar-kelenjar yang merembeskan
hormon-hormon tertentu. Sistem ini akan merangsang pertumbuhan,
perkembangan, metabolisme, homeostasis dan pertahanan badan. Kelenjar-
kelenjar dalam sistem endokrina ialah :

i) Kelenjar pituitari
ii) Kelenjar tiroid
iii) Kelenjar paratiroid
iv) Kelenjar taimus
v) Kelenjar adrenal
vi) Kelenjar pankreas
vii) Kelenjar gonad (testis dan ovari)
3)(a) Melukis peta minda dan senaraikan bahagian-bahagian kelenjar dan

hormon yang dirembeskan.


3)(b) Kesan Kelebihan atau Kekurangan Hormon

No Kelenjar Hormon yang Gangguan / Ciri - ciri


dihasilkan kelainan

1 Hipofisis Kekurangan Dwarfisme Penderita tampak


hormon bertubuh pendek
(hiposekresi) (hanya sekitar satu
hormon meter atau bahkan
pertumbuhan(gro kurang) tapi tetap
wth hormone) memiliki proporsi tubuh
yang normal

Kelebihan hormon Gigantisme(giantism) Terjadi pada masa


(hipersekresi)hor kanak – kanak, dimana
mon pertumbuhan terjadi pertumbuhan
(growth hormone) berlebihan bahkan
dapat sampai mencapai
8 kaki

Akromegali Terjadi pada saat


dewasa, penderita
mengalami pembesaran
tulang rahang dan
wajah. Kulit bertambah
tebal, diikuti gangguan
akibat penekanan saraf
oleh massa tulang yang
bertambah

2. Tiroid Hipersekresi Grave’s disease/ Penderita ini mengalami


hormone tiroksin morbus basedow metabolisme yang amat
meningkat; penderita
(Hipertiroidisme)
cenderung bertambah
kurus walaupun disaat
yang sama penderita
memiliki nafsu makan
yang meningkat .
Keringat berlebihan,
denyut nadi yang cepat,
tidak tahan panas dan
kelemahan badan.
Dapat juga ditemukan
penonjolan bola mata
(exophtalmus)

Hiposekresi Kretinisme (Kerdil) Terjadi pada masa


hormon tiroid kanak – kanak, cirinya
(Hipotiroidisme) penderita tidak dapat
mencapai pertumbuhan
fisik dan mental yang
normal

Mix Oedema Terjadi pada orang


(Miksedema) dewasa, cirinya laju
metabolisme rendah,
berat badan berlebihan,
bentuk badan menjadi
kasar, dan rambut
rontok

3 Paratiroi Hipersekresi Hiperparathormon Kelainan pada tulang


d hormon paratiroid seperti tulang rapuh,
bentuk abnormal dan
mudah patah.
Kelebihan kalsium yang
diekskresikan dalam air
seni bersama ion fosfat
dapat menyebabkan
batu ginjal

Hiposekresi Hipoparathormon Terjadi gejala


hormon paratiroid kekejangan otot (tetani)

4 Pankrea Hiposekresi Diabetes tipe I Penyakit ini


s hormon insulin sepenuhnya
bergantung dengan
insulin, penyakit ini
sering didapatkan pada
anak-anak atau dewasa
muda. Pengobatan
dengan mengganti
insulin sesuai dengan
jumlah yang diperlukan

Diabetes tipe 2 pada penyakit ini insulin


diproduksi dalam
jumlah memadai tetapi
terdapat gangguan
dalam kualitas dan
mekanisme kerjanya.
Faktor resiko penyakit
ini seperti riwayat
keluarga dengan
Diabetes Mellitus dan
obesitas

5 Korteks Hipersekresi Cushing’s syndrome penderita mengalami


Adrenal hormon kelenjar peningkatan tekanan
adrenal darah, gula darah
akibat pengeluaran
hormon kortisol yang
berlebihan.
Hiposekresi Addison’s disease Gejala berupa
hormon kelenjar
· Hipoglikemia (kadar
adrenal
gula dalam darah
menurun),

· Gangguanpembentuk
an glukosa oleh
jaring
(glukoneogenesis)

· Penurunan kadar
glikogen di liver
yang menjadi
cadangan glukosa
dalam tubuh

· Gangguan akibat
kekurangan
aldosteron seperti
pengeluaran natrium
dan cairan yang
berlebihan di ginjal.

· Dehidrasi,

· Penurunan tekanan
darah

· Shock yang dapat


menimbulkan
kematian, terutama
bila tidak ditangani
secara cepat.

6 Kelenjar Hiposekresi - dapat mengakibatkan


gonad hormon kelenjar gangguan terutama
gonad dalam proses
reproduksi manusia.
Tajuk :

Melabel aveoli dan terangkan proses pertukaran gas.

Objektif :

 Mempelajari struktur dan bahagian aveoli.


 Memahami ciri-ciri aveoli dalam paru-paru.
 Mengenalpasti proses pertukaran gas di aveoli.

4.1 pengenalan :

Sistem pernafasan manusia terdiri daripada organ pernafasan, paru-paru,


tulang rusuk, diafragma dan oto-otot interkosta. Bulu dan lendir yang terdapat pada
bahagian dinding hidung akan memerangkap zarah-zarah habuk dalam udara yang
disedut. Trakea adalah satu saluran yang kuat. Trakea bercabang menjadi dua salur
yang dipanggil bronkus. Bronkus mempunyai beberapa cabang untuk menjadi satu
jalinan yang dipanggil bronkiol dan berakhir dengan pundi-pundi udara yang halus
dipanggil alveolus.
a) Melabel aveoli
b) Terangkan proses pertukaran gas.

Proses pertukaran gas amat penting dalam mengekalkan kehidupan. Ia


berlaku antara darah dan alveoli di paru-paru. Perbezaan dalam partial
pressure menyebabkan pertukaran gas di antara alveoli dan kapilari darah serta
antara tisu kapilari dan sel badan.

Apabila kita bernafas, kita akan menyedut oksigen dan menyingkirkan karbon
dioksida dan wap air. Proses ini berlaku bermula dengan menyedut udara yang
mengandungi oksigen. Udara yang disedut melalui rongga hidung akan melalui
selaput mukosa, dan ditapis dari habuk atau debu, manakala bakteria pula akan
terperangkap di mukus. Setelah itu, udara yang disedut akan dibawa ke paru-paru
melalui trakea dan seterusnya ke alveoli. Dinding alveoli dibentuk oleh satu lapisan
sel skuamous yang nipis. Kapilari darah mengelilingi alveoli juga dibentuk oleh
selapisam sel skuamous. Dinding kedua-dua struktur ini amat telap kepada gas.

Pertukaran gas ini berlaku secara resapan. Partial pressure bagi oksigen di
dalam kapilari darah adalah lebih rendah berbanding di dalam alveoli kerana darah
yang ada dalam kapilari darah adalah daripada tisu badan. Kebanyakan oksigen
telah digunakan oleh tisu untuk pernafasan selular. Oleh itu, oksigen yang ada di
dalam alveoli ini akan meresap masuk ke dalam kapilari darah lalu bergabung
dengan haemoglobin.

Partial pressure bagi karbon dioksida dalam kapilari darah pula adalah lebih
tinggi berbanding di dalam alveoli kerana ia dihasilkan oleh tisu badan dan dibawa
oleh darah ke alveoli. Partial pressure bagi karbon dioksida dalam kapilari darah
berbanding alveoli ini menyebabkan karbon dioksida dan air daripada kapilari darah
meresap masuk ke dalam alveoli untuk disingkirkan melalui hembusan nafas.
Sebahagian karbon dioksida ini juga larut di dalam plasma sebagai asid karbonik dan
natrium bikarbonat. Ini adalah bagi merangsang pusat pernafasan di Medula
Oblongata di otak.
Darah yang mengandungi oksigen ini dibawa melalui kapilari darah ke sel
badan. Darah yang berada di dalam kapilari darah ini mempunyai partial
pressure yang lebih tinggi berbanding di dalam sel badan. Oleh itu, oksigen yang ada
di dalam kapilari darah akan meresap ke dalam sel badan disebabkan partial
pressure dalam sel badan yang lebih rendah. Tambahan pula, perhubungan/afiniti
haemoglobin dengan oksigen di dalam sel badan adalah rendah disebabkan partial
pressure oksigen yang rendah. Ini menggalakkan oksigen daripada kapilari darah
dilepaskan dan meresap ke dalam sel badan.
TAJUK:
MELUKIS DAN MELABEL GINJAL

OBJEKTIF:
I. Mengenalpasti ginjal

II. Mengenalpasti struktur ginjal

III. Memahami fungsi ginjal

IV. Mengenalpasti dan melabel bahagian ginjal

5.1 Pengenalan

Bagi manusia, buah pinggang terletak di bahagian belakang (posterior) dalam


ruang perut. Terdapat dua buah pinggang, satu setiap sebelah tulang belakang;
buah pinggang kanan terletak betul-betul di bawah diafragma dan belakang hati,
yang sebelah kiri di bawah diafragma dan belakang organ limpa. Di atas setiap buah
pinggang adalah kelenjar adrenal (juga dikenali sebagi kelanjar suprarenal).
Kedudukan tidak sekata dalam ruang perut disebabkan hati menyebabkan buah
pinggang kanan terletak rendah sedikit berbanding buah pinggang kiri sementara
buah pinggang kiri terletak lebih di tengah sedikit. Sebahagian besar air akan diserap
kembali ke dalam buah pinggang vertebra melalui kitaran Henle.

Buah pinggang adalah retroperitoneum (dalam selaput rongga dalam perut)


dan sekitar 9 hingga 13 cm in diameter; yang di kiri besar sedikit berbanding kanan.
Ia sekitar paras vertebral aras T12 hingga L3. Sebahagian bahagian atas buah
pinggang dilindungi oleh tulang rusuk ke sebelas dan dua belas, dan setiap buah
pinggang dan kelenjar adrenal dikelilingi sepenuhnya oleh dua lapis lemak (lemak
perirenal dan pararenal) dan renal fascia yang membantu melapiknya. Ketiadaan
buah pinggang sejak lahir (kongenital) satu atau kedua-dua buah pinggang secara
serentak, yang dikenali sebagai unilateral (sebelah) atau bilateral (kedua-dua belah)
agenesis renal, boleh berlaku.

You might also like