You are on page 1of 2

Berdasarkan contoh-contoh (cerita, berita, situasi, gambar, kajian kes, gambar, drama)

yang sesuai, bincangkan empat komponen kemoralan yang dikemukakan oleh James
Rest (1983).

Persepktif perkembangan moral dari aspek integritif adalah merupakan model yang
menggabungkan pelbagai komponen, faktor-faktor, pembolehubah dan sebagainya yang mana
boleh mempengaruhi pencapaian moral seseorang individu. Perkembangan moral dari aspek
integritif melalui beberapa model yang diperkembangkan oleh tokohtokoh yang terkemuka.
Antaranya adalah seperti Darcia Narvaez dan James Rest yang memperkembangkan empat
komponen tindakan moral iaitu sensitiviti moral, penaakulan moral, motivasi moral dan juga
pelaksanaan.
Komponen yang pertama adalah sensiviti moral . Sensiviti moral dikatakan terjadi apabila
matlamat, perancangan, keinginan serta harapan individu yang berada dalam dilema. Menurut
Hoffman (1984), beliau berpendapat bahawa kepentingan untuk domain moral sikap peka
terhadap kebajikan dan juga hak-hak orang lain, terutamanya apabila ianya bertentangan
dengan kepentingan sendiri. Sensiviti moral ini dapat dilihat dalam kebimbangan seseorang
individu mengenai akibat tindakan seseorang itu terhadap orang lain. Komponen ini
mementingkan sifat empati. Empati biasanya ditafsirkan sebagai kesusahan yang dapat kita
rasai oleh diri sendiri berdasarkan kesusahan orang lain. Misalnya, kanak-kanak itu mungkin
akan bertindak untuk memberi teddy bear kepada ibunya ketika si ibu berasa sedih. Kanak-
kanak itu berpendapat bahawa 5 teddy bearnya mampu untuk menenangkan ibunya iaitu sama
sepertinya apabila berada dalam keadaan kecewa atau sedih.
Komponen kedua pula ialah pertimbangan moral. Ianya merujuk kepada apakah akibat
daripada tindakan yang diambil berdasarkan alternatif yang patut dipilih berdasarkan keaadaan
atau situasi sosial. Dalam komponen ini, situasi sosial boleh dikatakan sebagai keperluan serta
kebajikan pihak-pihak yang berbeza dan perlu dipertimbangkan. Pendekatan perkembangan
kognitif telah menjadikan sumbangan paling meyakinkan ke dalam bidang ini. Ini adalah
berdasarkan kepada idea-idea Piaget yang mendakwa bahawa terdapat perbezaan kualitatif
dalam pemikiran kanak-kanak mengikut peringkat umur mereka. Seseorang kanak-kanak juga
boleh mendapati perkembangan kanak-kanak mula berkembang apabila pemikiran mereka
berubah daripada seorang yang egosentrik kepada pemikiran yang seimbang. Terdapat dua
andaian yang boleh dikaitkan dengan ahli-ahli teori ini. Yang pertamanya adalah secara
automatik orang akan membayangkan pengalaman sosial mereka dan membina struktur yang
bermaksud sebagai tindak balas kepada pengalaman mereka. Bagi individu-individu, membuat
pertimbangan moral seolah-olah satu perkara yang mudah. Bahkan kanak-kanak yang kecil itu
mampu menunjukkan perasaan tidak puas hati atau memberontak apabila mereka merasakan
diri mereka ditipu atau dilayan secara tidak adil. Yang lebih menarik 6 adalah hakikat bahawa
intuisi moral orang ramai mengenai betul atau salah sesuatu perkara boleh menjadi sesuatu
perbezaan yang begitu drastik antara satu sama lain. Andaian yang kedua pula adalah sebagai
orang yang mempunyai pengalaman sosial, mereka membangunkan konsep yang lebih
terperinci dalam dunia sosial dan pemahaman yang progresif berdasarkan tujuan, fungsi dan
juga sifat perkiraan sosial. Pada mulanya kanak-kanak akan terikat dengan kuasa serta status
penjaga, oleh itu, dia akan beranggapan bahawa cara bergaul dengan orang-orang yang lebih
kuat ini adalah patuh dengan segala arahan yang diberikan kepadanya. Tetapi, kanak-kanak
tadi akan sedar bahawa setiap individu mempunyai personaliti peribadi yang berbeza seperti
apa yang disukai, apa yang tidak disukai, minat dan juga matlamat. Mereka akan mula syak
dengan apa yang penjaga cakap baik itu tak semestinya dia juga menganggap baik setiap masa.
Komponen yang ketiga adalah motivasi moral. Motivasi moral dilihat sebagai motivasi moral
yang berkaitan dengan keutamaan nilai individu, dan lebih khusus. Fungsi utama motivasi
moral adalah untuk memilih persaingan hasil nilai yang ideal, kepada salah satu untuk
bertindak, memutuskan sama ada untuk cuba memenuhi ideal moral seseorang atau tidak.
Sebaik sahaja pertimbangan telah terbentuk tentang tindakan yang paling bermoral, wujud juga
kesedaran 7 bagaimana urusan tindakan bermoral ini boleh mengganggu mengoptimumkan
nilai-nilai yang lain.
Komponen yang terakhir adalah pelaksanaan. Komponen ini memerlukan usaha menyeluruh
kepada penghalang yang tidak di sangka. Ianya membayangkan dan mengekalkan di samping
matlamat akhir adalah penting. Ciri-ciri kesabaran, 8 kesungguhan, dan kecekapan terdiri
daripada ‘watak’ atau ‘kekuatan ego’. Kegagalan dalam tingkah laku diri telah disebut sebagai
sikap penakut. Kekuatan ego adalah sangat penting bagi mana-mana tugasan jangka panjang,
dan tidak mengira moraliti. Teknik pengawalan diri sendiri melibatkan kognitif mengubah
matlamat objek. Kanak-kanak diajar untuk berfikir tentang objek upahan iaitu marshmallow
seperti bola kapas, manakala kanak-kanak yang lain telah diberitahu untuk menganggap
marshmallow sebagai marshmallow. Kanak-kanak yang menumpukan kepada transformasi
objek dalam fikiran mereka. Sekali lagi, kerana dengan komponen lain, ia adalah jelas bahawa
kognitif dan menjejaskan interaksi dalam komponen ini. Ketabahan, kecekalan, kekuatan ego
adalah apa yang unik tentang komponen ini. Komponen inilah penting sama ada individu ini
mahu bertindak baik atau berbuat jahat.
Secara kesimpulannya apa yang dapat kita jelaskan dalam perkembangan moral secara
integratif ialah terdapat banyak penyebab yang boleh membuatkan moral itu tidak berhasil dan
gagal diaplikasikan dalam diri seseorang. Hal ini demikian kerana setiap tingkah laku moral
memerlukan proses yang tepat di mana ia melibatkan moraliti seperti empati, simpati, konsep-
konsep keadilan, sikap altruistik dan sebagainya. Tingkah laku moral perlulah seiring dengan
setiap komponen yang telah dikemukakan oleh model Narvaez dan Rest. Hal ini kerana
perkembangan moral boleh menentukan pelbagai proses dalam situasi yang berbeza dalam
kehidupan kita.

You might also like