Professional Documents
Culture Documents
Oleh: Mohd Syafie Asrul Hafiz Wan Mohd Ridzauddin Muhammad Shafiq
Kumpulan 1
Perkembangan Sosio-emosi
Memberi fokus kepada penguasaan kemahiran emosi yang matang. Penting dalam kehidupan seseorang kanakkanak kerana ia menjadi asas kepada pembelajaran dan perkembangan murid dan seterusnya mempengaruhi kejayaan dalam pembelajaran mereka. Perkembangan emosi bermula dengan kebolehan murid memahami dan menguruskan emosi sendiri, diikuti dengan pencapaian emosi yang positif.
Kebolehan menguruskan emosi membantu membina keyakinan diri, semangat berdikari dan sikap positif terhadap pembelajaran. Keupayaan mengurus emosi diri sendiri membolehkan murid memahami emosi, keperluan dan menghormati pandangan orang lain Membina kemahiran sosial dalam masyarakat berbilang kaum yang mesra dan harmoni.
[Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, 2007]
Apabila dikatakan kanak-kanak mempunyai tahap sosioemosi yang memberangsangkan, ini bermakna mereka mempunyai sesuatu perasaan sebagai reaksi bagi menyesuaikan diri dengan kehendak masyarakat dengan cemerlang Sosio-emosi yang ditunjukkan oleh kanakkanak dalam bentuk yang keterlaluan tidak baik dipandang oleh masyarakat
Sosio-emosi
Terdiri daripada dua perkataan iaitu sosial dan emosi Kamus Pelajar Edisi Pertama-sosial bermaksud segala hal yang berkaitan dengan masyarakat atau kemasyarakatan. Kamus Dewan Edisi Ketiga pula menakrifkan sosial sebagai segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat dan kemasyarakatan
Perkembangan sosial pula adalah satu proses apabila kanak-kanak belajar berhubung dengan orang lain mengikut cara yang dapat diterima oleh masyarakat dan budayanya Terdiri daripada kemahiran berinteraksi dengan orang lain, pembentukan kendiri, penghargaan kendiri dan kawalan kendiri Identiti sosial dan kefahaman kendiri kanakkanak berkembang dalam dua peringkat, iaitu kewujudan kendiri dan kategori kendiri (Lewis, 1995; Lewis & Books-Gunn, 1979).
Emosi
Emosi berasal daripada perkataan Greek iaitu emovere yang membawa maksud untuk keluar Satu perasaan afektif yang dialami oleh seseorang individu dalam sesuatu keadaan yang memberi makna kepada dirinya Ditakrifkan sebagai tindak balas atau kebangkitan yang ditonjol keluar sebagai rangsangan kepada perasaan emosi
Menekankan kepentingan hubungan sosial dengan individu-individu di persekitaran kanak-kanak personaliti seseorang kanak-kanak dibentuk hasil daripada perkembangan psikososial ini Erikson memperkenalkan lapan peringkat perkembangan psikososial
TEORI KOHLBERG
berpendapat bahawa moraliti berkembang mengikut satu siri. Ia berkembang secara universal dalam tiga tahap dan dalam satu tahap terbahagi kepada dua peringkat membina teorinya berdasarkan gerak balas kanak-kanak terhadap sesuatu dilema yang dialaminya
Imam Al-Ghazali
akhlak adalah suatu keadaan yang tetap dalam diri atau jiwa yang melahirkan tindakan, perlakuan, atau perilaku amalan dengan mudah tanpa memerlukan pemikiran. Ia merupakan suatu keadaan atau sifat yang ada di dalam diri atau jiwa manusia yang telah tetap, sehingga dengan mudah melahirkan perlakuan atau perilaku yang baik atau buruk tanpa difikir atau dirancang terlebih dahulu
Anak-anak harus disediakan dengan aspek pengawasan, prinsip muraqabah bahawa Allah Maha Besar dan sedang memerhatikan segala amal baik atau buruk yang mereka lakukan
Firman Allah: Luqman menasihati anaknya dengan berkata , Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) seberat biji sawi sekalipun, serta ia tersembunyi di dalam batu besar ataupun di langit ataupun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dibicarakan dan dibalas-Nya) kerana sesungguhya Allah amat luas pengetahuan-Nya, lagi amat meliputi segala yang tersembunyi. (surah Luqman ayat 16)
Secara amnya, emosi adalah perasaan atau kompenen efek dalam tingkah laku seseorang manusia (Lefrancois,2001) Santock ( 1998 ), mendefinasikan emosi sebagai perasaan atau efek yang melibatkan satu gabungan rangsangan fisiologi ( physiological arousal ) seperti degupan jantung yang laju dengan tingkah laku yang nyata seperti senyum
Emosi boleh diklasifikasikan kepada dua kategori iaitu emosi yang positif dan emosi yang negatif.
EMOSI
NEGATIF
POSITIF
Emosi yang tergolong dalam kategori emosi yang positif adalah seperti rasa gembira, seronok, ghairah, dan bersemangat. Emosi yang negatif pula adalah terdiri daripada emosi yang mempunyai nada yang negatif seperti cemas,marah,sedih,rasa bersalah,dan sebagainya. Kanak-kanak dikatakan boleh mengalami keduadua jenis emosi ini serentak.
Pensyarah Psikologi Perkembangan Dan Pendidikan Awal Kanak-kanak Institut Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Mastura Badriz berkata ilustrasi emosi yang terlihat dalam kehidupan harian kanak-kanak berfungsi sebagai satu cara bagi komunikasi untuk memberitahu dan menyatakan keperluan mereka
Menurut Dr. Sharifah Nor, dalam perkembangan sosio emosi pula ia adalah untuk membolehkan mereka ( kanak-kanak ) dapat mengurus dan memahami emosi sendiri, mencapai emosi yang positif, membina kemahiran sosial dan membina keyakinan untukmenghadapi cabaran dalam kehidupan harian
kanak-kanak mengawal emosinya berasaskan pemikiran. Mereka menganggap satu cara untuk tidak sedih dengan cara memikirkan sesuatu yang akan lebih menggembirakannya
dikaji melalui beberapa aspek sosialisasi yang penting seperti proses peniruan dan identifikasi,aktiviti bermain,perkembangan kongnisi sosial,persahabatan,dan perhubungan dengan rakan sebaya.
Proses Sosialisasi
Kanak-kanak mempelajari tradisi, kepercayaan, nilai, dan adat yang dianut oleh kumpulan sosial mereka. Mempelajari peraturan -peraturan sosial yang diamalkan oleh sesuatu kumpulan sosial.
Misalnya,mereka mempelajari cara pemaparan emosi yang sesuai,dan cara mentafsir tingkah laku dan pernyataan emosi orang lain dengan tepat
Ditentukan pula oleh konteks budaya. Tingkah laku sosial yang sesuai bagi sesuatu budaya mungkin dianggap tidak sesuai bagi budaya lain. Namun demikian,terdapat banyak tingkah laku sosial yang bersifat universal dan merentasi pelbagai kumpulan etnik dan budaya.
-Pembentukan kesedaran kendiri melalui identifikasi dengan ibu bapa dan kesedaran tentang tanggungjawab atas tindakan sendiri. -Ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan -Identifikasi
- Kecekapan yang diperlukan ialah pembentukan kesedaran tentang daya usaha dan daya tinda. - Namun demikian,masih wujud keinginan untuk mengekalkan keselesaan dan keselamatan yang diperoleh dengan menerima kawalan dan tanggungjawab daripada orang dewasa.
Tahap Pertama berlaku semasa kanak-kanak pra sekolah di mana sahabat dianggap sebagai kawan sepermainan sahaja. Biasanya sahabat yang menjadi teman adalah kawan yang tinggal berdekatan dengan rumah kanak-kanak tersebut. Pada tahap ini, persahabatn dieratkan lagi dengan perkongsian alat permainan dan kanakkanak pada tahap ini tidak mementingkan nilai persahabatan
Tahap Kedua pula karakteristik pada permulaan persekolahan. Selman mengelarkan tahap ini sebagai one way assistance. Tahap ini berlaku kepada kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan 8 hingga 10 tahun. Kawan adalah sahabat setia yang boleh dipercayai dan diharap untuk membantu mereka pada bila-bila masa.
Tahap Ketiga merupakan tahap yang membolehkan kanak-kanak akhir dan remaja awal mempunyai persahabatan yang dikenali oleh Selman sebagai intimate and mutually shared relationship. Pada tahap ini, kanak-kanak sudah meningkat remaja dan persahabatan yang dijalinkan lebih mendalam dan nilai persahabatan sudah mula difahami