You are on page 1of 6

2.

5 Cara Penyelesaian Masalah dalam PdPc bahasa Tamil

2.6 Cara Penyelesaian Masalah dalam bukan PdPc bahasa Tamil

Pengkaji juga menganalisis kajian-kajian yang berkaitan dengan cara penyelesaian masalah

dalam PdPc yang dijalankan di dalam dan luar negara. Menurut Nor Hashimah (1994) hasil

kajian beliau diharapkan dapat membantu para guru yang setiap masa terlibat dengan proses

pengajaran dan pembelajaran. Peranan guru amat penting dalam menyampaikan maklumat

dan isi pelajaran. Setiap ujaran guru mengandungi makna. Oleh yang demikian, makna yang

disampaikan oleh guru itu terhasil secara tersurat dan tersirat. Dengan memahami konteks,

ayat yang guru ujarkan mengandungi makna tersirat akan mudah difahami oleh murid.

Dengan demikian tahap konteks, kesan konteks dan usaha memproses semakin sedikit,

menjadikan murid semakin cepat memahami sesuatu ujaran guru. Guru berperanan

memudahkan pemahaman pelajar dengan mengujarkan kata yang memerlukan usaha

memproses yang sedikit. Beliau juga menyatakan bahawa percantuman antara faktor

linguistik dan bukan linguistik memudahkan pemahaman murid dan tugas guru

menyampaikan isi pelajaran. Pendekatan yang digunakan oleh guru juga mampu

mengubahkan persepsi murid semasa pengajaran pembelajaran dijalankan.

Seterusnya, penyelidik mendapati bahawa mempelbagaikan kaedah

pengajaran merupakan cara yang paling efektif untuk mengatasi masalah PdP. Guru harus

mengambil kira saranan Pusat Perkembangan Kurikulum (2004) tentang kepelbagaian kaedah

dan strategi pengajaran di dalam bilik darjah. Kebolehan guru dalam merancang pelbagai

kaedah dan teknik dapat meningkatkan minat, motivasi dan pencapaian pelajar. Setiap aktiviti

yang dirancang harus mengambil kira tahap kebolehan pelajar untuk melibatkan diri dalam

aktiviti. Nadarajan dan Vishalache (2014) mendapati bahawa pengurusan teater forum
merupakan salah satu kaedah yang interakrif dalam PdPc yang mendorong pelajar mengolah

skrip, berdialog, terlibat dalam forum, berlakon dan meluahkan idea. Dalam kajian ini juga

penyelidik mendapati cara mengadakan taklimat, seminar dan kursus akan mengatasi masalah

PdPc. Para guru memerlukan bimbingan melalui kursus dan bengkel untuk mengatasi

kelemahan guru dalam menguasai penyampaian pengajaran semua mata pelajaran. Di

samping itu, ia dapat meningkatkan kemahiran pedagogi para guru dalam mengajar mata

pelajaran. Kursus dan bengkel juga boleh membantu guru mengetahui pelbagai pendekatan,

teknik, kaedah untuk mengajar mata pelajaran tertentu. Sokongan pihak pentadbir sekolah

amat penting dalam keberkesanan program peningkatan yang dirancang oleh panitia tertentu.

Program yang dirancang memerlukan peruntukan, tenaga dan masa. Oleh itu, pentadbir

sekolah harus berganding bahu dengan panitia mata pelajaran untuk mengatasi masalah PdPc.

Selain itu, menggalakkan penggunaan bahan bantu mengajar yang kreatif dan menarik

merupakan satu lagi cara yang sesuai dicadangkan oleh guru untuk mengatasi masalah dalam

pengajaran dan pembelajaran. Kepelbagaian bahan bantu mengajar terutamanya penggunaan

ICT dapat menarik minat pelajar mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran di dalam

bilik darjah. Kenyataan ini disokong oleh Abdul Rasid dan Arbaie (2001), iaitu guru-guru

perlu memilih bahan bantu mengajar yang sesuai bagi menghasilkan pengajaran yang

berkesan. Seterusnya, Abdul Rahim (2005) menyatakan guru-guru perlu memilih kreatif

dalam menyediakan atau memilih bahan pengajaran yang sesuai untuk mencungkil minda

pelajar. Oleh itu, beliau telah memberi cadangan supaya guru-guru perlu merancang untuk

memilih bahan pengajaran yang sesuai bagi mewujudkan suasana yang kondusif serta dapat

menarik minat pelajar untuk menguasai mata pelajaran yang dipelajari. Tambahan pula,

beliau juga menyatakan bahawa pemberian ganjaran kepada guru dan pelajar akan

meningkatkan motivasi dalam proses PdPc. Contohnya, memberi peneguhan positif seperti

ganjaran dalam bentuk hadiah diberikan kepada pelajar-pelajar. Hal ini kerana peneguhan
positif akan membawa keseronokan dalam diri pelajar-pelajar dan ia secara tidak langsung

akan melahirkan minat untuk menguasai Pendidikan Moral dengan baik. Malah, pemberian

pujian dan anugerah seperti Guru Cemerlang dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

meningkatkan motivasi guru untuk merancang dan melaksanakan proses PdP dengan lebih

efektif.

Menurut Suradi Salim, (1987) sikap pelajar terhadap guru mata pelajaran atau subjek

yang diambil akan mempengaruhi minat serta usaha ke arah kejayaan akademik seseorang

pelajar. Pelajar kebanyakan mempunyai minat untuk belajar sekiranya guru memainkan

peranan yang penting dalam sesebuah kelas. Beliau juga menyatakan bahawa guru yang bijak

dalam melaksanakan aktiviti di dalam kelas dengan menyediakan kaedah-kaedah yang sesuai

merupakan seorang guru yang bagus dalam proses meningkatkan minat pelajar itu sendiri.

Sikap negatif pelajar terhadap sekolah dan guru boleh melemahkan minat dan motivasi

mereka belajar dalam subjek yang diajar oleh guru tersebut.

Foo Siet Chooi (1988) menyatakan bahawa minat, usaha dan semangat yang tinggi

akan mendorong kepada pencapaian secara berperingkat. Hasil kajiannya didapati bahawa

minat, semangat serta usaha untuk belajar adalah penting kerana aktiviti pengajaran yang

baik tidak menjamin pencapaian yang baik bagi seseorang pelajar. Foo juga berpendapat

bahawa minat merupakan faktor yang penting dalam menentukan pencapaian akademik

berbanding dengan pengajaran guru. Hal ini demikian kerana wujudnya minat yang

mendalam yang terdapat dalam diri seseorang pelajar terhadap pelajaran tertentu, ia akan

mendorong untuk berusaha gigih untuk mencapai keputusan cemerlang dalam mata pelajaran

tersebut. Selaras dengan itu, beliau menjelaskan bahawa tugas sebagai seorang guru pada

realitinya adalah sangat penting dan menjadi faktor penentu dalam kejayaan dan kegagalan

seseorang pelajar. Kaedah pengajaran yang berkesan adalah perlu bagi menarik minat pelajar

untuk belajar. Apabila timbulnya minat pelajar untuk belajar secara tidak langsung seorang
guru itu sudah dapat meningkatkan keyakinan diri pelajar di samping meningkatkan motivasi

dalam diri mereka. Dapatan kajian beliau menunjukkan bahawa guru perlu memainkan

peranan yang penting dalam usaha menarik minat pelajar dalam mata pelajaran Sejarah. Hal

ini kerana mata pelajaran Sejarah adalah salah satu subjek yang memerlukan pembacaan yang

banyak. Kebanyakan pelajar tidak suka membaca kerana mudah bosan. Oleh hal yang

demikian, guru perlu menggunakan kaedah yang berkesan yang mampu menarik perhatian

pelajar. Responden dalam kajian ini telah memberi cadangan supaya guru boleh

menggunakan teknik lakonan dan gaya penceritaan bagi memastikan pelajar tidak mudah

mengantuk atau berasa bosan.

Melalui kajian yang dijalankan oleh Tajul Ariffin (1990) ibu bapa memainkan

peranan yang penting dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang sesuai untuk anak-anak

di samping membimbing mereka untuk mengamalkan cara belajar yang betul. Persekitaran

rumah yang selesa merupakan tempat pendidikan asas bermula atau berlaku. Ibu bapa

menjadi rujukan penting kepada anak-anak semasa berada di rumah. Di samping itu, beliau

juga mengatakan bahawa mereka juga berperanan dalam membentuk sikap yang positif

dalam kalangan anakanak mereka terhadap pendidikan.

Pendidik sentiasa mencari cara yang berkesan bagi mencipta persekitaran

pembelajaran yang produktif (Hartsell & Yuen, 2006). Beliau menyatakan bahawa terdapat

beberapa strategi pembelajaran yang diamalkan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran

iaitu pembelajaran berpusatkan guru, pembelajaran berpusatkan pelajar, pembelajaran

berpusatkan bahan dan pembelajaran berpusatkan masalah. Seterusnya, kebanyakan pendidik

masih lagi mengamalkan pembelajaran “chalk and talk” mereka masih lagi mengamalkan

pembelajaran pemusatan guru di mana kaedah ini lebih tertumpu kepada guru sebagai sumber

utama untuk bantuan dan maklumat (Asmita, 2013 & Maidinshah, 2004).
Selain itu, penggunaan video sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran di dalam

bilik kuliah adalah perkara yang tidak asing lagi. Pendidik telah mengenal pasti tentang

kehebatan pemngajaran berasaskan video mampu untuk menarik minat, meningkatkan

motivasi dan pengalaman belajar (Berk, 2009 & Jamalludin & Zaidatun, 2003). Sehubungan

dengan ini, Mayer (2001); Paivio (1986) telah mengemukakan pernyataan bahawa media

instruksi haruslah dikembangkan dengan cara yang betul supaya pelajar dapat memahami

kandungan atau idea yang disampaikan lebih berkesan untuk pembelajaran. Kelainan yang

ditunjukkan untuk persembahkan bahan pengajaran seperti menggunakan klip video

membantu untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas dan tepat (Aloraini, 2005).

Nor Hashimah (1994) menyatakan bahawa peranan guru amat penting dalam

menyampaikan maklumat dan isi pelajaran. Setiap ujaran guru mengandungi makna. Oleh

yang demikian, makna yang disampaikan oleh guru itu terhasil secara tersurat dan tersirat.

Dengan memahami konteks, ayat yang guru ujarkan mengandungi makna tersirat akan mudah

difahami oleh murid. Dengan demikian tahap konteks, kesan konteks dan usaha memproses

semakin sedikit, menjadikan murid semakin cepat memahami sesuatu ujaran guru. Guru

berperanan memudahkan pemahaman pelajar dengan mengujarkan kata yang memerlukan

usaha memproses yang sedikit. Beliau juga berharap hasil kajian ini dapat membantu para

guru yang setiap masa terlibat dengan proses pengajaran dan pembelajaran.

Banyak penyelidikan lepas yang menyokong perlaksanaan kaedah pembelajaran

berpusatkan pelajar. Menurut Maria et al., (2014), pembelajaran berpusatkan pelajar

merupakan suatu istilah yang luas digunakan pada masa kini bagi menghuraikan dan

memahami proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di dalam dan di luar kelas. Ini

kerana strategi pembelajaran berpusatkan pelajar memerlukan penglibatan aktif daripada

pelajar untuk menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran. Tambahan pula, pensyarah

atau guru menjadi pemimpin yang membimbing pelajar dan memperuntukkan lebih banyak
masa untuk menjalankan aktiviti pembelajaran, sama ada secara berkumpulan atau individu

(Li, Mai & Tse-Kian, 2014). Persekitaran SCL turut mendorong pelajar untuk memberi

tumpuan dan meningkatan kesedaran diri dalam proses menerima dan mampu meningkatkan

pemahamam pelajar terhadap pengajaran yang dilakukan oleh para guru (Li et al., 2014 &

Weimer, 2002).

You might also like